君と僕

Saturday, March 13, 2010

kasih aisha II

Adakah aku memang tidak akan memperoleh bahagia? Adakah derita ini terlalu susah untuk pergi dari hidupku?
"Aisha!" aku segera berdiri. Suara Faris yang memanggil namaku mengejutkan aku.
"Ada apa, abang?" tanyaku. Aku melihat wajah Faris. Namun Faris segera menarik tanganku mengikutinya. Aku menurut dengan hati keliru.
"Ummi?" aku memandang ibu mertuaku yang sedang tersenyum kecil. Faris diam. Dia membawa aku masuk ke dalam sebuah bilik. Aku memandang ke arah katil. Atilia berada di situ. Dia sedang mengendong seorang bayi perempuan yang sungguh comel. Wajah Atilia kelihatan pucat dan lemah. Namun berseri, bahagia berangkali. Aku menarik nafas panjang, mengumpul kekuatan.
"Aisha, datang sini," Atilia tersenyum kecil. Aku terdiam seketika lalu duduk di sisi katilnya. Tanganku di capai Atilia.
"Aisha, saya mintak maaf. Betul-betul mintak maaf," ada air mata mengalir di pipinya. Aku kelu. Namun aku membalas senyuman itu. Ya Allah, Atilia yang dulu sudah kembali! Rakanku sudah kembali! Syukurlah..
"Apa yang perlu dimaafkan? Awak tak salah apa-apa," air mata Atilia ku seka. Aku sudah pasrah dengan takdir hidupku, namun perubahan Atilia begitu menyenangkan. Aku dapat merasakan beban bersalah di hatiku beransur-ansur hilang. Faris yang memerhati kami di sisi kiri katil Atilia hanya diam.
"Saya tahu saya banyak buat salah. Saya tahu saya pentingkan diri sendiri tapi bolehkah awak gantikan tempat saya? Bolehkah awak jaga Alisya dan Abang Faris bagi pihak saya? Bolehkah awak janji dengan saya? Saya tak punya…banyak masa," tanganku Atilia genggam erat. Aku terkesima. Apa yang Atilia cakapkan ini?
"Kenapa awak cakap macam ini? Awak akan punya banyak masa. Awak akan lahirkan adik-adik untuk Alisya nanti," air mata mula bergenang di mataku. Aku mengusap lembut rambut Atilia sambil cuba tersenyum. Hatiku tidak sedap, bagaikan sudah boleh memahami maksud Atilia itu namun hatiku juga begitu berat untuk mengiakan.
"Tak. Saya tak punya banyak masa. Jadi tolonglah.Berjanjilah dengan saya…tolong jaga Alisya dan Abang Faris. Saya merayu," suara Atilia mula tersekat-sekat. Aku menahan sebak yang memberat di dadaku. Lambat-lambat aku mengangguk. Atilia tersenyum hambar. Dia menyerahkan Alisya ke dalam dukunganku. Atilia kemudian berpaling ke arah Faris. Tangannya menyentuh pipi Faris. Waktu itu aku sedar, pipi Faris sudah basah, dengan air mata!
"Maafkan segala salah Atilia. Halalkan segala makan dan minum Atilia. Abang, tolong jaga Alisya baik-baik," suara Atilia lembut dan perlahan. Bibirnya mengukir senyum. Aku memandang saat-saat terakhir Atilia di dalam pelukan Faris. Aku tidak tahu perasaan ku sekarang tapi aku pasti Atilia bahagia. Amat bahagia..
**********************

Aku memangku Alisya. Wajahnya aku perhatikan. Mirip wajahnya dengan Atilia dan Faris. Aku tersenyum. Kasih sayang aku tumpahkan kepada bayi ini.
"Aisha, Alisya dah mandi?" tanya ummi. Aku mengangguk. Aku dukung Alisya ke ruang tamu. Tetamu dari majlis cukur jambul Alisya semua sudah pulang. Aku mencari-cari kelibat Faris. Akhirnya aku temui dia di taman. Ku melangkah merapatinya. Ada sinar sendu di matanya balik kaca matanya. Tentu dia masih bersedih dia atas kematian Atilia.
"Abang, kenapa tak masuk lagi?" tanyaku perlahan. Faris terkejut dengan kehadiranku tetapi dia mengambil Alisya dari dukunganku.
"Abang nak makan? Aisha tolong ambilkan," Faris menggeleng. Tanpa suara, dia membawa Alisya ke dalam rumah. Aku diam memerhatikannya.

********************

"Sayang, kenapa ni?" aku meluru ke arah katil bayi apabila dikejutkan dengan tangisan Alisya lewat tengah malam. Alisya aku ambil dan kudukung.
"Kenapa ni?" Faris terpisat-pisat bangun. Mungkin dia dikejutkan dengan tangisan Alisya. Aku menghampirinya.
"Alisya lapar. Abang tidurlah. Biar Aisha yang susukan dia," ucapku perlahan. Segera ku capai botol susu Alisya. Faris mendengus. Dia segera keluar dari bilik. Aku memandang tanpa suara. Mungkin dia tidur di bilik sebelah. Aku tahu dia tidak suka diganggu tengah-tengah malam begini. Apatah lagi dia sudah letih dengan kerjanya di hospital. Aku hanya mampu meringankan bebannya dengan menjaga Alisha. Dia juga sudah berpindah kembali ke rumah aku dan sebilik denganku agar kami boleh sama-sama menjaga Alisya. Namun kebelakangan ini tugas menjaga Alisya diurus sepenuhnya oleh aku.

*********************

Aku mandi secepat yang mungkin. Keperluan Alisya aku kemas di dalam beg khas. Selepas ini aku akan menghantar Alisya ke nursery kerana aku dan Faris sama-sama bekerja. Langkahku pantas menuju ke bilik yang diduduki Faris malam tadi. Ku buka terus pintunya tanpa mengetuknya dulu.
"Abang, bangun. Dah pagi ni," aku menggoncangkan perlahan badan Faris. Dia kelihatan tidak bergerak. Tiba-tiba mataku menangkap sesuatu. Di sebalik tangan suamiku itu terselip bingkai gambar Atilia. Aku tersenyum pahit. Sampai sekarang cintanya kepada Atilia tidak pernah berubah. Aku menarik nafas panjang. Hati, bersabarlah.
"Abang, dah pagi ni," kejutku lagi lembut. Faris terpisat-pisat bangun. Dia kemudian terus melangkah keluar dari bilik tanpa bersuara. Aku terduduk di situ. Faris sekarang lebih dingin daripada Faris yang dulu. Aku menyabarkan hati. Aku yakin kesabaranku akan terbalas jua nanti.

**********************

"Atilia," aku tersentak saat Faris menyebut nama Atilia. Tanganku menggigil menekup mulut sambil memandang Faris yang lena di sebelah. Baru beberapa minggu lepas aku mula merasa bahagia apabila Faris mula menjadikan aku isterinya yang sebenar-benarnya. Betapa sudah lama aku mengharapkan begitu. Walaupun Faris masih lagi dingin, aku gembira dengan perubahannya namun rupanya
"Ya Allah.." aku menekup mulut. Menahan tangisan yang mula terbit. Aku tidak mahu menganggu tidur lena Faris. Baru kali ini aku sedar, betapa bodohnya aku. Mengapa aku tidak sedar, Faris mendatangiku hanya kerana dia terlalu merindui Atilia. Adakah dia membayangkan Atilia ketika bersamaku? Ya Allah!

***********************

"Abang, esok Aisha nak balik rumah mama dan papa. Mungkin tidur dua tiga hari. Aisha bawa Alisya, ya," pintaku. Faris yang sibuk dengan laptopnya di atas katil kuperhati.
"Pergilah tapi jangan bawa Alisya," dingin suaranya. Aku menggigit bibir. Tidak tahu hendak berkata apa.
"Tapi bang, siapa nak jaga Alisya? Alisya lasak sekarang," akhirnya aku memberanikan diri bersuara lagi. Faris mengalihkan pandangannya dari skin laptop dan memandang wajahku tajam.
"Saya tak boleh jaga ke? Dia kan anak saya. Awak nak bawa dia ke sana, entah apa yang awak buat pada anak saya nanti. Saya manalah tahu!" keras suara dia menuduh. Aku terkesima.
"Apa yang Aisha nak buat? Aisha sayangkan dia," aku membalas perlahan. Dia mencebikkan bibirnya.
"Ya ke? Entah-entah awak berlakon je. Depan saya lain, belakang saya lain!" suaranya berubah sinis. Sakit telingaku mendengar namun aku menyabarkan hati.
"Kenapa abang cakap macam tu? Aisha ada buat salah ke?" aku masih melembutkan suara. Dia suamiku..
"Arghh! Awak dan mak bapak awak sama je. Dari dulu lagi awak semua pandang rendah pada saya. Hebat sangat ke awak? Awak ingat, saya perlukan awak sangat ke?!" tengkingnya. Aku terpaku. Kenapa dengan suamiku ini? Tiba-tiba saja anginnya berubah. Aku mengetapkan bibir. Kesabaran yang mula berterabur aku kutip kembali.
"Biarlah kalau abang tak benarkan Aisha bawa Alisya. Aisha pergi sendiri," perlahan suaraku. Selapas itu aku segera melangkah ke katil dan membaringkan tubuhku di sebelah Faris. Dia mendengus kasar. Faris membawa laptopnya dan dirinya keluar dari bilik. Pintu bilik dihempas kasar. Aku menarik nafas panjang.

*************************

Aku memandang skrin televisyen tanpa memberi perhatian pada apa yang disiarkan di situ. Jiwaku seolah-olah membeku. Rindu pada Faris dan Alisya memuncak. Aku mengeluh perlahan.
"Kenapa ni? Dari tadi asyik mengeluh," mama menghampiriku. Aku hanya tersenyum hambar.
"Kenapa tak bawa Alisya?" tanya mama. Aku tersentak. Tidak tahu hendak berkata apa.
"Abang Faris hantar Alisya rumah ummi. Ummi rindu sangat pada Alisya," mama mengeluh.
"Bilalah Aisha nak ada anak sendiri? Asyik jaga anak orang je," suara mama menyentap jantungku. Aku mengurut leher.
"Tak ada rezeki lagi, mama," hanya itu jawapan yang selamat. Mama menggelengkan kepala.
"Entah apa mama nak katakan pada kamu ni. Asyik mengalah je. Dulu si Faris nak kahwin lagi satu, Aisya kasi. Sekarang lepas bini nombor dua meninggal, disuruhnya Aisha jaga anak dia pula. Sampai susut badan kamu ni mama tengok. Bilalah Aisha nak bertegas, nak?" suara mama lembut. Aku terdiam seketika.
"Alisya pun anak Aisha juga. Aisha sayang Alisya," hanya itu yang mampu aku katakan. Mama memandangku lama.
"Aisha mengandung ke?" sekali lagi aku terkejut dengan pertanyaan mama. Ketawa kecil aku lepaskan.
"Tak adalah, mama," ketawaku dihentikan. Mama menepuk pahaku kuat. Aku terkejut.
"Jawablah betul-betul. Mama tengok kamu macam mengandung je," ujar mama lagi. Aku mengerutkan kening.
"Macam mana mama tahu?" aku mengangkat kening nakal. Sesekali mahu juga aku kembali seperti dulu. Aisha yang nakal, yang manja. Mama mencebikkan bibir melihat telatahku.
"Mama kan dah tua. Mama tahulah. Period kamu bulan ni dah datang?" tanya mama lagi. Pertanyaan mama membuatkan aku tersedar sesuatu. Aku mengira dalam hati dengan jantung yang berdegup kencang.
"Empat minggu," suaraku seperti berbisik. Mama mengerutkan kening.
"Apanya yang empat minggu?" tanya mama. Aku memandang mama dengan kening yang berkerut.
"Haid Aisha lambat empat minggu," perlahan suaraku. Mata mama bersinar.
"Ye ke? Jom," mama menarik tanganku. Aku terpaku dengan tindakan mama.
"Pergi mana?" aku bertanya bingung. Mama tersenyum.
"Klinik,"

**********************

Aku melangkah keluar dari bilik doktor itu dengan senyuman lebar di bibir. Akhirnya impianku tercapai jua. Rasa ingin menjerit sahaja apabila doktor mengesahkan aku mengandung. Betapa bahagianya aku!
"Macam mana?" laju mama mengajukan soalan. Aku tersenyum kecil.
"Biar Aisha ambil ubat dulu, mama," aku pergi ke kaunter untuk mengambil beberapa jenis ubatan yang dibekalkan. Aku sengaja mendera perasaan mama.
"Aisha, cepatlah cakap," mama mula tidak sabar ketika kami di dalam kereta. Aku tersenyum manis.
"Betul cakap mama. Aisha mengandung!" aku sedikit menjerit. Mama melopong. Akhirnya mama memelukku erat.
"Syukurlah. Lama dah mama menanti. Lepas mama dan papa balik dari Mekah nanti, Aisha tunggu hari je, kan? Aisha jangan buat kerja-kerja berat, ya. Malam ni baliklah rumah. Beritahu Faris. Tentu dia gembira," aku mengangguk pantas. Perlahan tanganku mengusap perut. Ada zuriat Faris di situ. Aku tersenyum riang. Aku berharap kehadiran anak ini akan mengeratkan hubungan aku dengan Faris. Teringat aku segala layanan Faris kepada Atilia ketika Atilia mengandungkan Alisya. Aku bermimpikan Faris akan memanjakan aku sebegitu.

**********************

"Abang, lambat balik hari ini," aku segera meluru ke pintu menyambut suamiku. Faris kelihatan agak terkejut dengan kepulanganku yang tiba-tiba.
"Kenapa balik? Kenapa tak duduk sana terus?!" perlahan suara Faris tetapi masih kedengaran kasar. Aku hanya mendiamkan diri. Sudah lali dengan kata-kata begitu.
"Aisha dah ambil Alisya. Dia tidur," aku mengekori langkah Faris ke bilik. Dia menanggalkan kaca matanya dan merebahkan badan ke katil.
"Abang dah solat?" aku duduk di atas katil di sisinya. Faris langsung tidak bersuara. Belakang tangan dilekap di dahinya. Aku mengeluh. Mungkin dia terlalu letih. Tiba-tiba aku mendengar Alisya merengek. Segera ku ke katil bayi Alisya dan ku kendong.
"Kenapa ni, sayang?" dari tadi Alisya asyik merengek. Aku menyentuh dahinya. Agak panas. Aku risau.
"Abang, Alisya demam ni. Badan dia panas," aku membawa Alisya ke arah Faris. Segera suamiku itu bangkit. Alisya beralih tangan.
"Ummi dah beritahu saya tadi. Dia ada cakap Alisya demam sikit. Ummi dah bawa ke klinik pun," Faris mendukung Alisya ke beranda. Aku mengikuti langkahnya.
"Kenapa ni? Anak babah demam? Kesian Alisya," Faris mengagah-ngagah Alisya. Aku lihat Alisya ketawa kecil menampakkan batang giginya yang baru tumbuh. Comel sungguh!
"Abang mandilah dulu. Biar Aisha yang uruskan Alisya," aku cuba mengambil Alisya dari dukungan Faris tetapi suamiku tu tidak melepaskannya.
"Awak mengandung ke?" soal Faris tiba-tiba. Matanya tajam memandangku. Aku tersentak. Lama rasanya aku terpaku tanpa berkata apa-apa. Adakah bentuk badanku begitu ketara berubah sehingga mama dan Faris boleh mengangak? Aku teringatkan sesuatu. Faris kan doktor. Mungkin dia boleh mengangak.
"Ya," perlahan jawapanku. Faris mengalihkan pandangan dari wajahku ke pemandangan di luar beranda. Aku tidak dapat melihat ekspresi wajahnya apabila aku mengiakan pertanyaannya tadi. Gembirakah, marahkah, terkejutkah?
"Ambilkan Alisya. Saya nak rehat sekejap," perlahan suara Faris apabila dia menyerahkan Alisya kepadaku. Aku diam dan terus keluar dari bilik. Aku keliru.

***********************

Aku menggosok perlahan mataku. Aku meraba sebelah. Kosong. Aku bangun. Di manakah Faris?
"Abang?" aku bangun. Mencarinya di bilik air. Tiada. Aku mengurut leher. Ke mana suamiku pergi?
"Abang," aku keluar dari bilik. Tiba-tiba mataku melekap pada pintu bilik sebelah yang sedikit terbuka. Perlahan aku melangkah ke sana.
"Sayang," aku mendengar suara Faris. Aku mengintai ke dalam melalui celahan pintu yang terbuka. Faris sedang berbaring di atas katil. Dia sedang memegang bingkai gambar.
"Maaf. Hanya sayang satu-satunya isteri abang. Selamanya. Abang tak berniat keadaan menjadi begini. Sekarang Aisha mengandung. Abang menyesal. Abang benar-benar menyesal. Hanya sayang yang lahirkan anak abang. Hanya Alisya anak abang. Maafkan abang," aku mendengar rintihan Faris. Kakiku terasa lembek. Aku terduduk di situ. Aku mahu lari lari terus mendengar kata-kata Faris namun kakiku tidak dapat bergerak.
"Hanya sayang isteri abang. Hanya Alisya anak abang. Anak itu bukan anak abang. Dia anak Aisha. Bukan anak abang!" kali ini satu bantal menjadi sasaran Faris dan dilempar ke dinding. Aku bersandar ke dinding. Tanganku mengusap perut. Faris tidak mengakui ini anaknya. Dia tidak mengakui aku isterinya. Aku terluka. Aku berharap kehadiran anak ini akan merapatkan lagi aku dengan Faris tapi..
"Kenapa?" suaraku perlahan sambil menolak daun pintu. Faris kelihatan terkejut mendengar suaraku. Dia bangun dan memandangku yang sudah terduduk di depan pintu. Tanpa suara, air mata turun mengalir dengan laju. Kesabaranku sudah hancur. Kesabaranku tdak membawa aku ke mana-mana!
"Kenapa abang buat Aisha macam ni?" rintihku. Tanganku menekup mulut. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Faris memang melampau! Selama aku berkahwin dengan Faris, aku tidak pernah menangis. Sewaktu Faris berkahwin dengan Atilia aku juga tidak menangis. Aku tahu segala kesabaranku akan berbayar namun sekarang, semuanya hanya mimpi kosong yang tak akan tercapai. Air mata aku hambur sepuas hati. Sampai hati Faris tidak mengakui aku isterinya. Anak yang ku kandung dia juga tidak peduli.
"Apa salah Aisha? Apa kurangnya Aisha?" luahku lagi. Pedih hatiku. Aku terasa ingin mati. Aku menangis tersedu-sedu namun Faris hanya memerhati tanpa suara.
*************************

"Aisha akan keluar dari rumah ini bulan depan. Lepas mama dan papa Aisha berangkat ke Mekah. Aisha harap abang bersabar dengan Aisha sebulan sahaja lagi. Lepas itu, abang boleh lepaskan Aisha," perlahan aku berkata. Faris di sebelah tidak mengangguk atau membantah. Aku menarik nafas panjang. Sejak peristiwa malam minggu lepas, kami langsung tidak bersuara. Faris berpindah ke bilik itu. Hanya aku dan Alisya di kamar utama. Aku tahu dia gembira tidak sebilik denganku lagi. Apatah lagi aku akan keluar dari rumah ini nanti.
"Aisha pergi masak," aku meninggalkannya. Walaupun alahanku agak teruk namun aku tetap mengagahkan diriku untuk memasak. Kadang-kadang aku juga tidak boleh terhidu wangian di tubuh Faris. Terus isi perutku keluar. Walaupun begitu, Faris tetap sering balik lewat. Aku tidak peduli kerana sekarang dan dulu juga sama. Dia tetap tidak memperdulikan aku.

*************************

"Ummi," aku mendengar Alisya memanggilku ummi. Betapa aku bahagia. Pipi Alisya aku cium dengan penuh kasih. Anak ini semakin lama semakin comel. Geram aku dibuatnya. Alangkah indahnya kalau anakku nanti secomel Alisya.
"Alisya," Faris datang menghampiri. Dia mengambil Alisya dari dukunganku.
"Ini bukan ummi, sayang," hatiku tersentap apabila Faris berkata begitu. Aku mengekori langkah Faris ke bingkai gambar Atilia dengan ekor mata.
"Ini barulah ummi Alisya," Faris menunjukkan gambar Atilia pada Alisya. Aku menekup mulut. Terasa pedih apabila Faris berkata begitu. Aku sedar, aku bukanlah ibu kandung Alisya tapi aku menjaganya sejak dia bayi lagi. Aku sayangkan dia seperti anakku sendiri. Dan sekarang, Faris menyedarkan aku bukanlah siapa-siapa Alisya.
Aku menapak ke bilik apabila Faris membawa Alisya ke biliknya. Aku tahu Faris membawa Alisya tidur bersamanya malam ini. Aku merebahkan diri ke katil. Beberapa kali aku mengalih tubuh. Mataku langsung tidak mengantuk. Terbayang-bayang lagi kata-kata Faris tadi. Kata-kata Faris dan layanan dingin Faris sepanjang perkahwinan kami seakan semakin jelas di ingatan. Aku menekup wajah dengan bantal. Rasa sebu otakku. Aku mahu lari dari semua ini. Serentak itu aku membuka laci. Dicapai sebotol ubat tidur. Aku mahu tidur dan melupakan semua masalahku. Aku mengambil lima biji ubat dan kutelan.
"Aisha!" Faris menghampiriku. Dia memandangku tajam.
"Awak makan apa tadi?" soal Faris kasar. Aku diam. Malas mahu menjawab soalannya. Aku cuba berbaring tetapi Faris merentap botol ubat tidur di tanganku dan menelitinya.
"Ubat tidur?! Awak telan berapa biji tadi?" soal Faris lagi. Aku menarik nafas panjang.
"Berapa biji?!" kali ini Faris kelihatan sudah mula hilang sabar.
"Lima," lemah suaraku. Faris membulatkan mata. Dia menarik aku ke bilik air. Aku mengerutkan kening.
"Muntahkan balik!" arah Faris. Aku terpaku.
"Apa?" tanyaku bingung. Apatah lagi aku begitu letih sekarang. Aku mahu kembali ke katil.
"Muntahkan balik ubat tidur tadi. Saya tak peduli. Muntahkan balik!" arah Faris lebih kasar. Aku sakit hati dengan kelakuannya. Dia memaksa aku muntah sehingga aku terduduk lemah di dalam bilik air. Tenagaku seolah-olah hilang. Hendak berdiri pun aku tidak berdaya. Faris mengendongku ke katil. Dia kemudian terus keluar dari bilik. Aku menangis sendirian lagi malam itu.

****************************

"Macam mana Aisha sekarang?" pertanyaan mama selepas makan malam aku jawab dengan senyuman sahaja. Aku senang sekali apabila mama datang melawatku hari ini.
"Alahan teruk lagi, ke?" tanya mama. Aku mengangguk.
"Teruk juga. Asyik muntah je. Kalau bau nasi ditanak pun Aisha muntah tapi kenalah tahan. Aisha kena masak," ujarku. Mama mengusap rambutku lembut.
"Kalau macam tu, janganlah masak. Ambil pembantu rumah. Tak pun suruh Faris tolong," pinta mama. Aku hanya berdiam. Aku mahu memasak. Biarlah aku menjaga Faris sebelum kami berpisah.
"Tak apalah, mama. Hm, mama tau tak mana ada jual limau bali? Aisha nak makanlah," pintaku. Sudah lama aku mengidam mahu memakannya tapi aku tidak tahu di mana buah itu dijual. Mama tiba-tiba mengerutkan dahi apabila mendengar permintaanku.
"Faris tak belikan untuk Aisha ke?" tanya mama curiga. Aku tersentak.
"Abang sibuk. Aisha tak nak susahkan dia," jawabku perlahan. Aku tipu. Aku tahu sesibuk mana pun Faris, dia akan membelikan apa sahaja yang diidamkan Atilia dulu. Aku tidak berani meminta daripada Faris kerana aku tahu, aku tidak akan pernah mendapat layanan seperti Atilia. Lebih baik aku berdiam diri sahaja daripada aku dihidangkan dengan pandangan tajam dan kata-kata dingin dan sinis Faris. Mama menggelengkan kepalanya.
"Sesibuk mana pun dia boleh tolong carikan. Kesian cucu mama nak makan," mama mengusap perutku perlahan. Aku tersenyum kecil.
"Mama, ini gambar ultrasound baby. Aisha dapat semalam," aku menghulurkan gambar itu. Mama mengambil dan melihatnya dengan senang hati.
"Doktor kata apa?" tanya mama. Matanya masih tidak lepas dari gambar itu. Aku menyandarkan diri ke kerusi.
"Semuanya okay, mama. Cuma tekanan darah Aisha tinggi sikit," jawabku. Teringat temu janji ku dengan doktor semalam. Aku cuma pergi sendiri. Gambar itu juga aku tidak tunjukkan pada Faris. Untuk apa? Dia bukan peduli pun. Malah, dia tak menganggap ini anaknya pun.
"Apa yang Aisha fikir sampai darah naik ni? Jangan tertekan sangat. Tak baik untuk baby," mama menasihatkanku. Aku tersenyum walaupun aku merasakan senyumanku hambar.
"Eh, abang. Abang nak air ke?" aku memandang Faris yang berdiri di tangga. Faris menggeleng dan menuju ke dapur. Aku kembali memandang mama.

*****************************

"Maafkan Aisha kalau Aisha ada buat salah sepanjang perkahwinan kita. Halalkan makan minum Aisha," aku mengucup tangan Faris yang diam dari tadi. Aku mendukung Alisya. Pipi montelnya ku cium bertalu-talu.
"Mama pergi dulu, sayang. Jangan nakal-nakal tau," aku lihat Alisya ketawa . Comel! Betapa aku berat hati untuk meninggalkan Alisya. Aku sayangkan dia seperti anakku sendiri. Hari ini hari terakhir aku di rumah ini. Aku harus mengotakan janjiku sebulan lepas. Aku memandang Faris dan Alisya buat kali terakhir sebelum aku membawa kereta keluar dari perkarangan rumah. Air mataku tumpah.

*****************************

Faris memandang ke luar tingap. Alisya didukung. Mak Miah yang sedang menangis dipandangnya dengan rasa serba salah.
"Faris kena cari juga Aisha. Ummi nak menantu ummi," Mak Miah terus-terusan menangis. Faris mengeluh.
"Kami dah berpisah, ummi. Faris pun tak tahu dia kat mana sekarang," ujarnya. Mak Miah memandangku tajam.
"Kamu ini memang melampau! Faris ingat ummi tak tahu macam mana kamu layan Aisha? Adil konon. Kesian Aisha!" Mak Miah terus membebel. Faris meraut rambut malas.
"Dia tak cakap apa-apa pun bia Faris kata nak kahwin dengan Atilia. Bila Faris lebihkan Atilia, dia tak marah juga. Bila Atilia dah meninggal, dia jaga Alisya macam anak dia sendiri. Tapi Faris masih juga abaikan dia. Faris nak perempuan macam mana lagi? Ummi rasa dia dah cukup sempurna. Cantik, baik, penuh kasih sayang. Faris tak puas hati di mana lagi?" bebelan Mak Miah berterusan. Faris mengetap bibir. Alisya dikendong menuju ke bilik.
"Faris, bawa Aisha balik. Kesian cucu ummi," nada Mak Miah kedengaran mengharap. Faris mengeluh.

********************************

"Kau memang tak guna, Faris!" serentak itu ada satu tumbukan mengena pipi Faris. Dia tersungkur ke lantai. Kaca matanya ditanggalkan.
"Kenapa dengan kau ni? Dah hilang akal ke?" kasar suara Faris. Dia memandang tajam Zackry yang turut memandangnya tajam. Tiba-tiba kolar kemejanya direntap kasar. Dia menepis pantas.
"Kau yang dah hilang akal! Dah ada Aisha yang cukup baik, kau masih jugak tak puas hati!" tengking Zackry. Wajahnya yang kacak kelihatan merah menahan marah. Faris tersenyum kecil. Baru dia tahu tujuan lelaki itu. Faris menyarungkan kembali kaca matanya.
"Suka hati akulah! Yang kau sibuk ni, apasal? Masalah kau, ke?!" tengking Faris kembali. Dia menolak tubuh Zackry daripadanya. Zackry mengetap bibir marah.
"Ini masalah aku. Sebab aku suka Aisha!" Zackry merapati Faris. Faris tersenyum sinis.
"Kalau macam tu, ambillah! Kami dah berpisah pun," selamba saja nada suaranya. Zackry sakit hati. Tumbukan mengenai perut Faris. Faris terduduk menahan sakit.
"Kenapa kau tak menghargai Aisha? Aku peliklah. Kenapalah dia cinta sangat lelaki tak guna macam kau ni!" kolar Faris dicengkam.
"Semua orang gilakan dia di UK. Tapi dia ayik kata dia dah kahwin. Kau siakan dia. Kau kahwin lain dan tinggalkan dia macam sampah. Apa kurangnya dia? Puas aku merayu agar dia bercerai dengan kau dan kahwin dengan aku. Tapi dia tak nak! Malah dia memilih nak jaga anak tiri dia! Yang kau gilakan Atilia sangat tu, kenapa? Kau ingat aku tak tahu, Atilia tu perempuan GRO!" serentak itu satu tumbukan mengenai pipi Zackry. Kali ini giliran Zackry pula yang terduduk di lantai. Faris tajam menenung lelaki itu.
"Kau jangan nak hina Atilia! Dia isteri aku!" wajah Faris sudah berubah merah. Zackry bangun dan membetulkan bajunya. Mereka berdua sudah mencapai suhu kepanasan yang melampau.
"Maaf aku cakap macam tu tapi Aisha pun isteri kau. Aku betul-betul tidak puas hati dengan kau. Kalau sampai sekarang pun kau tak sedar, kau akan kehilangan Aisha dan anak kau. Kau ni buta ke? Punyalah cantik Aisha tu tapi..Arghh! Lupakan. Aku takkan lepaskan Aisha lagi. Aku takkan mengalah. Jangan harap kau boleh jumpa Aisha lagi!" Zackry segera beredar. Faris menggerakkan rahangnya yang terasa sakit. Dia kemudian bangun dan beredar dari situ juga.

*******************************

Faris berjalan ke beranda. Dia memerhatikan seisi rumah. Sudah hampir dua bulan sejak Aisha meninggalkan rumah. Sejak itu rumah ini seperti kehilangan serinya. Alisya juga sering dihantar pada ummi. Alisya sering demam. Mungkin dia rindukan Aisha. Teringatkan Aisha, tiba-tiba rasa bersalah menghimpitnya. Faris bergerak ke katil. Dia memandang satu-satunya gambar Aisha di rumah ini. Itu pun gambar itu diambilnya dari bilik Aisha. Ketika mereka berkongsi bilik dulu, dia tidak membenarkan Aisha mengalihkan gambar-gambar Atilia. Malah, gambar Aisha juga tidak dibenarkan diletakkan di dalam bilik.
Entah sejak bila dia mula merindui kehadiran Aisha. Dia merindui liritan mata Aisha yang cantik, kening Aisha yang terbentuk cantik, bulu mata Aisha yang melentik, dan bibir Aisha yang merah merekah. Memang benar, Aisha memang jauh lebih cantik dari Atilia tetapi dia cintakan Atilia. Atilia cinta pertamanya. Atilia meninggal kerana melahirkan zuriatnya. Kasihnya terhadap Atilia berlipat kali ganda selepas kematiannya. Dia terlalu cintakan Atilia sehingga dia tidak memperdulikan Aisha. Dia tahu Aisha kecewa dengannya tapi dia memang tidak boleh menyayangi Aisha.
"Sayang," dia meletakkan gambar Aisha dan beralih pada gambar Atilia. Perjumpaaan dengan Zackry hampir sebulan lepas menghantuinya. Dari mana Zackry tahu Atilia bekas pelacur? Memang Atilia bekas GRO tapi dia tahu Atilia terpaksa melakukan kerja itu kerana dipaksa ayah tirinya. Dia tidak menyalahkan Atilia. Dia terlalu sayangkan Atilia. Baginya Atilia tetap seorang isteri yang suci.
"Alisya," dia tiba-tiba teringatkan anak perempuannya itu. Anaknya itu mewarisi raut wajahnya dan Atilia. Betapa comelnya Alisya. Dia sayangkan anaknya itu melebihi nyawanya. Hm, Aisha juga begitu. Dia tahu Aisha sayangkan Alisya juga. Dia tidak pernah berenggang dengan Alisya. Entah di mana Aisha sekarang. Entah ke mana Aisha membawa hati yang kecewa. Bagaimanakah keadaan Aisha yang sedang berbadan dua itu? Rasa bersalah menghimpitnya. Dia tahu tidak patut memperlakukan Aisha sebegitu rupa. Betul kata ummi, betul kata Zackry. Dia tidak layak untuk Aisha. Segala kelakuannya dulu akan menghukumnya. Sekarang dia kehilangan Aisah. Dia kehilangan anaknya.
Faris berbaring di atas katil. Tentu Aisha sakit hati dengan sikapnya. Dia belum pernah melihat Aisha menangis selepas mereka menikah. Dan kali itu Aisha menghamburkan semua tangisannya. Selepas itu Aisha jarang bersuara. Kadang-kadang dia perasan Aisha tertekan sehingga menelan ubat tidur. Ubat tidur boleh membahayakan kandungannya. Apatah lagi jika sampai lima biji! Walaupun ketika itu dia masih tidak memperdulikan Aisha, dia tidak terlalu kejam buat tidak tahu apabila Aisha sedang membahayakan kesihatannya.
Benar, dulu memang dia tidak peduli tetapi sekarang hatinya meronta mahu memeluk Aisha, meminta maaf atas segala kesalahannya. Dia mahu mengusap perut Aisha, merasai tendangan anaknya. Dia mahu menyambut kelahiran anaknya nanti tapi bagaimana? Aisha sudah pergi. Sekarang dia harus menghadapi bahana perbuatannya dulu.

*******************************

"Aisha," Faris menanggalkan kaca matanya dan memakainya semula. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya. Kehadiran Aisha di pusat membeli belah ini mengejutkanya. Tanpa dia sedar, kakinya melangkah merapati Aisha.
"Aisha," dia melihat Aisha terkejut dengan kehadiarannya. Dia memandang Aisha lama. Aisha makin cantik. Wajahnya berseri-seri. Perutnya sudah semakin kelihatan walaupun agak kecil. Pipinya kemerah-merahan, wajahnya berseri-seri. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memeluk Aisha terus. Meminta maaf dan meminta Aisha kembali ke pangkuannya.
"Abang," dia melihat Aisha menarik nafas panjang dan menghadiahkan senyuman. Faris terkesima. Betapa dia merindui senyuman Aisha.
"Apa yang Aisha buat di sini?" pertanyaan itu terlontar dari mulutnya. Aisha menunjukkan baju bayi di tangannya.
"Aisha beli baju untuk baby Aisha. Apa yang abang buat di sini?" kali ini senyuman Aisha makin melebar. Faris mengangkat bahu.
"Entahlah. Mari lunch dengan abang?" ajaknya. Tiba-tiba sahaja gelaran abang meluncur laju dari bibirnya. Selalunya dia hanya bersaya awak dengan Aisha. Aisha terdiam. Tolonglah setuju, pinta hati Faris.
"Baiklah," Faris hampir melompat kesukaan!

**********************************

"Aisha tinggal di mana sekarang?" soalnya sambil menghirup kopi. Aisha meletakkan gelas berisi jus.
"Aisha tinggal dengan Noni. Lepas mama dan papa balik dari Mekah, Aisha tinggal dengan mereka," jawab Aisha. Dia mengurut perlahan lehernya dan mengetap bibir.
"Kenapa? Aisha sakit ke?" Faris melihat Aisha kelihatan pucat dan tidak bermaya. Aisha hanya tersenyum hambar.
"Biasalah bang. Anak Aisha ini aktif sikit," Aisha mengusap perutnya. Sesekali Faris perasan Aisha mengerutkan keningnya apabila bayinya menendang. Tetapi dia pelik, dari tadi Aisha menggelarkan anaknya, anak Aisha. Kenapa ya?
"Anak Aisha? Bukan anak kita?" Faris mengerutkan kening. Aisha mengetap bibir.
"Ya. Anak Aisha. Bukan anak abang," sekelip mata timbul nada dingin di suara Aisha. Faris tersentak.
"Kenapa?" tanyanya terkejut. Aisha bangun.
"Sebab abang sendiri yang tak mengaku," Aisha segera melangkah. Faris terkesima.

***********************************

"Aisha!" Faris mengekori langkah Aisha yang laju. Dia tidak mahu kehilangan Aisha lagi. Dia mahu Aisha pulang ke pangkuannya.
"Aisha!" kali ini dia berjaya menyaingi langkah isterinya itu. Yalah, Aisha semakin sarat, tentulah dia tidak boleh melangkah terlalu pantas. Faris memandang tangan Aisha lembut.
"Kenapa larikan diri dari abang?" tanyanya pantas. Aisha menundukkan wajah.
"Aisha tak larikan diri. Aisha cuma dah lewat ni," Aisha cuba menarik tangannya tetapi Faris mengetapkan peganngan. Faris mendekatkan wajahnya pada wajah Aisha yang putih kemerah-merahan. Isterinya sungguh cantik. Kalau tidak, masakan tadi ada beberapa jejaka yang menjeling ke arah isterinya walaupun Aisha sedang berbadan dua.
"Abang rindukan Aisha. Aisha baliklah," akhirnya kata-kata itu terlontar. Dia tidak mahu menyembunyikan perasannya. Dia rasa dia sudah jatuh cinta pada isterinya itu. Aisha pula kelihatan amat terkejut pada waktu itu.
"A..apa yang abang merepek ni?" Aisha menundukkan wajah. Faris memaksa Aisha memandangnya dengan jarinya. Mata Aisha dan hidungnya memerah. Faris rasa bersalah tiba-tiba.
"Abang minta maaf atas apa yang abang buat dulu. abang tahu abang salah. Abang tak akan sia-siakan Aisha lagi. Abang cintakan Aisha. Baru abang sedar perasaan itu. Abang tahu Aisha dah banyak bersabar dan berkorban salama ini. Sekarang, abang nak balas balik segala kebaikan Aisha. Abang nak jaga Aisha dan anak kita ini. Abang nak sambut kelahiran dia," tangan Faris mengusap lembut perut Aisha. Dia merasai gerakan anaknya. Senyuman terukir di bibirmya.˜Papa mintak maaf, sayang. Papa janji papa takkan takkan siakan mama dan sayang lagi tekadnya.
"Maaf. Aisha nak balik," Aisha semakin kuat meronta. Mata dan hidungnya semakin memerah. Bila-bila masa sahaja air matanya akan gugur.
"Aisha, tolong maafkan abang. Berilah abang peluang kedua!" rayu Faris. Dia betul-betul takut kehilangan Aisha lagi!
"Dah lama Aisha berikan peluang untuk abang. Dah lama Aisha bersabar. Aisha sayang abang tapi apa balasan abang? Abang kahwin dengan Atilia! Abang langsung tak pedulikan Aisha! Abang tak mengaku ini anak abang.." Aisha terduduk apabila menuturkan itu. Dapat dilihat betapa berat beban rasa yang ditanggung selama ini. Faris melutut. Tidak sangka Aisha begitu menderita. Tidak sangka segala perbuatannya begitu menghiris perasaan Aisha.
"Faris!" dia merasakan dirinya ditolak kasar. Zackry memandangnya tajam.
"Kan aku dah kata jangan ganggu Aisha! Kau sendiri yang setuju. Jadi sekarang, kenapa kau mungkir janji?!" kasar suara Zackry. Dia kemudian membantu Aisha bangun.
"Dia isteri aku!" balas Faris apabila dia kembali berdiri. Zackry tersenyum sinis.
"Baru sekarang nak mengaku? Pergi mampuslah dengan kata-kata kau! Ingat aku nak percaya dan lepaskan Aisha pada lelaki tak guna macam kau ni?!" Zackry mula menengking. Faris mahu membalas tetapi apabila melihat wajah Aisha yang pucat, dia terdiam.
"Aisha, maafkan abang. Baliklah semula. Alisya rindukan Aisha. Dia asyik demam. Abang pun rindukan Aisha. Baliklah," dia merayu lagi. Tangan halus Aisha tidak dilepaskan. Aisha menggeleng. Dia melangkah pergi. Faris mahu mengejar tetapi dihalang Zackry.
"Sudahlah, Faris. Kau dah terlambat. Aku dah ingatkan kau dulu tapi kau degil. Aku juga dah berikan peluang untuk kau dan korbankan perasaan aku tapi kau sia-siakan. Jadi, jangan ganggu Aisha lagi. Sejak dia kahwin dengan kau, dia asyik menderita. Bagilah dia peluang untuk dia berbahagia!" Zackry segera mengejar langkah Aisha. Faris meraut wajah kesal.

***********************

Aku mengesap air mata yang mula mengalir di pipi. Kenangan beberapa bulan dulu sejak aku bertemu semula dengan Faris muncul di ingatanku. Sejak itu, Faris tidak putus-putus cuba memujukku kembali. Bunga dan hadiah sentiasa di hantar ke rumahku. Ucapan cinta, rindu dan maaf juga tidak lekang keluar dari mulutnya. Cuma aku letih. Aku tidak tahu harus mempercayai kata-kata Faris. Aku tidak tahu betulkah Faris mencintaiku atau dia sekadar mahu Alisya mempunyai ibu. Mengingatkan Alisya, aku tiba-tiba sebak. Bagaimanakah keadaan Alisya? Adakah Alisya sudah sihat kembali? Aku betul-betul rindukan Alisya. Rindukan Alisya..
Tiba-tiba bayiku menendang. Aku tersenyum kecil walaupun terasa sakit. Aku mengusap perut perlahan. Aku sayangkan anaknya ini walaupun selepas Faris tidak mengakui ini anaknya. Bagaimanakah nanti kehidupan anaknya ini nanti? Dia tidak akan mempunyai seorang ayah. Adakah nanti jika aku menerima Faris semula kerana anak ini, Faris akan menyayangi anak ini sebagaiman dia menyayangi Alisya? Aku tidak pasti. Alisya adalah buah cintanya dengan wanita yang paling disayanginya. Aku pula hanyalah tempat dia memuaskan nafsu sambil dia mengangankan Atilia. Jadi, kehadiran zuriatnya di dalam rahimku amatlah tidak diharapkan. Masih segar di ingatanku raut wajah dan nada Faris yang dingin sebaik sahaja mengetahui yang aku hamil. Semua itu sering menghantui lenaku. Aku tidak aman mengetahui nasib anakku yang tidak akan disayangi ayahnya sendiri. Ini semua salah aku.
"Aisha," aku memandang ke arah mama yang sedang berdiri di hadapan pintu. Aku tersenyum tawar sebaik mama menghampiriku.
"Aisha, Faris ada di bawah. Dia mahu jumpa dengan Aisha. Turunlah. Dah banyak kali dia datang nak jumpa Aisha sampai mama jadi segan," mama memujukku. Aku mengeluh perlahan. Kenapa Faris tidak putus asa? Aku tahu dia hanya berpura-pura. Aku takkan pernah ada di hatinya. Kenapa semua orang terpedaya dengan lakonannya? Aku takkan tertipu kerana aku sudah tahu betapa perit mengharapkan cinta seseorang yang menyintai orang lain.
"Aisha tak nak," ucapku perlahan. Mama mengeluh perlahan. Dia memeluk bahuku dan mengusap perlahan rambutku yang terjuntai di dahi.
"Kesian dia. Dia betul-betul nampak tak terurus. Dia sayangkan Aisha. Mama nampak betapa kesalnya dia," pujuk mama lagi. Aku mengalihkan pandangan. Aku tidak tahu bagaimana Faris lakukan tetapi mama dan papa yang begitu marah dengan perbuatan Faris kini menyokongnya pula.
"Aisha tak percaya, mama. Aisha dah letih. Aisha dah penat," aku meluahkan rasa yang menjerut hatiku. Mama diam.
"Sudahla, Aisha. Kamu berbaiklah. Mulakan hidup baru. Lagipun nanti cucu mama akan lahir. Takkan Aisha nak pisahkan dia dari ayahnya," mama masih tidak putus asa. Aku menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang.
"Dia tak anggap ini anaknya pun. Dia takkan sayangkan anak ini seperti dia sayangkan Alisya," aku mengesap air mata yang mengalir apabila menuturkan itu. Rasa sakit hati, kecewa dan sedih bercantum menjadi satu. Aku tidak dapat mengawal tangisan. Wajahku disembam ke telapak tangan. Tangisan dihamburkan.
"Siapa kata abang tak sayangkan baby ni? Abang sayangkan dia, abang sayangkan Aisha," aku terkejut mendengar suara itu. Aku mengangkat wajah. Faris sedang berdiri dihadapanku. Wajahnya kelihatan cengkung. Mama tidak kelihatan di mana-mana. Faris duduk di sisiku. Dia menyentuh perlahan daguku. Wajahku dibawa ke dadanya. Aku mengetap bibir. Air mata terasa ingin mengalir kembali. Betapa aku rindukan jejaka ini. Walaupun beribu kali aku mengatakan aku tidak dapat menerimanya kembali, cintaku kepadanya terlalu dalam. Adakah aku yang terlalu bodoh? Air mata bercucuran di dada Faris.
"Maafkan abang atas segala salah abang sebelum ini. Abang tak sedar. Abang abaikan Aisha. Abang lupa kehadiran Aisha dalam hidup abang. Selepas Aisha pergi, barulah abang sedar betapa pentingnya Aisha dalam hati abang," dia berkata begitu ketika aku teresak-esak menangis di dadanya.
"Senangnya abang cakap. Abang ingat Aisha boleh lupa semua penderitaan Aisha? Dua tahun Aisha pendam semuanya dalam hati. Hampir dua tahun Aisha sakit hati lihat betapa bahagianya abang dengan Atilia. Merasakan betapa sakitnya menjadi orang ketiga antara abang dan dia. Dan setahun selepas itu menyaksikan betapa Aisha tidak akan dapat mengantikan Atilia. Mengetahui abang takkan pernah melupakan Atilia. Betul kata semua orang. Aisha bodoh! Aisha adalah sebodoh-bodoh wanita kerana sehingga sekarang masih menyintai abang. Dan abang suruh Aisha maafkan abang semudah itu? Sakit yang abang alami tidak setanding sakit yang Aisha terpaksa tanggung selama ini!" luah aku sambil memukul-mukul dada suamiku. Faris hanya membiarkan aku meluahkan segala sakit hatiku.
"Aisha tidak bodoh. Aisha baik hati. Aisha tetap baik dengan abang walaupun abang lukakan Aisha. Aisha sayang Alisya seperti anak Aisha sendiri. Tiada wanita sebaik Aisha," Faris memelukku.
"Abang tipu. Aisha tak percaya cakap abang," aku mencuba melepaskan rangkulan Faris namun suamiku itu mengeratkan pelukan.
"Abang tak tipu. Abang benar-benar cintakan Aisha. Apa yang perlu abang lakukan untuk Aisha percaya?" Faris mencium pipiku. Aku mengetap bibir. Ada rasa cinta di situ. Betapa selama ini aku mengharapkan itu. Adakah sekarang cintaku sudah datang? Tidak, tak mungkin! Aku segera bangun.
"Aisha tak percaya. Abang takkan dapat lupakan Atilia. Abang cuma nak nak Aisha gantikan tempat Atilia. Sebagai pemuas nafsu abang je, kan?!" aku tidak tahu macam mana kata-kata kasar itu terluah. Yang pasti aku mahu menyakitkan hati Faris sepuas hatiku. Aku mahu lihat sejauh mana dia bersabar melayani kerenahku. Aku dapat melihat wajah Faris berubah namun dia segera meraut wajahnya.
"Kenapa Aisha cakap macam tu? Abang betul-betul cintakan Aisha. Percayalah!" Faris memegang bahuku tetapi aku menepis tangannya. Dia kelihatan terkejut dengan kelakuanku.
"Apa kurangnya Aisha?! Apa lebihnya Atilia tu? Abang tentu dah tahu Aisha yang perangkap abang dulu, kan? Abang tahu kenapa Aisha buat begitu? Aisha sayangkan abang! Aisha terlalu sayangkan abang sampai Aisha sanggup musnahkan persahabatan Aisha dengan Atilia. Tapi tidak cukup baikkah Aisha? Tidak cukup sabarkah Aisha sehingga abang sanggup kahwin dengan Atilia? Apa baiknya Atilia? Dia bekas GRO!" serentak itu tanpa sedar tamparan pertama Faris mengenai pipiku. Aku terdorong ke belakang dan berlanggar dengan dinding. Aku terduduk dan menyentuh pipi yang terasa perit. Pinganggku terasa sakit akibat hentakan yang kuat. Terlalu sakit. Aku mengetap bibir.

*************************

Faris terpaku berdiri di situ. Matanya memandang tangannya. Dia kemudian memandang pipi Aisha yang sudah memerah. Memang tidak silap lagi, dia sudah menampar Aisha. Ya Allah! Dia memandang Aisha yang sudah terduduk. Keningnya berkerut. Mungkin menahan sakit.Ya Allah, apa yang aku telah buat? Seharusnya aku bersabar dengan tingkah Aisha. Kenapa aku boleh tenang ketika Atilia menghina Aisha tetapi tidak apabila Aisha menghina Atilia?
"Aisha!" Faris segera meluru ke arah Aisha. Dia melutut sambil memangku Aisha yang sudah mengerang kesakitan. Tangannya menekan-nekan perut.
"Abang, Aisha mintak maaf," Aisha mencapai tangan Faris dan diciumnya perlahan. Faris terkedu. Ini salahnya tetapi Aisha yang meminta maaf. Rasa bersalah bertimpa-timpa. Dia tidak sepatutnya menyakiti Aisha, apatah lagi Aisha sudah lemah menghamilkan zuriatnya.
"Aisha tak salah, sayang. Abang yang salah kerana tak sabar," ucapnya sebak. Aisha menggeleng. Kelihatan dia sedang menanggung sakit yang teramat.
"Aisha yang salah. Aisha dah tahu, abang takkan sayang Aisha seperti abang sayangkan Atilia. Aisha mintak maaf sebab hina Atilia. Aisha tak sedar macam mana Aisha boleh cakap macam tu," Aisha berucap lemah. Air mata mengalir turun. Faris mengeleng pantas. Dia cemas melihat keadaan Aisha yang semakin lemah. Matanya terbeliak melihat darah turun dengan banyak di celah kaki Aisha.
"Abang sayangkan Aisha. Tolong jangan tinggalkan abang. Abang tak sanggup hilang Aisha," Faris cemas apabila Aisha mula tidak sedarkan diri. Segera tubuh Aisha dicempungnya.
"Ya Allah, apa dah jadi ni?" mama menutup mulut melihat keadaan Aisha. Apatah lagi melihat darah yang banyak. Faris tidak peduli. Dia harus membawa Aisha ke hospital, secepat mungkin!

**************************

Air mata yang mengalir langsung tidak dikesat. Dia betul-betul menyesal atas apa yang dilakukannya kepada Aisha. Sekarang dia harus menunggu. Dia takut dia akan kehilangan Aisha.
"Kau memang jahat, Faris. Aku benci kau!" Noni yang teresak di sebelah sedikit menjerit. Dia betul-betul bencikan Faris. Baginya, Faris adalah punca kesengsaraan Aisha. Dia melihat betapa terseksanya Aisha sepanjang perkahwinannya. Dia menyimpan segala derita yang ditanggung Aisha.
"Kesian Aisha. Kalau kau tak cintakan dia pun, janganlah buat dia macam tu. Kau nak bunuh dia dengan anak dia ke?!" Noni meluahkan rasa hatinya lagi. Mama mententeramkan Noni. Zackry yang duduk disebelahnya hanya diam. Sesekali dia menepuk-nepuk belakang Faris.
"Aku tahu kau dah berubah. Aku tahu kau tak terniat nak lukakan Aisha. Sekarang kita tunggu. Aku pun tak nak apa-apa jadi pada Aisha," ucap Zackry. Faris mengangkat wajah. Dia terharu sebenarnya. Zackry tidak terniat merebut Aisha darinya. Segala tingkah dan kata-kata Zackry dulu hanya untuk menyedarkannya. Kata Zackry, dia tidak akan dapat memiliki cinta Aisha sepertinya. Mengingatkan itu, dia menjadi bertambah sebak.
"Siapa suami pesakit?" Faris segera meluru ke arah doktor. Dia cemas. Tangannya menggigil. Dia tidak mahu Aisha mengikut jejak Atilia. Dia tidak mahu kehilangan Aisha.
"Macam mana dengan isteri saya, doktor?" tanya Faris gementar. Wajah doktor pertengahan usia yang bernada sayu itu dipandang tepat.
"Saya harap encik dapat bersabar mendengar berita ini. Isteri encik.."

***********************

Faris memandang kuburan itu untuk kali terakhir. Rasa sebak menyengat rasa hati. Perlahan-lahan kakinya melangkah pergi. Tanpa sedar, dia sudah sampai ke rumah.
"Faris ke mana tadi?" ummi muncul di pintu. Faris tersenyum pahit.
"Kubur, ummi," ucapnya perlahan. Ummi mengangguk perlahan. Dia tahu, anaknya sudah dapat menerima pemergian isterinya.
"Sudahlah. Yang pergi tetap pergi," nasihat ummi. Faris mengangguk. Dia melangkah lagi. Kali ini dia bergerak ke bilik. Senyuman terukir di bibirnya saat dia melihat Mikail di atas katil.
"Sayang," pipi anak lelakinya itu dicium sayang. Betapa dia sayangkan anak ini seperti mana dia sayangkan mama Mikail. Tiada sesiapa dapat mengantikan Aisha.
"Sudahlah, abang. Mikail baru tidur. Abang jangan kacau dia," Aisha datang sambil memimpin Alisya. Dia kelihatan sangat cantik. Faris segera merangkul kedua perempuan paling penting dalam hidupnya itu. Dulu, dia hampir sahaja kehilangan Aisha. Aisha koma sebaik sahaja melahirkan Mikail. Nanar dia dibuatnya. Setiap hati dia meminta maaf pada jasad Aisha yang kaku. Setiap hari air matanya tumpah menangisi apa yang telah dia lakukan kepada Aisha. Syukur Aisha sedar kembali setelah seminggu koma. Dia sangat bersyukur. Namun Aisha tak seperti dulu. Aisha menjadi dingin, seperti tidak berperasaan kepadanya. Katanya, dia tidak akan disayangi selama-lamanya. Hampir berminggu-minggu juga dia memujuk Aisha kembali. Akhirnya, dia berjaya. Dia berpeluang untuk membalas segala kesalahannya terhadap Aisha.
"Terima kasih sebab sudi lahirkan zuriat abang dan terima kasih sebab kembali. Abang tak tahu apa akan jadi kalau abang hilang Aisha," ucap Faris penuh kasih.
Pipi Aisha dicium sayang.

*******************

Aku merangkul suamiku. Air mata kesyukuran sering aku titiskan. Betapa aku gembira kerana akhirnya aku memperoleh cintanya. Semua pengalaman yang aku tempuhi membuat aku lebih matang. Aku tahu, cinta tidak boleh dipaksa. Oleh itu, aku terlalu bersyukur dengan kehidupanku sekarang walaupun aku tahu Faris masih tidak dapat melupai Atilia. Biarlah, Atilia layak menerima kasih suci Faris itu. Aku sedar aku sekarang menumpang secebis kasih yang tersisa. Ini pun sudah mencukupi. Aku tidak mahu tamak. Kehadiran Mikail, ternyata membawa perubahan besar dalam kehidupan kami semua. Faris terlalu menyayanginya. Andaianku dulu yang Faris tidak akan menyayangi anakku melebihi Alisya tidak benar sama sekali. Kasih sayangnya sama. Alisya juga teruja dengan kelahiran adiknya. Aku benar-benar gembira sekarang.
"Abang cintakan Aisha," kata-kata Faris mengejutkanku. Aku tersenyum.
"Aisha pun cintakan abang juga," dalam hati aku mengucap syukur. Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment