搛べ惕

Friday, January 28, 2011

Hidup Ini



Aku semalam macam orang separuh giler. tu lah pertama kali dalam hidup aku perangai mcam tu. entahlah. kalau tension:118: pun aku cuma sedih je.:face22: takpe lah. lupekan pasal tu. hari ni aku tak pegi kelas kimia pun sebab bangun lambat. sedih giler ni. padahal dah alarm:80:. haishhh. esok plak ade gotong royong kat sekolah. tak leh nak tengok orang senangla. penat tau. tapi takpe. minggu depan dapat cuti 4 hari. hehehehe.:face28:



Um. asal awal tahun mesti main chess. takde muka lain dah. muka ni jugak yang masuk. hehe. tahun lepas main takde rating pun. tahun ni ade. tapi kena bayarla. murah aje. hari tu main 2 round menang semua. seingat aku lah, sejarah rasenya aku menang dua dua round first day. :face2: tu pun sebab round 2 lawan aku takde. kata kawan aku dia pegi tuisyen. terima kasih ye bagi menang free. ala. diorang tu takpe. dah pandai. tapi yang lawan aku yang tak datang tu aku pernah main. aku menang. hehe. tu sebab queen :i: dia kena makan. maybe dia tak leh nak focus kalau takde queen tu. nanti ahad ngan isnin lawan plak. sambung ahad minggu depan sekali g. hopefully aku dapat pegi peringkat daerah. doakan aku ye.



esok lepas gotong-royong buat study group plak. fuhh ! exam ade seminggu lagi ni. maknanya cuti minggu depan kena study keras la. esok cikgu untuk study group cikgu roziana. cikgu baru aku. huahuahua. takde la. kawan aku tu. aku pun nanti cikgu jugak. untuk study group aku je. bukan betul betul. spm tak lepas lagi macam mana nak jadi cikgu. bukan macam zaman dulu dulu. umur macam aku ni dah boleh jadi cikgu. kena study rajin rajin. untuk aku jugak kan. bukan untuk orang lain. nak buat yang terbaik spm ni. yeah !


Thursday, January 27, 2011

erti kasih sayang

seorang murid bertanya kepada gurunya apa erti sebuah kasih sayang. cikgu itu tersenyum lalu menyuruh muridnya supaya mencari rumput yang paling cantik di padang sekolahnya dan membawanya pulang. namun begitu gurunya berpesan kepadanya supaya tidak berpatah balik ke tempat yang sudah dicari. tanpa membuang masa, murid tersebut berlalu pergi ke padang.

setelah beberapa lama di padang, murid itu pulang ke kelasnya. pulang dengan tangan kosong. lalu gurunya bertanya mengapa. murid itu menjawab dia telah menjumpai rumput yang paling cantik di padang itu. namun terdetik di hatinya bahawa pasti ada lagi yang lebih cantik dan indah berbanding rumput yang pertama kali ditemuinya. malang nasibnya, setelah puas mencari hingga hujung padang, tiada satu pun secantik yang pertama kali ditemuinya.




jika kita memiliki sesuatu yang indah walaupun ada yang lebih indah daripadanya. pilih lah dirinya kerana jika kita memilih yang lain selainnya. satu hari nanti pasti akhirnya kita akan menyesal bahawa yang kedua dan seterusnya tak seindah yang pertama. hargailah seseorang dengan seadanya.

kasih sayang tidak mengenal rupa. tapi keikhlasan, kejujuran, kesetiaan itu lebih penting.


Tuesday, January 25, 2011

yesss !

pagi pagi la aku tengok sorang cikgu aku ni tersenyum ceria aje. sensei sabirin. tengok aku pun pelik. :8: pastu tegur aku. aku senyum aje la. then cg bagitau yang keputusan periksa jepun da kuar. excited nak tau ni. :131: yesss :119: semua 6 orang yang ambik tu lulus. bagus la kan. takde yang failed takde jugak yang kecewa. walaupun ade yang lulus semata mata lulus, tetap ok la tu. dapat jugak sijil kan. nak sijil je ni. wat tambah koleksi ngan mata. hehehehe.

alhamdulillah la. berkat kerja keras sensei yang ajar kitorang dalam sehari lebih aje wat kitorang semua lulus. thanks to Allah and my sensei. tapi sekarang ni bahasa jepun ingat macam tu aje. ingat pun yang asas asas je. takpe la. kalau review balik ingat kot. impian nak pegi jepun tambah berkobar kobar ni. :face75: tengok icon :134: ingat kat cite totoro yang gemuk dan comel tu.:n:

Sunday, January 23, 2011

Selamat Jalan.


Sedapnye makan m&m minis chocolate ni. dah la comel, sedap pulak makan. tambah plak dengan mr of mine. duk tepi pantai atas batu dengan angin kuat, ombak sampai terpecik kat kitorang. cuma nak luangkan masa yang singkat ni aje. nanti pukul 8.30 dah nak balik penang. sedihnya. takde dah la orang yang aku nak manje manje (macam gedik aje). takde la. actually i'm happy when i'm with him. duduk tepi pantai tak habis habis ngan cerita fizik dia. cakap pasal gelombang. nampak wave je tu la yang dia cakap. takpe la. bagus jugak kan. belajar sambil dating. hahaha. 

yup. itulah mr of mine aku. dia jenis yang suka cerita macam macam. memang banyak cakap bukan banyak mulut ok. tapi aku kena cakap jugak la. senyap aje memang sunyi sepi macam takde orang la. tadi asyik gelak gelak je. tapi sekarang sedih jugak la. takpe la. kejap aje la tu. 


oklah. taknak sedih sedih. selamat jalan untuk dia. baru tadi naik bas. jumpe bulan empat nanti plak ek. balik nanti belanja makan coklat banyak banyak ek biar tambah gemuk lagi. 

Oh kenapa??


Hahahahahahaha ! tetiba je aku buat kuar gambar air tin. niat taknak promot pun. tapi kalau terasa nak minum, pegi kedai beli sendiri. actually, tadi aku pegi pok eng tin. beli air. macam macam la ade kan sampai aku naik pening. tekak tengah dahaga tambah plak ngan sakitnya. memang seksa. mata pun merah sebelah tak tau kenapa. ok. bebalik topik asal. sebenarnya hari ni aku baru tau something. selama ni aku tak penah terfikir pun.

korang biasa tengok tak tin air. dah sah sah puas dah tengok. pernah tengok tin air nenas ke nanas ke. tin mesti tebal kan. tengok tin air lain plak selain nenas. mesti nampak beza. tin air lain tu aluminium. yang nenas punye besi. ni sebab nenas kan makanan yang tajam. so kalau letak dalam tin aluminium ade la reaction yang jadi. memang tak boleh letak dalam aluminium. nak tau kenapa tanye la cg Jasli. tak pun cg kimia la. hehe. 

tu aje yang aku nak cakap pasal tin tin di atas. just nak bagi informasi je untuk sesape yang tak tau. 

INFORMASI INI DIBAWA KHAS DARIPADA MR OF MINE !

Saturday, January 22, 2011

My Dream !

Tiap tiap hari aku impikan semua ni. teringin sangat sangat. tapi bukan sekarang la nak semua tu. tunggu bila besar nanti.

*pegi jepun masa musim bunga. first day musim bunga. sweet sangat la.


*honeymoon kat jepun.



*tinggal kat jepun.



*dapat bear totoro yang cute tu.



*jalan jalan satu malaysia puas puas.


*pegi theme park singapore punye.



*rumah banglo tema garden. tenang je bila tengok. heeee


ok ! cukup la tu. aku pun tak tau apa lagi. nanti lah aku fikir fikir balik. heeeeeeeeeeeeeeee

*kena cari duit banyak banyak la. takpun mintak aje ngan mr aku.. :p

Friday, January 21, 2011

Candy Princess

Candy Princess


I found a Candy Princess,
Lips bubblegum pink
Eyes sour apple green
I found a Candy Princess
Her dress is made of lollipops
Butter rum and Cherry
I found a Candy Princess

Her lips are sweet
They taste like cherries
I love my lollipop Candy Princess


We dance and sing,
Sticky sweet and happy
Innocence
Edible flowers wreathes
On our heads


I found a Candy Princess

from : Alyce Crowley :: flickr


*entry bila takde keje

Wednesday, January 19, 2011

my first time !

Ape yang ade dalam kotak ni??


:: A LOT OF PRESENT INSIDE ::


TADAAAAA!

necklace and couple ring

two watches

pinky shirt

black and white

one for me and one for him

pinky purse said : bear for street girl
*am i a street girl????
our couple ring
said : you are always in my heart
*credit to google

*abaikan notice
ini sume hadiah birthday aku..melampaui batas betul..orang lain dapat satu je tiap tiap tahun..tapi aku dapat 6..giler banyak..nak wat camne..orang dah nak bagi kan..tak kan nak tolak plak..perasaan something tak? jam, purse ngan baju warna pink..yes ! i love pink..memang agak terlebih sihat bila tengok barang warna pink..mesti pilih yang tu..tapi yang ni bukan aku yang suruh pilih warna pink..tapi mr aku yang pilih warna ni..credit for him..terima kasih banyak banyak sebab bagi sume hadiah ni..i heart u !

before i forget.................


my teddy bear from him..kepala bear ni tiga kali ganda daripada aku..
lebih besar dia tuan dia doh !
*dah 2 hari aku tak pegi sekolah..heeeeeee !

sedikit tambahan maklumat..klik!


Thursday, January 13, 2011

sedaaaappppnyeeeeeee......

*kredit untuk tuan empunya
blog yang aku ambik pic ni..
Yum.yum..sedapnye kuih koci ni..baru tadi lepas makan..lamenye tak makan kuih ni..last aku makan tahun lepas kot..jarang dapat makan kuih ni..boleh dikatakan favourite jugakla..ni dapat makan pun sebab Cik Wan jiran aku yang bagi..memang sedapla..nak lagi..nak lagi..sedap doi ! kalau boleh tiap tiap hari nak makan..tapi takut muak je nanti..baik macam ni..baru mengidap nak makan..ape aku tengah cakap ni..mengarut aje la.. =.='

Wednesday, January 12, 2011

tinggal 120 jam lagi !

selingan semata-mata
Dah tak sabar rasenye nak tengok betapa besarnya bear yang aku akan dapat nanti..dalam 5 hari lagi dapat la aku peluk, main sama sama ngan bear tu dan tengok bear tu..exicted la..dia cakap warna putih..ntah..nak cakap tak reti..sebab dia cakap dari jauh memang nampak warna putih..tapi bila dekat warna ape tah..nak tengok ikut MMS dia taknak..sebab tak suprise..takpe la..nanti dapat tengok jugak..dah tak sabar tau..

Cik Epal ?

Sebut aje Cik Epal mesti semua kenal..dunia blogger pasti kenal teramat sangat Cik Epal ni..tapi kenyataan tetap kenyataan..dalam hidup pasti ada yang membenci dan suka ngan kita..macam aku jugak..normal la sebagai manusia kat dunia ni..mesti ade yang benci ngan aku..jugak suka kawan ngan aku..nobody perfect right ?

Tadi aku google..taip "Cik Epal"..disebabkan entry Cik Epal yang ni..memang banyak la..semua pasal Cik Epal..ada yang duk kutuk Cik Epal..ada yang suka..macam macam la..kenapa hidup ni perlu benci membenci ek? *eleh..cakap orang..aku pun sama naik jugak..

Aku bukan apa..tak puas hatila..ramai yang nak kutuk Cik Epal..pasal pakaian dia la..cara dia tulis la..apa yang ada lam blog dia tu la..salah sangat ke semua yang dia buat? aku tengok okay je..ataupun korang jealous ngan Cik Epal..adoi..aku pun naik pening la ngan semua orang ni..

Tapi apa pun..aku tetap suka ngan Cik Epal..bagi korang yang kutuk dia..sudah sudah la tu..buat hal sendiri aje la..

Sunday, January 09, 2011

i hate the way u.

Tetibe tadi ade minah chatting aku kat fb..i know who is her..malas nak cite pasal minah tu la..memang menyakitkan hati..dah la cakap 'i u'..i hate that okay..ntah..bagi aku orang cakap 'i u' ngan aku macam gedik..maaf kalau ade yang tersinggung..bukan nak mengata korang..maaf sekali lagi..

Aku cume sakit hati ngan minah ni..kau nak uji kepercayaan aku kat mr aku ke? maybe cakap kau betul kot..tapi aku kenal sape dia okay..yelah..aku tahu kau kenal dia lebih dulu daripada aku..but i trust him..i know him more than 2 year..

Kalau kau ingat aku nak cari gaduh ngan kau sebab lelaki..aku taknak..buat ape kan..buat malu je nanti..menambah sakit hati aku je tau..tapi pape pun la aku dah mintak maaf kat kau kalau aku ade buat kau terasa aku..

CUKUP SUDAH UNTUK ENTRY INI !

[ tak tau nak letak title ape. ]

Hari ni bangun lewat sikit pegi skolah..alarm kul 6.15, tapi bangun kul 6.35..ape punya anak dara la bangun lambat ni.. :p Ingatkan hari ni hujan..tapi tak..malas nak assembly sebenarnye..pemalas betul ! takpe la..da takdir kan..nak buat macam mana lagi..

Pagi tadi assembly memang rase tak sedap badan dah..berdiri pun rase macam terhuyung hayang..nasib baik tak jatuh..lepas tu rase muntah plak..nak pengsan pun ade mase tu..tapi oklah dapat tahan..then pegi ladies..rehat dalam tu kejap baru okay sikit..time aku pegi ladies pengetua aku nak berucap..aku balik dia da habis da..nasib baik..berdiri kejap je lepas tu..tak la berlarut sangat sakit aku ni..

Macam biasa lepas assembly sambung program pemantapan bla bla tu..ni yang last..best tapi penatla..yela..latihan beratur time assembly..nyanyi lagu lagi..3 buah lagu plak tu..bukan 3 kali je..lebih la..sakit tekak duk nyanyi..habis semangat tu nyanyi tadi..hkejap je program hari ni..dalam kul 10 lebih kot da dapat rehat..masuk kelas sambung novel Sutera Dalam Lukisan..best jugak novel tu..interesting !

lepas rehat ade refleksi pasal program pemantapan ni la..tengok video..pergh ! tengok gambar berbaris mase assembly lawa giler..nantila kalau ade aku post kat sini okay..

Saturday, January 08, 2011

i loike it !

sumpah aku suke..suke sangat sangat lagu ni..lagu perfect two by auburn..bila dengar je..msti ngan kat dia..aku ni kan suke jiwang jiwang..pasal cinta..aci tak nak wat lagu ni kat blog??boleh kan kan kan..hehe..dengar la..

Thursday, January 06, 2011

bored in school !

Bosan sangat minggu ni kat sekolah..memenatkan pun jugak..dalam program mengantuk giler..rase nak tido je tau..kalau boleh bergolek golek dalam surau tu dah lame aku buat..tapi apekan daya aku ni..tahan je la rase ngatuk tu walaupun kadang kadang terlelap jugak..ngee~

bosan jugak tine lepas rehat..belajar mcam bese kan..bukan bosan nak belajar..tapi bosan tak belajar..cikgu tak masuk..ramai cikgu busy ngan kertas periksa spm..nak hantar kertas spm la..tadi math modern cikgu ade..tapi dah ambik mc..takde cikgu la jawab nye..duk lam kelas duk story story macam macam la..takde keje nak wat..kelas laen pun lebih kurang macam tu jugak la..cikgu takde jugak..

mase balik hujan..nak balik redah hujan je..nasib baik aku pegi ngan abah aku ari ni..sebab pagi tadi kul 7.10 gelap lagi..semalam dulu tak gelap camni..so aku decide pegi ngan abah aku je la..ambik kesempatan sebab nak hantar adik aku jugak kan..balik tadi tak basah sangat la..cume agak terkilan tak dapat makan roti mat salai..dari semalam g..haish..ahad ni mesti beli.. :p

Tuesday, January 04, 2011

happy new year!

lambatnye aku wish tahun baru untuk blog aku..takpela..baru berapa hari kan..tak sampai sebulan lagi..boleh kan??ummm...2010 da lepas..2011 dah mula..maknenya tahun ni aku nak SPM..macam tak caye je aku dah nak habis sekolah..nak kuar dari alam persekolahan..rase macam semalam je aku form 1..sekarang dah form 5..sekejap je kan..mase memang berlalu pantas..

SPM..dengar perkataan tu maknenye aku tak leh nak online sangat la..maybe untuk jumaat and sabtu aje la..tu pun kalau aku ni tak menggatal nak online time sekolah..tak tau lah boleh tahan ke tak..semalam first day sekolah..ade progaram plak untuk minggu ni..dulu penah sekali..program lebih kurang macam ni la..tapi kali ni tak campur..ikut form masing masing..tak la serabut sangat..form 5 dapat dalam surau..tempat best..bersyukur la..

sekolah arini penat jugak la..pagi tadi memang mengantuk giler la..rase nak tido je..lenguh kaki la..dapat baring memang best tadi..tapi tak leh..cikgu ade..tapi tido tetap tido..dapat la jugak lelap dalam 10 minit kot..tu pun kejap bangun kejap tido..tapi dah last last tak ngantuk dah..sebab nak rehat kot..muahahahahaha...

lepas rehat belajar cam bese..tapi teacher tak masuk..ramai cikgu busy la minggu ni..nak hantar kertas periksa spm..esok memang confirm dah cg takde..bosannye..takpe la..wat je la keje pe yang patut..

badanku sudah penat..choww dulu !