搛べ惕

Thursday, January 27, 2011

erti kasih sayang

seorang murid bertanya kepada gurunya apa erti sebuah kasih sayang. cikgu itu tersenyum lalu menyuruh muridnya supaya mencari rumput yang paling cantik di padang sekolahnya dan membawanya pulang. namun begitu gurunya berpesan kepadanya supaya tidak berpatah balik ke tempat yang sudah dicari. tanpa membuang masa, murid tersebut berlalu pergi ke padang.

setelah beberapa lama di padang, murid itu pulang ke kelasnya. pulang dengan tangan kosong. lalu gurunya bertanya mengapa. murid itu menjawab dia telah menjumpai rumput yang paling cantik di padang itu. namun terdetik di hatinya bahawa pasti ada lagi yang lebih cantik dan indah berbanding rumput yang pertama kali ditemuinya. malang nasibnya, setelah puas mencari hingga hujung padang, tiada satu pun secantik yang pertama kali ditemuinya.




jika kita memiliki sesuatu yang indah walaupun ada yang lebih indah daripadanya. pilih lah dirinya kerana jika kita memilih yang lain selainnya. satu hari nanti pasti akhirnya kita akan menyesal bahawa yang kedua dan seterusnya tak seindah yang pertama. hargailah seseorang dengan seadanya.

kasih sayang tidak mengenal rupa. tapi keikhlasan, kejujuran, kesetiaan itu lebih penting.


No comments:

Post a Comment