君と僕

Friday, March 05, 2010

kasih aisha


Aisha, Redzal tengah usha awak tu," Atilia mengusikku sambil
menjuihkan bibirnya ke arah Redzal. Aku hanya tersenyum kecil.
"Tak ada maknanya Aisha nak layan si Redzal tu. Bukan kau tak tahu, dia tu
buaya tembaga! Lainlah macam Zackry. Dahlah kaya, baik dan bijak pula tu!"
sampuk Noni pula. Atilia mencebikkan bibir.
"Dia tu buat apa. Manja betul ngan mak dia! Lagipun Aisha pun dah
kaya," balas Atilia pula.
"Dia bukannya minat kat awak pun. Dia minat kat Aisha Jadi, pendapat awak
sangatlah tidak tidak diperlukan!" Noni menjelirkan lidah ke arah Atilia
yang memang sudah kelat wajahnya. Aku tergelak kecil. Lucu melihat telatah
rakan-rakanku ini.
"Sudahlah awak berdua. Tak bosan ke asyik bergaduh?" tanyaku bosan.
Atilia dan Noni mengangkat bahu. Aku tersenyum kecil dan memandang sekeliling.
Sesekali aku perasan lirikan mata dari pelajar-pelajar lelaki yang mencuri
pandang ke arahku di kantin ini. Aku sendiri tidak faham, kenapa aku diberi
perhatian sebegitu rupa. Malah, berkali-kali aku menolak niat jejaka ingin
berkenalan denganku dan dua orang rakan baikku inilah yang menjadi posmen
mereka semua!
"Atilia, Faris la," saat Noni membisikkan begitu, Atilia segera
menegakkan badannya dan mencuri pandang ke arah yang ditunjukkan Noni. Senyuman
segera terukir di bibir Atilia. Aku hanya mendiamkan diri dan turut melirik ke
arah itu. Mataku terlekap pada tubuh seorang jejaka tinggi lampai yang sedang
menyandarkan badannya ke dinding. Sebelah tangannya menyeluk kocek manakala
sebelah tangannya membetulkan rambutnya yang agak kusut. Aku masih terus
terleka memerhatikan Faris sehingga Atilia menjerit kecil.
"Kenapa, Lia?" tanya aku sedikit cemas namun Atilia hanya tersenyum
lebar.
"Dia pandang saya balik dan senyum. Cute betul!" bisik Atilia sambil
memegang pipinya yang memerah. Noni mengangkat sebelah kening nakal manakala
Aku hanya tersenyum pahit. Pandangannya diallihkan kembali kepada Faris,
pengawas tingkatan 6 dan satu-satunya lelaki yang menarik perhatianku. Kali ini
nasibku baik, Faris sedang tersenyum lebar dan menampakkan lesung pipinya yang
dalam di kedua belah pipi. Wah, comel betul!
"Eh, kita dah lambat ni. Kita kena pergi ke makmal Bio. Nanti tak
pasal-pasal cikgu marah," Noni sudah bangun. Begitu juga Atilia. Aku masih
berat untuk melangkah. Aku mahu menatap wajah Faris lagi. Namun, di saat
tanganku ditarik Noni, terpaksalah aku pergi dengan hati yang berat.


******************************************************


"Awak sibuk tak petang esok?" pertanyaan Zackry merimaskanku. Aku
hanya mengangguk pantas. Sudah malas aku melayan kerenah jejaka ini.
"Petang lusa?" tanya Zackry lagi. Kali ini jejaka itu duduk di kerusi
di hadapanku. Aku mengeluh perlahan dan memandang sekeliling. Ada beberapa
pelajar mencuri pandang ke arah Zackry dan diriku. Mungkin peminat jejaka itu
agaknya. Aku menundukkan wajah. Aku tidak suka diperhatikan. Dengan kehadiran
jejaka ini di sampingku, aku terasa rimas dan lemas. Jejaka ini menarik lebih
banyak renungan dan pandangan ke arahku.
"Sibuk," ringkas jawapanku. Aku tak mahu meneruskan perbualan ini.
Satu perkara lain sedang menarik perhatianku. Faris dan Atilia! Mereka sedang
berbual di satu sudut. Kelihatan mesra sekali. Hatiku sakit tiba-tiba.
"Kan kita akan habis SPM tak lama lagi. Takkan awak langsung tak nak
berseronok?" Zackry masih tidak berputus asa. Aku menggigit bibir. Wajah
kacak Zackry kupandang dengan senyuman nipis.
"Maaf la, saya betul-betul tak ada masa," tolakku lembut. Zackry
kelihatan kecewa. Aku kembali memandang gelagat mesra Faris dan Atilia. Gelisah
aku dibuatnya. Faris kelihatan begitu gembira. Sesekali terbentuk lesung
pipitnya yang begitu comel itu. Aku melentokkan kepalaku lemah di atas meja
namun pandanganku masih tidak dialihkan. Aku tidak pernah bosan menilik gelagat
dan karekter Faris. Dia mempunyai personaliti yang menarik perhatian aku.
Hendak dikatakan dia kacak, dia hanya sekadar sedap mata memandang. Hendak
dikatakan dia kaya, dia hanyalah anak seorang pemandu. Namun, dia rajin dan
sangat baik dengan semua orang. Malah, dia juga sangat bersopan. Sudah hampir
dua tahun aku memendam rasa suka padanya. Aku betul-betul sangat suka melihat
lesung pipit di kedua belah pipinya. Dia kelihatan jauuuuuuuh lebih kacak
apabila tersenyum dan ketawa.
Aku tersenyum kecil. Mungkin kalau orang lain tahu aku meminati Faris sebegini
lama, mahu terkejut beruk mereka dibuatnya. Yalah, aku sedang usha pengawas
biasa yang sedang berpacaran dengan rakan baikku sendiri sedangkan jejaka
paling kacak dan diminati di sekolah berada di hadapanku sekarang!
"Hai, Aisha," pandanganku diganggu dengan lambaian Atilia kearahku.
Aku tersentak. Segera aku menegakkan badan. Faris yang berdiri di sebelah
Atilia hanya memandangku dan tersenyum kecil. Mungkin hanya ingin menegur dan
menunjukkan rasa hormat padaku. Aku membalas dengan senyuman paling manis. Aku
berjalan pantas ke tandas dan meninggalkan Zackry terpinga-pinga. Dia tandas
aku menilik pipiku yang sudah merah padam. Aku mengibas-ngibaskan tanganku ke
wajah. Aku segan, aku gembira. Faris memandangku dan tersenyum! Aku betul-betul
tidak percaya. Sebelum ini jejaka itu langsung tidak memperdulikan aku. Mungkin
sekarang baru dia menyedari kehadiran aku.
"Kyaaa!" aku terlompat kecil. Aku betul-betul gembira. Walaupun hanya
senyuman biasa, itu sudah cukup membahagiakan aku. Nampaknya, aku betul-betul
suka pada Faris. Ops, bukan suka tapi cinta!
Tapi Faris dan Atilia bercinta. Sudah hampir dua bulan. Aku tidak sangka
rupanya Faris turut meminati Atilia. Hancur luruh hatiku apabila dikhabarkan
berita itu. Mujur tidak jatuh air mata di situ juga. Dan tadi, sedikit sebanyak
hatiku terluka. Aku mahu memiliki Faris. Aku tidak mahukan orang lain, aku
mahukan Faris sahaja! Tapi bagaimana??


***********************


Jariku yang mencoret rasa hati di dalam lembaran diari biru terhenti seketika.
Aku mengeluh perlahan. Rambutku yang lurus dan panjang ku seka ke belakang.
Fikiranku terasa kosong dan sayu. Serentak itu aku bangun dan melangkah keluar
dari bilik. Aku menjalarkan mata memandang ke tingkat bawah. Hiasan mewah dan
berjenama segera menyapa mata. Perlahan sekali aku melangkah menuruni tangga
dan bergerak ke kolam renang. Terasa senyap sunyi keadaan di rumah ini. Ah,
seperti biasalah! Papa sibuk bekerja dan mama dengan rakan-rakannya. Bilalah
mereka akan memberi perhatian kepadaku? Aku tak pinta banyak. Tak apa jika aku
tidak tinggal di rumah yang sebegini dan mewah asalkan aku tidak sunyi. Aku
terseksa seorang diri di dalam banglo mewah ini!
Kedua kakiku di tenggelamkan ke dalam air kolam yang dingin. Mataku dipejamkan.
Semakin bertambah sunyi rumah ini kurasakan. Tiba-tiba bayangan Faris menerpa.
Aku tersenyum kecil. Jejaka ini, sentiasa berada di dalam bayangan dan fikiran
aku. Apa istimewanya dia sehingga aku menjadi begini? Wajahku ditundukkan dan
merenung wajahku di kolam. Aku merenung mataku yang agak bulat dan bulu mataku
yang lebat dan panjang. Bibirku yang agak merah ku jilat sebentar. Atilia dan
Noni sering memuji mataku. Katanya, mataku yang diwarisi daripada keluarga
sebelah ibuku yang mempunyai darah Mesir sangat cantik. Aku hanya tersenyum
sahaja apabila mereka berkata begitu. Fikirku, raut wajahku sama sahaja dengan
mereka. Namun, mungkin mereka semua tidak berfikiran seperti itu. Aku sering
dikaitkan dengan kecantikan gadis-gadis Mesir yang kuanggap kecantikan mereka
memang sungguh sempurna. Aku tidak mungkin dapat menandingi mereka semua.
"Aisha, tak tidur lagi?" Mak Cik Rina berjalan mendekatiku. Aku hanya
menggeleng kepala. Mak Cik Rina mengeluh perlahan.
"Mama dan papa Rina dah telefon tadi. Mereka kata mereka balik lewat malam
ini atau tak balik terus. Aisha pergilah tidur. Tak payah tunggu mereka,"
Mak Cik Rina mengusap rambutku. Aku menundukkan wajah dan melangkah pergi tanpa
berkata sepatah apa-pun. Terasa malu pula dengan Mak Cik Rina yang menjagaku
sejak kecil. Dia seolah-olah tahu aku sedang kesunyian sekarang. Ah, apa yang
perlu aku lakukan untuk keluar dari ruang kosong ini?


****************************************************


"Apa yang ada di fikiran kamu berdua ni? Tak tahu agama ke?!"
tengkingan guru disiplinku hampir-hampir membuatkan ku tersungkur. Aku
betul-betul takut. Kecut perut aku apabila melihat renungan tajam Cikgu Halim.
Faris di sebelahku dipandang dengan raut risau. Dia hanya diam. Dari tadi lagi
dia tidak bersuara. Cuma jelas di matanya yang dia risau. Aku menggigit bibir
kuat. Air mata mula bertakung di bibir mata.
"Tapi kami tak salah, cikgu. Kami terkurung dalam bilik tu," baru
kali ini Faris bersuara mempertahankan diri. Aku diam. Sesaat itu pintu bilik
dirempuh kasar. Mama dan papa meluru mendapatkan aku. Segera aku berdiri.
"Papa"
PANGGG!
Aku tersungkur di lantai. Pipiku terasa perit. Pandanganku terasa kabur dengan
air mata. Aku menggagahkan diri untuk berdiri. Tangan papa ku capai dan kucium.
Sekarang barulah aku menyesal dengan apa yang aku rancangkan tadi. Entah
syaitan mana yang merasuk aku. Aku segera masuk ke dalam stor apabila mendapati
Faris sudah memasuki bilik itu. Pintu stor sengaja aku kunci. Aku mahu memerangkap
Faris! Gila, kan? Tapi aku hanya fikirkan untuk memiliki Faris. Aku tidak mahu
dia bersama dengan Atilia. Aku sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas
kekasih teman lelaki teman baikku sendiri!
"Apa awak buat di sini?" pertanyaan Faris mengejutkan aku. Dia
kelihatan tidak selesa dengan kehadiran aku di dalam stor itu bersamanya. Aku
diam. Segera aku melangkah menyainginya dan mengambil sebuah bungkusan di
lantai.
"Saya tertinggal ni. Tadi saya masuk sebab ada urusan dengan guru,"
perlahan suaraku. Sebenarnya aku berbohong. Aku sengaja meninggalkan bungkusan
itu agar Faris tidak curiga denganku. Segera aku melangkah ke arah pintu.
"Maaf, saya tak tahu awak ada di dalam stor ini. Saya ingat tiada orang
dalam stor. Maaf ya," aku meminta maaf. Suaraku masih perlahan. Faris
hanya diam. Dia kembali meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Aku tahu
pintu berkunci tetapi aku tetap cuba memulas tombol pintu. Riaksiku yang
terkial-kial memulas tombol pintu dan menolak pintu ternyata menarik
perhatiannya.
"Kenapa ni?" tanyanya. Aku tersenyum di dalam hati. Inilah pertanyaan
yang aku tunggu-tunggu. Aku memalingkan tubuh mengandapnya yang sudah tegak
memandangku. Wajahku segera dikeruhkan. Aku menggigit bibir.
"Pintu terkunci," sengaja aku tuturkan dalam nada cemas dan bersalah.
Faris terpaku seketika. Wajahnya kelihatan terkejut. Segera dia mendekati aku.
Dia mengarahkan dengan ekor matanya agar aku beralih ke tepi. Aku akur sahaja.
Faris cuba membuka pintu beberapa kali. Dia akhirnya akur kami memang
terperangkap di dalam stor yang kecil dan gelap ini setelah beberapa kali usaha
menendang dan menolak pintu. Aku tersenyum dalam hati. Setakat ini usahaku
berjalan lancar.
"Apa kita nak buat sekarang?" tanyaku sekadar berbasa-basi. Aku
sebenarnya langsung tidak berniat untuk keluar dari stor ini. Aku mahu sentiasa
bersama Faris. Punggungku dilabuhkan ke lantai stor. Sudah letih kakiku
berdiri. Faris diam. Akhirnya dia duduk dan menyandarkan badannya ke pintu.
Wajahnya kelihatan risau.
"Saya tak tahu. Mungkin kita terpaksa tunggu sehingga ada orang selamatkan
kita," lembut suara Faris. Langsung dia tidak menunjukkan rasa marah
walaupun tentu fikirnya aku yang cuai sehingga kami terkunci. Aku menundukkan
wajah. Bahagianya aku berdua dengan Faris sahaja!
"Saya takutlah," suaraku direndahkan. Wajahku juga diubah sendu.
Sengaja aku berbuat begitu untuk menarik perhatian Faris. Ternyata usahaku agak
berjaya apabila Faris memandangku lama. Mungkin dia bersimpati. Serentak itu
dia bangun dan menuju ke arahku. Aku agak terkejut. Apa yang dia ingin buat?
"A..apa yanâ
"Syy.. senyap. Saya ada dengar sesuatu," jari telunjuk Faris diletak
ke bibirnya. Aku terdiam. Aku hanya memerhatikan Faris namun hatiku terasa
bahagia apabila Faris berada berdekatan denganku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi
aneh. Jantungku terasa berhenti tiba-tiba. Aku kenal bunyi ini
kerana ini bunyi¦..ti..tikus!!!!!
"Aaaaaaa!!!!" aku segera berdiri dan melompat terkejut. Tanpa
disedari Faris kepeluk erat sambil mulutku terus menjerit seperti orang
histeria. Aku memaaaang sangat takutkan tikus! Faris terkedu dengan
perlakuanku.
"Sudahlah. Tikus itu dah pergi," Faris menenangkan aku. Dia langsung
tidak bergerak saat tanganku melingkari pinggangnya. Badannya kaku.
DUMMM!!!
"Apa yang kau orang berdua buat dalam ni?!" suara tengkingan itu
betul-betul mengejutkan aku dan Faris. Pelukan segera aku leraikan. Faris
menjauhkan diri daripadaku. Kami segera mengalihkan pandangan ke arah pintu
stor yang terbuka luas. Cikgu Halim!!


************************************************


Aku menundukkan wajah. Terasa suasana di dalam banglo mewah ini tersangat
tegang. Aku hampir-hampir menggigit bibir apabila terpandang renungan tajam
papa. Habislah aku!
"Saya mintak maaf di atas kelakuan anak lelaki saya. Saya tak sangka
kejadian ini akan berlaku. Saya betul-betul kecewa dengan dia," suara Pak
Jais, ayah kepada Faris kedengaran. Aku mengangkat wajah memandang wajah tua
itu. Pandangan dialih semula ke arah Faris yang asyik diam dan wajah Mak Miah
yang menunduk sayu. Terasa bersalah tiba-tiba. Faris tidak salah. Salah aku!
Ini rancangan aku!
"Saya pun kecawa, Pak Jais. Saya mengaku saya selalu sibuk dan tak ada
masa menemani Aisha tapi saya tak sangka dia sanggup malukan saya. Mana saya nak letak muka
saya ni?! Aisha, papa nak letak mana muka papa ni? Malu!!" tengking papa lagi. Aku
mengenggam erat kedua belah tangan. Aku takut tangan papa mendarat semula di
pipiku. Perit ditampar tadi tidak hilang lagi.
"Papa, Aisha mintak maaf tapi Aisha sumpah Aisha dan Faris tak buat
apa-apa pun. Kami terkurung tadi," aku cuba menjelaskan. Aku memandang
Faris. Dia mengangguk.
"Ya. Kami tak buat apa-apa pun," ucap Faris pula. Tiba-tiba kulihat
wajah papa semakin menyinga. Sekali lagi aku tersungkur ke lantai. Perkara yang
paling aku takuti berlaku jua. Aku ditampar sekali lagi! Kali ini tangisan aku
pecah. Aku benar-benar menyesali idea bodoh itu. Mama datang menghampiri aku
dan memelukku.
"Sudahlah. Awak nak bunuh anak saya ke?!" mama mengusap pipiku yang
sudah merah benar. Air mataku disekanya.
"Sakit ke, sayang?" tanya mama simpati. Aku tersedu-sedu. Papa
menggelengkan kepalanya melihat mama memanjakan aku sedangkan baginya, aku
benar-benar bersalah.
"Aisha jangan nak tipu papa. Cikgu Halim kata sampai peluk-peluk. Tak
bersalah la tu?!" tengking papa lagi. Aku menggelengkan kepala.
"Itu sebab" mulutku segera ditekup mama. Mama tak mahu aku menyampuk lagi.
dia takut aku akan mendapat habuan lagi. Dengan berat hati aku menundukkan
wajah.
"Mujur pihak sekolah tak buang sekolah. Kalau tak sia-sia kau orang berdua
belajar sampai sekarang! Dan satu lagi, saya nak mereka berdua kahwin lepas
habis exam," kata-kata papa mengejutkan aku. Faris juga terkejut bukan
kepalang.
"Apa?!" serentak kata-kata Faris, aku dan mama. Faris sudah bewajah pucat.
Aku menundukkan wajah. Tiba-tiba idea jahat muncul. Aku akan memiliki Faris.
Ini yang aku mahu! Aku tersenyum sembunyi.
"Saya setuju," Pak Jais bersuara. Faris semakin terkejut. Dari riak
wajahnya aku dapat lihat dia ingin membantah tetapi segera duduk apabila
direnung tajam oleh ayahnya. Aku menarik nafas lega.
"Abang!" mama mencerlungkan wajahnya memandang papa.
"Saya tak akan ubah keputusan ini. Muktamad!"


************************************************


Dan akhirnya keputusan itu dilaksanakan. Kami diijabkabulkan selepas selesai
peperiksaan STPM Faris. Upacaranya kecil sahaja. Hanya akad nikah. Kata papa,
selepas beberapa tahun barulah mengadakan majlis persandingan. Aku mengikut
sahaja. Lagipun aku terlalu gembira kerana Faris akhirnya menjadi milik aku.
"Saya tak setuju. Entah-entah budak tu yang perangkap Aisha. Nak duit
agaknya. Dasar anak pemandu!" cemuh mama. Aku hanya mendiam ketika itu.
Selepas itu aku keluar dari bilik. Tidak sangka aku bertembung dengan Faris.
Hatiku berdebar-debar. Dia dengar ke apa yang mama katakan?
"Awak" belum sempat aku menyudahkan kata dia berlalu pergi. Aku
terkesima. Tidak tahu berbuat apa. Terasa bersalah pula. Aku yang
memerangkapnya tetapi dia yang disalahkan. Semua orang memikirkan aku adalah
mangsa kecuali Atilia.
"Kau memang pengkhianat! Aku benci kau. Tentu kau yang perangkap Faris,
kan?!" tengking Atilia. Aku mendiamkan diri. Tidak tahu mahu berbuat apa.
rasa bersalah mencengkam.
"Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Faris kekasih aku!" serentak
itu satu penampar hinggap di pipiku. Aku hampir menangis. Perit.
"Sudahlah tu, Atilia. Ini hanya salah faham. Tak mungkin Aisha perangkap
Faris. Sedangkan Zackry pun dia tak layan. Inikan pula Faris," Noni
menyebelahi aku. Namun aku tidak gembira. Dari nada Noni, seperti dia
menganggap Faris yang memerangkap aku. Itu salah! Ingin sahaja aku meneriak itu
tapi mulutku terkunci.
"Kenapa kau sebelahkan dia? Aku yang jadi mangsa. Dia dah kahwin dengan
kekasih aku! Kekasih aku!" air mata Atilia lebat menuruni pipi. Aku hanya
mampu menunduk. Selepas itu, seluruh kehidupanku bertukar. Atilia sudah tidak
menjadi kawan karibku lagi. Dia begitu membenciku. Faris pula bagaikan patung.
Dia langsung tidak berbicara denganku sebelum terbang ke Ireland, Dublin untuk
meneruskan pengajiannya. Dan aku, aku merantau ke UK untuk menyambung pelajaran
atas desakan papa.
Di sana, kehidupan aku terasa sunyi namun tidak sesaat pun aku melupakan Faris.
Aku juga tidak menyembunyikan statusku di sana. Aku berterus terang yang aku
sudah berkahwin kepada jejaka-jejaka yang ingin menjalinkan hubungan denganku.
Aku bangga dapat memiliki Faris dan oleh sebab itu aku mahu setia. Aku terlalu
menyayangi Faris. Berjauhan dengannya, kasihku makin menebal. Seringkali mereka
menanyakan siapakah suamiku. Aku hanya tersenyum. Jika mereka tahu, sudah pasti
mereka tidak puas hati kerana ditolak. Yalah, Faris biasa sahaja sedangkan
mereka semua wajah persis model dan akan mewarisi kekayaan berjuta-juta. Namun
aku tidak buta dengan itu. Aku rasa harta keluargaku sudah agak banyak. Tidak
perlu menjadi tamak. Aku hanya perlukan Faris sahaja.
Beberapa tahun berlalu. Sekarang aku sudah pulang ke Malaysia dan di hadapanku
sekarang adalah wajah yang aku rindui selama ini. Aku melontarkan senyuman
nipis. Rasa kekokku hilang entah ke mana.
"Sudah lama abang pulang?" soalku. Kali pertama aku membahasakan
abang dengannya. Aku lihat Faris kelihatan terkejut dengan panggilan itu.
Kuamati penampilannya. Dia makin segak. Yalah, doktor. Lulusan dari Ireland
pulak itu. Bukan calang-calang orang boleh mencapai tahap sepertinya. Kulitnya
makin cerah. Dan cara pemakaiannya semakin bergaya. Di pangkal hidungnya
bertenggek kaca mata tanpa bingkai yang menambahkan lagi daya tarikannya. Aku
gembira melihat perubahannya. Aku bahagia kerana akhirnya aku dapat melepaskan
rinduku padanya.
"Hm," hanya itu yang djawab. Entah ya, entah tidak. Aku terus-terus
memerhatikannya. Terasa mahu menjerit sahaja kepada dunia tentang
kegembiraanku. Namun, aku dapat melihat riak tidak senang Faris. Adakah dia
tidak suka dengan kehadiranku?


************************************************


"Abang, makan," pelawaku. Aku sibuk menghidangkan sarapan di meja
apabila Faris turun. Senyuman aku lemparkan kepadanya namun dia masih berwajah
serius.
"Abang tak nak makan sarapan ke? Penat Aisha masak," aku mengekori
langkahnya ke pintu. Faris hanya diam. Dia pantas memakai kasut. Aku segera
mencapai tangannya dan mengucupnya. Faris terus keluar dan menarik tangannya.
Aku mengeluh. Belakang wajah Faris aku pandang sehingga dia menghilang. Sudah
beberapa bulan kami tinggal bersama namun Faris masih dingin. Jarang dia
berbual denganku. Wajahnya serius setiap masa. Tadi aku mengharapkan dia kan
mengucup dahiku sebelum keluar namun dia tidak pernah berkelakuan begitu. Hanya
di hadapan ibu dan bapa kami sahaja dia mesra sedikit. Sedikit, sedikit sahaja.
Namun, jarang dia mahu pulang ke rumah mama dan papaku. Adakah dia masih terasa
hati dengan kata-kata mama dulu? Aku mengeluh sekali lagi.


************************************************


"Tak nak buat ke majlis sanding kamu?" soal Ummi, ibu kepada Faris
saat kami berkunjung ke rumah mereka. Aku terdiam. Mataku memandang Faris di
sebelahku.
"Lepas nilah, ummi. Faris sibuk lah," tolak Faris lembut. Aku
terdiam. Faris malu ke apabila bersanding denganku? Aku tidak sesuai ke
dengannya? Aku menarik nafas lama. Hati terasa tersayat.
"Yalah, ummi. Aisha pun sibuk. Nanti bila ada masa terluang kami
buatlah," kataku pula. Faris hanya diam apabila aku berkata begitu. Ummi
diam. Aku memandang sekeliling rumah. Rumah ini sudah banyak berubah. Selepas
Faris balik dari belajar dan bekerja, perlahan-lahan rumah ini diubahsuai dan
dibesarkan. Sekarang rumah ini sudah tidak seperti dulu, kayu dan usang. Aku
mengkagumi Faris. Betapa dia berusaha untuk mengeluarkan dirinya dan
keluarganya dari kemiskinan. Aku semakin sayang kepadanya.
"Perut tu, tak berisi lagi ke?" soalan beserta usikan itu keluar dari
mulut Ummi. Aku terkejut dengan soalan itu. Manakan perutku nak berisi, Faris
langsung tidak menyentuhku. Kami juga tidur di bilik berbeza. Itu permintaan
Faris apabila kami mula-mula berpindah dulu. Aku hanya mengikut walaupun
sedikit terkilan. Biarlah"
"Tak ada rezeki lagi," perlahan suara Faris sambil membetulkan kaca
matanya. Aku memandang ke arah lain. Faris menipu lagi!
"Kamu merancang ke? Jangan merancang. Ummi nak cucu cepat-cepat,"
Ummi mengingatkan. Rambutku diusap perlahan. Aku tersenyum. Bertuah rasanya
kerana memiliki ibu mertua yang begitu menyayangi aku. Aku satu-satunya menantu
perempuannya. Dua orang adik Faris adalah perempuan dan masih bersekolah lagi.
"Esok nak ikut ummi ziarah kubur abah?" soal ummi. Aku mengangguk.
teringat aku pada wajah bapa mertuaku yang sudah meninggal dua tahun lepas. Dia
sungguh baik. Kematiannya menyebabkan keluarga hilang arah. Faris mengambil
alih menjadi ketua keluarga. Di Dublin Faris bekerja sambil bekerja. Gajinya
diserahkan semua kepada umminya. Dia memang anak yang baik..
"Mestilah ummi. Dah lama rasanya kami tak ziarah kubur abah," ucapku
lembut. Ummi tersenyum kecil.


*********************************************


Aku mengenakan bedak yang tipis ke wajahku. Bibirku pula dihiasi dengan
pelembap bibir sahaja. Aku tidak sukakan mekap yang tebal. Tidak selesa
kurasakan. Aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik Faris. Ku ketuk perlahan.
Tidak bersahut. Aku memulas tombol pintu. Faris masih tidur. Berselimut tebal
lagi. Aku segera menuju ke arahnya.
"Abang, bangun. Dah lewat ni. Subuh dah nak habis," ku goncang
perlahan tubuh Faris. Segera lelaki itu membuka matanya. Dengan pantas dia
mencapai jamnya dan segera berlari ke bilik air. Aku hanya tersenyum melihat
kelakuannya.
"Kenapa tak kejut awal-awal?" soalnya geram. Aku mengangkat bahu.
Selepas dia menghilang di balik pintu bilik air, aku sudah berkira-kira untuk
keluar. Namun, langkahku mati apabila telefon bimbit Faris berbunyi. Aku serba
salah apabila lama telefonnya berbunyi. Mungkin penting. Saat tanganku ingin
menjawab, muziknya terhenti. Aku ingin meletak kembali telefon itu tetapi tidak
lagi setelah melihat nama pemanggil tadi. Atilia!
"Atilia?" hatiku berdebar-debar. Atilia mana? Tanpa sedar aku sudah
meneroka telefon bimbit Faris. Hampir pengsan aku apabila dijamu dengan gambar
mesra Faris dengan Atilia, bekas rakan karibku! Aku menekup mulut. Mereka masih
berhubung? Mereka masih menyambung perhubungan kasih dulu? Faris masih
menyintai Atilia? Tiba-tiba telefon di tanganku dirampas. Aku memandang
kesebelah. Faris! Dia sedang memandangku dnegan wajah tegang. Mungkin tidak
suka dengan tindakannku yang menceroboh hak peribadinya. Aku hanya terpaku
apabila Faris menghempas pintu bilik air kuat.


***********************************************


Akhirnya tiba jua perkataan yang paling ku benci. Faris mengesahkan yang dia
masih berhubungan dengan dengan Atilia dan dia masih mencitainya. Hatiku terasa
pedih. Begitu pedih.
"Kenapa?" aku merintih. Faris diam.
"Saya nak berkahwin dengannya. Kalau awak tak sanggup bermadu, saya
sanggup lepaskan awak," ucapnya tenang. Aku bagai dipanah petir apabila
dia berkata begitu. Aku begitu mencintainya. Manakan aku sanggup dia melepaskan
aku!
"Jangan. Tolonglah. Jangan buat saya macam ni," aku merayu. Aku sudah
tidak peduli lagi. Begitu lama aku merayu namun Faris kelihatan tidak terusik
langsung. Hatiku sakit!


***********************************************


"Nah," aku menghulurkan borang itu kepada Faris. Faris mengerutkan
kening. Tanda tidak mengerti.
"Bacalah," pintaku pula. Faris mengikut kataku. Matanya membulat
apabila membacanya. Aku tersenyum pahit. Itu borang poligami! Aku dengan rela
hati menandatanganinya.
"Awak dah fikir masak-masak?" aku mengangguk.
"Cuma satu je pinta Aisha. Abang baliklah sini. Sekurang-kurangnya
seminggu sekali," pintaku penuh harap. Faris memandangku lama dan akhirnya
dia mengangguk. Mulutnya mengukir senyum.
"Terima kasih," ucapnya. Aku hanya diam. Aku sedih, aku terluka tapi
aku juga gembira melihat kegembiraan di wajahnya. Kali pertama, dia ikhlas
tersenyum padaku. Tiba-tiba aku terasa takut dengan apa yang akan aku tempuhi
nanti.


*********************************************


"Aisha dah hilang akal ke?" marah papa. Aku hanya diam. Mataku
memandang mama yang sudah mengalirkan air mata.
"Kan saya dah cakap. Jangan kahwinkan Aisha dengan budak tu. Dia nak
mainkan Aisha je. Sekarang ni, awak tengok. Dia nak kahwin satu lagi!"
marah mama. Aku menggelengkan wajah.
"Ini keputusan Aisha sendiri. Aisha harap mama dan papa faham,"
lembut suaraku. Mama dan papa terdiam.
"Kenapa Aisha setuju, nak?" kali ini giliran ibu mertuaku pula
bertanya. Aku menundukkan kepala. Wajahku cuba dimaniskan.
"Mungkin ini memang jodoh mereka, ummi. Aisha tak nak menghalang. Lagipun
Atilia kawan baik Aisha. Aisha tahu Atilia memang sesuai dengan Abang
Faris," ujarku. Ummi mengeluh berat.
"Macam mana dengan Aisha?" tanya ummi lagi. Aku terdiam seketika. Aku
sendiri tidak mengetahui nasib aku apabila Faris berkahwin dengan Atilia nanti.
Akhirnya aku tersenyum nipis.
"Aisha yakin Abang Faris akan adil, ummi," hanya itu yang mampu aku
katakan walaupun aku tahu itu tak akan pernah terjadi. Kata-kata ummi selepas
itu bak semilir angin lalu kepadaku. Aku leka dengan perasaanku sendiri.


**********************************************


Dan akhirnya segala keputusan itu melontar aku ke sini. Ke majlis perkahwinan
gilang-gemilang Faris dan Atilia. Hatiku bagai dirobek-robek apabila melihat
betapa bahagianya Faris dan Atilia di atas singgahsana yang dihias indah itu.
Teringat majlis penikahanku dengan Faris yang sekadar ringkas. Hatiku pilu.
"Aisha, awak tak apa-apa?" pertanyaan Noni membuatkan aku tersenyum.
Aku tahu senyuman itu pasti hambar. Saat Noni memandangku dengan pandangan
simpati, aku berpaling ke arah lain. Air mata cuba ku tahan sedaya mungkin.
Betapa sakitnya hatiku, hanya tuhan yang tahu!
"Jom kita ke sana," aku menarik tangan Noni mengikutiku. Orang ramai
di dewan hotel tempat berlangsungnya persandingan Faris dan Atilia ini aku
lepasi. Aku perasan ada mereka yang memujiku kerana aku membenarkan Faris
berkahwin dengan Atilia. Ada yang bersimpati dan ada juga yang tidak tahu
apa-apa. Biarlah. Aku tak perlukan simpati sesiapa. Aku hanya mahukan Faris!
Dan sekarang aku harus berkongsi Faris. Aku bersabar sehingga sekarang namun
cubaan apa lagi yang akan aku hadapi nanti?
"Tahniah. Awak nampak cantik sangat, Atilia," lembut suaraku apabila
berhadapan dengan Atilia. Sungguh aku cemburu. Dia memang sangat cantik dalam
gaun pengantinnya, gaun putih yang pernah aku impikan untuk pakai ketika
bersanding di sisi Faris. Namun sekarang Atilia yang mengambil tempatku. Ya
Allah, berilah kesabaran pada hati ini!
"Terima kasih," jawab Atilia endah tidak endah. Aku perasan dia
seperti tidak senang dengan kehadiranku. Adakah dia masih berdendam di atas
peristiwa dulu? Kenapa harus begitu? Kan dia sudah berjaya merampas Faris
kembali?
"Tahniah, Atilia. Aku tak sangka" aku segera menyiku Noni. Aku tahu Noni
akan menghamburkan kemarahannya kepada Atilia. Dia tidak pernah suka Atilia
berhubungan dengan suamiku apatah lagi menjadi isteri kedua. Hampir-hampir
sahaja dia menyerang Atilia dulu. Aku memandang Atilia untuk
memohon maaf. Atilia mencebikkan bibir sinis. Tiba-tiba muncul Faris. Faris
begitu segak sekali hari ini. Kaca matanya juga bertukar. Dia memandang Atilia
dengan wajah risau. Aku tahu dia takut aku dan Noni berpakat menyerang Atila.
Sayang sungguh dia pada Atilia.
"Tali leher abang senget. Mari Aisha betulkan," aku mencuba untuk
mencapai tali leher Faris tetapi suamiku itu mengundur. Tidak mahu aku
menyentuhnya. Aku terkesima. Akhirnya aku menurunkan tangan. Atilia jelas
tersenyum sinis. Aku terasa wajahku berbahang.
"Aisha balik dulu. Terima kasih sebab jemput Aisha," ucapku perlahan.
Aku kemudian melangkah pergi. Noni memandangku simpati.
"Saya tak apa-apa," lemah suaraku.

*************************************************

Aku merenung ke luar tingkap. Tanganku menongkat dagu. Titisan air hujan ku
perhati lama. Muzik dari earphone ipod kedengaran sayup-sayup di telingaku.
Selepas itu aku memandang sekeliling rumah. Terasa kosong. Aku menggigit bibir.
"Abang nak pergi mana ni?" tanyaku apabila Faris menuju pintu. Dia
diam.
"Abang dah nak balik? Kan abang baru sampai pagi tadi," sambungku
lagi. Faris mengalih badan membelakangiku.
"Maaf," hanya itu yang Faris ucapkan sebelum keluar. Aku terkejut
tetapi tidak cuba menghalang. Dahulu aku gembira kerana Faris menunaikan
janjinya yang akan menjeguk aku sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bagiku,
cukuplah kalau aku sekadar dapat melihat wajahnya sekali-sekala. Namun
sekarang, setelah hampir setahun dia berkahwin dengan Atilia, dia jarang pulang.
Betul-betul jarang pulang. Jika pulang pun hanya sebentar. Seperti tadi. Aku
kembali melontar pandangan ke luar tingkap. Muzik dan lagu semakin jelas
kedengaran di gegendang telingaku.

Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan
Selalu itu yg kau ucapkan padaku

Aku mengetap bibir. Lirik lagu ini menyakitiku.

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Air mataku terasa bergenang.

Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Aku menekup dadaku yang terasa pedih. Lagu ini benar-benar menggambarkan aku.
Lirik ini kedengaran begitu sayu. Adakah aku juga kelihatan begitu?

*********************************************

"Ummi, nak letak cili ke tak?" tanyaku pada ibu mertuaku sambil
memandang masakan di hadapannku. Untuk menghilangkan kesunyianku, aku sering ke
rumah ummi. Untuk ke rumah mama dan papa, seringkali aku dibebelnya kerana
membenarkan Faris berkahwin dengan Atilia dulu. Rasa geram mereka pada Faris
masih tidak surut. Aku tidak sanggup mendengarnya. Untuk itu aku ke sini.
"Suka hati Aisha lah. Kalau nak pedas, letakklah," ummi sibuk
mengisar bawang. Aku tersenyum kecil dan menyambung kerjaku.
"Assalamuailaikum," satu suara kedengaran. Aku berlari ke arah pintu
sambil membalas salam. Saat itu ku rasa seperti kakiku lembek. Aku bertaut pada
pintu. Senyuman cuba aku lemparkan walaupun pahit. Hati bersabarlah, pintaku.
"Abang, Atilia. Masuklah," aku bersuara perlahan. Faris dan Atilia
kelihatan terkejut dengan kehadiranku di rumah ummi. Akhirnya mereka masuk
tanpa suara. Wajah Atilia kelihatan muram. Aku buat tidak kisah.
"La, Faris, Atilia. Kenapa nak datang tak bagitau?" ummi muncul
dengan senyuman. Faris dan Atilia segera menyalami ummi. Aku hanya memandang.
Kandungan Atilia yang baru berusia lima bulan itu aku tenung dengan riak
cemburu. Aku juga mahu mengandungkan zuriat Faris tetapi aku tahu itu mustahil.
Akirnya aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu terbawa-bawa dengan
rasa dengki dan cemburu.
"Ummi dan Aisha dah masak. Lepas ni kita makan sama-sama," ummi
bersuara riang.
"Biar Atilia tolong," Atilia tersenyum tetapi ummi menggeleng.
"Tak payah. Atilia rehat je. Biar ummi dan Aisha je yang buat," aku
dan ummi bergerak ke dapur. Aku perasan hubungan ummi dan Atilia semakin baik
semenjak Atilia mengandung. Atilia merampas satu persatu hak aku. Aku hanya
mampu memandang sahaja tanpa berbuat apa-apa.

**********************************************

"Makanlah. Sayur ni baik untuk anak dalam perut tu," ummi menambahkan
lauk dalam pinggan Atilia. Atilia tersenyum manis. Barangkali bahagia dengan
layanan khas ummi. Aku menunduk memandang pinggan. Nasi kusuap walaupun kurasa
seperti pasir. Ummi semakin meminggirkan aku. Selepas ini siapa lagi yang aku
punya? Aku keseorangan sekali lagikah?
"Makanlah. Nanti sayang sakit," walaupun perlahan, aku sempat
menangkap Faris berkata begitu. Aku menggigit bibir. Sayang? Faris tidak pernah
memanggilku sebegitu. Hatiku seperti dirobek-robek.
"Mama, boleh tak mama masakkan laksa penang esok?" tiba-tiba Faris
bertanya. Aku mendongak memandang Faris.
"Kenapa?" tanya ummi. Faris tersenyum sambil memandang Atilia.
"Atilia nak makan. Dah lama dah tapi Faris tak sempat," ujar Faris
dengan raut bersalah. Ummi menggelengkan kepala.
"Kenapa tangguh-tangguh. Kesian Atilia mengidam. Selama ni Faris tak
belikan untuk Atilia ke?" tanya ummi geram. Atilia menggeleng.
"Atilia mengidam nak makan laksa pinang masakan ummi. Sebab itu lambat
abang nak sediakan. Selama ni, abang belikan semua yang Atilia nak makan. Jauh
pun dia sanggup pergi," Atilia tersenyum manis sambil menjeling Faris.
Jelas kasih sayang anatara mereka begitu kukuh. Ummi mengangguk.
"Yalah. Esok ummi masakkan. Sekarang makan ini dulu. Ni lauk yang Aisha
masak. Cubalah," ummi menghulurkan lauk itu pula. Atilia tersenyum kelat.
Tidak sanggup memakan masakan aku berangkali. Aku memandang tanpa suara apabila
Atilia dengan lambat-lambat menyuap lauk itu kedalam mulut. Tiba-tiba Atilia meninggalkan
meja dan berlari ke bilik air. Aku terkesima. Wajah Faris di hadapanku
kupandang. Matanya disebalik kaca mata tanpa bingkai itu merenungku tajam.
Menyalahkan aku atas apa yang terjadi pada isteri kesayangannya barangkali.
Selepas itu dia berlari menyusul Atilia. Ummi juga begitu. Aku ditinggalkan
sendirian di meja makan. Mata, jangalah menangis! Tolonglah! Bilakah ini semua
akan berakhir?

******************************************

"Aisha, terimalah saya," kata-kata Zackry itu merimaskan aku. Setelah
terserempak dengannya setahun lepas, dia asyik-asyik mengangguku. Apatah lagi
setelah mengetahui kisah perkahwinanku dengan Faris.
"Kalau dia tak hargai awak, ramai lagi yang akan hargai awak. Salah
satunya adalah saya. Aisha, terimalah saya," pintanya lagi. Aku rimas, aku
serba salah.
"Awak ada semuanya, Zackry. Kenapa awak kejar saya? Saya isteri
orang," aku membalas. Zackry meraut wajah. Aku dapat melihat sinar
cintanya yang dalam untuk aku tetapi kenapa aku masih tidak dapat menerimanya?
"Sekarang masanya untuk awak mengalah. Mereka sudah bahagia. Kehadiran
awak mungkin mengganggu kebahagian mereka. Awak tidak fikir itu?" Zackry
menukar cara memujukku. Namun begitu aku terpengaruh juga dengan kata-katanya.
Ya, kehadiranku bagaikan satu beban kepada kebahagian mereka. Adakah patut aku
berundur? Adakah patut aku lepaskan semua kesabaran yang aku tanggung selama
ini?

**********************************************

Satu peristiwa yang tidak kuduga berlaku malam itu. Aku terjaga apabila
kudengar bunyi bising dari tingkat bawah. Rasa hairan dan takut memuncak. Bunyi
apa itu? Aku memberanikan diri untuk keluar. Untuk meminta teman, aku hanyalah
seorang diri di rumah besar ini. Faris sudah lama tidak pulang. Hanya tinggal
aku sahaja.
Kakiku menuruni tangga perlahan-lahan. Cuba untuk tidak membuat bising sedikit
pun. Sebaik sahaja aku terpandang satu lembaga sedang menyelongkar laci, aku
segera menekup mulut, menahan jeritan. Dengan kaki menggigil aku kembali ke
bilikku semula. Aku tidak tahu apa yang perlukan. Akhirnya aku mengambil
telefon bimbit. Aku dail nombor Faris. Agak lama aku menunggu. Akhirnya suara
Faris kedengaran.
"Abang, tolong Aisha. Aisha ada di rumah. Ada oran..!" belum sempat
aku menyudahkan kata telefon bimbitku dirampas. Aku menahan nafas apabila
leherku diacu dengan pisau. Aku kematian kata-kata!

******************************************

"Tolonglah. Ambillah apa sahaja yang awak nak asalkan awak lepaskan
saya," rayuku. Dua perompak bertopeng merenungku tajam. Aku ketakutan.
"Kalau kami nak lebih dari itu?" sekali lagi pisau diacu di leherku.
Aku menggigil ketakutan. Apa yang aku ingin lakukan sekarang? Faris langsung
tidak datang membantu. Adakah dia fikir aku hanya bergurau? Sampai hati abang.
"Tolonglah.." rayuku lagi. Aku tahu niat mereka melalui panahan tajam
mata mereka ke tubuhku yang diikat tangan dan kaki. Aku menggigil memikirkan
kemungkinan itu.
"Jangan. Tolonglah," tiba-tiba aku merasakan pipiku ditampar kuat.
Perit kusara. Akhirnya aku tidak sedarkan diri lagi.

*****************************************

Kepala yang berat menyukarkan aku membuka mata. Akhirnya usahaku berjaya. Silau
lampu menyebabkan aku mengedipkan mata beberapa kali.
"Awak dah bangun,?" ada suara menyentuh gegendang telingaku. Aku
terkejut. Segera aku cuba duduk. Itukan suara..
"Jangan bangun. Awak lemah lagi," Faris menghampiriku sambil membawa
dulang berisi bubur dan air suam. Aku memandang wajahnya lama. Terasa tidak
percaya.
"Mujur saya dan polis cepat sampai. Mereka berdua berjaya ditangkap. Dah
dibawa polis pun. Saya sempat membuat keterangan tadi. Awak tak apa-apa? Ada
sakit di mana-mana?" tanya Faris sambil duduk di sisi katil. Aku
mendiamkan diri. Faris datang membantuku? Aku memandang bekas bubur di sebelah.
Terasa terharu dengan layanannya. Tiba-tiba aku perasan bajuku sudah bertukar.
Aku menekup mulut dengan tangan. Apa yang sudah terjadi?
"Tadi baju awak koyak. Perompak itu cuba memperkosa awak tapi tidak
sempat. Saya tukar baju awak tadi," terang Faris tanpa dipinta. Mungkin
dia dapat membaca fikiranku. Aku melepas nafas lega. Perkara yang paling ku
takuti tidak berlaku. Syukur. Tapi sekejap, Faris menukar baju aku? Biar betul!
"Makan bubur ni. Selepas itu makan ubat," jejaka itu menghulurkan
bubur. Aku menyambut dengan tanganku.
"Ouchh!" aku menurunkan mangkuk bubur itu. Terasa sakit pergelangan
tanganku. Faris menarik tanganku dan diamatinya. Ada luka di situ. Mungkin
akibat pisau dan ikatan kasar penjahat itu tadi. Aku hanya memandang apabila
Faris menghilang di balik pintu. Selepas itu dia kembali dengan kotak first aid
di tangannya. Tanganku dipegangnya erat. Sekali-sekali dia membetulkan kaca
mata di pangkal hidungnya.
"Ouch!" aku menjerit sekali lagi apabila sejenis cecair mengena
lukaku.
"Maaf," ucap Faris perlahan. Dia kemudian meniup tempat luka itu. Aku
terpaku dengan tindakannya. Sekali lagi rasa terharu menebal di dada. Teringat
dengan kejadian tadi, aku menjadi takut tiba-tiba.
"Aisha ingat abang tak datang tadi," suaraku serak. Wajahku
ditundukkan. Faris terdiam.
"Aisha takut sangat. Aisha ingat" aku tidak boleh meneruskan kata-kata.
Tanganku menukup muka. Tanpa disangka tubuhku dirangkul Faris. Dia mengusap
lembut rambutku. Mungkin mencuba menenangkan aku. Dan aku, aku begitu bahagia
saat itu. Tiba-tba telefon Faris berdering. Segera pelukan itu
dia leraikan. Tangannya mencapai telefon.
"Apa?!" saat Faris menjerit begitu, hampir saja aku terjatuh dari
katil. Wajahnya kelihatan cemas.
"Kenapa, bang?" tanyaku yang turut cemas melihat wajahnya yang
bertukar pucat. Faris meraut muka.
"Atilia jatuh. Dia di hospital sekarang," perlahan suara Faris.
Selepas itu Faris segera bangun. Aku turut bangun.
"Aisha ikut," pintaku. Perlahan dia mengangguk dan aku segera
menyaingi langkahnya yang kian melaju.

************************************

Aku memandang Faris yang resah di tempat duduknya. Sesekali dia berjalan
mundar-mandir tanpa tujuan. Sesekali dia menanggalkan kaca matanya dan kemudian
dipakai semula. Rimas aku melihatnya. Namun aku terfikir juga, jika aku yang
berada di tempat Atilia sekarang, adakah Faris akan risau sebegitu rupa? Ah,
aku takkan pernah berada di tempat Atilia. Takkan pernah!

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi

"Dahlah, Faris. Sabar. Atilia tak akan apa-apa," ummi menarik tangan
Faris duduk di tengah-tengah antara aku dan ummi. Faris akur namun di wajahnya
masih terselip rasa risau yang tidak terhingga.

Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

"Faris risau, ummi. Kenapa mereka tak benarkan Faris masuk?" suamiku
kembali meraut rambut. Aku mencapai tangannya. Cuba untuk menenangkan hatinya
namun dia merentap tangannya kasar. Aku dijeling tajam. Aku terpaku. Bencikah
dia padaku? Adakah dia menyesal kerana datang membantuku tadi?

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti

Mungkin..kerana kalau dia tidak datang menyelamatku, pasti Atilia tidak akan
terjatuh ketika mencuba mencarinya lewat malam. Sudah pasti Atilia tidak akan
terlantar ke hospital sekarang. Terbayang kandungan Atilia yang mencapai lapan
bulan. Aku berdoa dia dan kandungannya selamat. Aku tidaklah terlalu kejam
mengharapkan kecelakaan dia dan anaknya. Kerana jika aku mengharapkan begitu,
seperti aku mengharapkan Faris akan menderita.

Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Tiba-tiba seorang doktor keluar. Faris terus meluru ke arah doktor itu. Aku dan
ummi menurut.

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau

"Macam mana doktor?" tanya Faris tidak sabar. Aku melihat doktor itu
tersenyum nipis.

Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

"Tahniah. Encik mendapat anak perempuan," aku melihat Faris
mengucapkan syukur. Aku tersenyum nipis. Melihat betapa sayangnya pada Atilia,
aku tahu aku takkan ada peluang di hatinya. Sudah sampai masanya aku berundur?
Aku tidak mahu menganggu kebahagiaan mereka. Tapi, kebahagiaan aku hanya jika
ada Faris.

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua

"Ummi, Aisha balik dulu," perlahan suaraku. Ummi mengangguk. Mungkin
dia mengerti gelora rasa dalam hatiku. Dengan langkah lemah aku meninggalkan
mereka. Di satu sudut aku terduduk. Mencuba mengumpul kekuatan yang mula terasa
hilang.



bersambung..


p/s : ni bukan cerpen dari aku..

No comments:

Post a Comment