搛べ惕

Thursday, December 31, 2009

puisi...

Cuba kau tanya terik mentari,
Adakah bahangnya sehangat kasihku..
Cuba kau tanya purnama mengambang,
Adakah cahayanya seterang hatiku..
Cuba kau tanya pada banjaran,
Adakah tingginya setinggi harapanku..
Cuba kau tanya dasar lautan,
Adakah jurangnya sedalam perasaanku..
Cuba kau tanya pujangga agung,
Adakah syairnya semerdu dendanganku..
Cuba kau tanya unggas di rimba,
Adakah kicaunya seriang gurauku..
Cuba kau tanya faura dan fauna,
Adakah mekarnya seharum ingatanku..
Cuba kau tanya bayu berlalu,
Adakah hembusannya semesra belaianku..
Cuba kau tanya gigian pantai,
Adakah karangnya seteguh nantiku...
Cuba kau tanya gigian pantai,
Adakah karangnya seteguh nantiku..
Cuba kau tnaya permukaan alam,
Adakah jaraknya seluas impianku..
Cuba kau tanya pada diriku,
Segalanya hanyalah buat dirimu...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika ku dikurniakan kekayaan,
Akan aku taburimu dengan kemewahan,
Jika ku diberi kasih sayang..
Akan ku curah kasih itu hanya untuk mu..
Jika ku dikurniakan kebijaksanaan,
Akan ku turunkan sepenuhnya ilmuku kepadamu,
Jika ku diberi hati dan perasaan,
Ketahuilah ia hanya milikmu..
Jika ku punya keberanian,
Akan kutunjukkan kesungguhan cintaku..
Jika ku diberi kepercayaan,
Akan aku terus setia padamu..
Jika ku dihadiahkan sebuah harapan dan keinginan yang tidak pernah terpadam dalam diri ini..
Ketahuila aku milikmu..
Tidak perlu lagi kau ragu,
Tiada lagi alasan meribu..
Tiada lagi sakit hati ku calarkan padamu..
Kerna ku hanya buatmu..
Cintaku hanya satu..
+++++++++++++++++++++++++++++
CINTAMU

yang aq rasa
yang aq dengar
dan yang aq dapat
sesuatu yang paling
indah dan berarti..
cinta yang aq rasa darimu
kata2 cinta yang aq dengar
dari mulutmu...
dan cinta yang aq dapat
dari hatimu dan itu
hanya untukku...
cintamu kini tlah menyatu
di hidupku...
bagai bintang yang menyatu
dengan langit malam
karna cintamu membuat sgalanya
lebih bermakna...

No comments:

Post a Comment