搛べ惕

Monday, February 28, 2011

berek aku banjir dengan kereta.

tetibe kuar ayat ni. ntah pape. jangan layan.
minah tengah tak bape okay tak pasal pasal.

semalam balik dari sekolah aku tengok depan balai polis penuh giler kereta. dari masuk jalan nak ke balai tu sampai ah kat depan pagar berek aku. tu pun ade lebih sikit lagi. mula mula aku tengok cakap dalam hati "eh. ada majlis ape plak kat berek aku ni. takkan ade kenduri plak. tapi takkan lah nak buat kenduri or majlis pape hari hari sekolah ni except hari polis ah." panjang plak aku membebel sorang sorang. aku tengok kat dalam berek tu takde pape pun. tapi bila tengok kat depan trafik tempat orang bayar saman. pergh ! ramai giler doi. beratur sampai kat belakang plak. kalau buat satu barisan tu confirm sampai keliling IPD.

mase tu aku tak tangkap lagi lah pasal saman yang nak habis tempoh tu. aku buat dont know jep. balik umah mak aku ada lah story story sikit pasal mende yang aku tengok. dalam hati ak cakap "ooooo. baru aku tahu." haish. blur betul minah sorang ni. ni lah kes tak suka tau pasal hal dunia. tapi kadang kadang aku ambik port gak. takkan lah aku nak jadi katak bawah tempurung. tak pasal nanti orang duk cerita, aku ternganga sorang sorang tak tahu pape.

balik plak cerita pasal saman. orang malaysia memang macam tu lah. kalau buat undang-undang macam ni baru diorang tergesa gesa nak pergi bayar saman. kan dah tak pasal kena beratur panjang giler tengah panas terik. ye ah. kebelakangan ni hari panas je. berapi kalau duduk tengah panas. *melebih la plak*. dulu time tak buat undang undang tak nak bayar. biarlah. asalkan sekarang diorang bayar. kalau tak bayar jugak aku tak tau ah ape kena ngan orang tu. kebanyakkan orang yang bayar saman tu kereta mahal mahal. aku cakap ngan kawan aku "kereta mewah tapi tak bayar jugak. sekarang baru nak bayar".

entry minah membebel suda. *sigh*

Sunday, February 27, 2011

cerita rumah sewa di Shah Alam.

Kepada penulis asal cerita ini...terima kasih la kongsi cerita ni..
dari luar nampak biase aje.


Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal..
_______________________________________________

TRUE STORY?

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.


Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.





Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

asal daripada LOYWAT. di copy dari blogserius. thanks syamira coz share cerita ni.

--------------------------------------------------------------------------------

pergh! memang seram giler aku baca cite ni. meremang bulu roma. sejujurnya aku memang penakut *ayat skema*. choww dulu. 

Saturday, February 26, 2011

short scene koizora.


suke tengok video ni. dulu berangan nak wat video lebih kurang macam ni lah guna lagu first love. tapi tak kesampaian. movie ni bermakna sangat bagi aku. sebab movie pasal first love. first time aku tengok movie ni aku sedih sangat. sebab time tu aku baru lagi putus ngan mr mine. tengoklah video ni. hope you like it !

LOVE [pictures and qoutes]














now isn't that sweet?
okay. ini entry panjang yang mengarut. tetiba nak jiwang tengah pagi buta ni. bored? just press ctrl+f4 and done. :)

Wednesday, February 23, 2011

message : relationship.

Segmen Nona

SATU ARTIKEL BAHAGIAN BUKANNAKKATA DARI PANCAINDERA, MINGGUAN MALAYSIA. 20 FEBRUARI 2011.


UBAH ISI KANDUNGAN NONA
MEMANG pada dasarnya rancangan Nona yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 2 petang merupakan sebuah rancangan yang bagus. Banyak maklumat untuk sesiapa sahaja terkandung dalam rancangan tersebut.

Mungkin pihak produksi ingat dengan kemasukan Vanidah Imran, maka rancangan tersebut akan kembali popular seperti dahulu. Tapi sebagai peminat saya tak rasa itu satu perkara yang benar.

Sejujurnya banyak kandungan rancangan ini yang cukup klise dan menjemukan. Saban minggu hanya acara perkahwinan orang kaya-kaya sahaja yang dipertontonkan. Semuanya nampak gah. Bagi yang tak mampu macam kami, hanya melihat dengan ekor mata sahaja.

Jarang sekali nak jumpa perkahwinan yang sederhana ditunjukkan secara langsung dalam rancangan ini. Apatah lagi nak jumpa majlis kahwin orang biasa tetapi unik.

Semuanya cerita kahwin orang kaya. Saya tertanya-tanya, apakah mungkin orang kaya-raya sahaja yang tonton rancangan ini? Kalau masih tak ubah isi kandungan Nona, tak mustahil kami yang tak kaya ini akan tutup tv.

* TAK KAYA,

Bagan Lalang, Selangor.



Luahan Tak Kaya ni aku setuju sangat sangat. yelah kan. asyik asyik orang kaya. anak datuklah, tengku, syed, keturunan besar besar.yang tu je. mana majlis orang lain. orang lain pun nak merasa jugak. tak semestinya orang biasa majlis tak gempak macam orang kaya kaya. apalah. cuba gak cari mana mana kenduri orang luar yang gempak jugak macam diorang tu. barulah keadilan tu ada. penonton pun nak jugak tengok orang luar punya. taklah sampai penonton yang minat rancangan ni jadi tak minat plak. tak ke rugi tu? fikir fikirlah.

Tuesday, February 22, 2011

post pendek.

Maaf. hari ni penat sangat. kawad kaki tengah panas. badan pun tak berapa larat. balik pulak lewat dalam pukul 4 tadi. malam ni ada tuisyen plak. esok ada latihan sukantara. okay nak chow dulu. nak pergi lipat kain plak. fuh! penat lah. homework pun tak siap lagi. da~ =.=

Monday, February 21, 2011

LOVING YOU


Loving you
It's like feeling soft soft rain
Fall on my face

Loving you
It's the comfort of my
Heart

Loving you
Makes me laugh and smile at the same time
It makes my heart warm, it gives me life

Loving you
It's all very new to me
It's very good

Loving you
To feel your hand in mine
To feel your breath slide along the side of my cheek
To feel your heart pounding beneath my ear
As I rest my head upon your chest

Loving you
So many words to describe it
Yet so few

Loving you
I want to take care of you
As you take care of me
I want to hear your troubles and your joys
I want to encourage you
As you choose to follow life

Loving you
It is an honor to be trusted so
With your deepest, darkest worries
Secrets
With your most heart felt
Dreams

Loving you
Sharing little moments with you
Looking into one another's hearts
Reading each other's souls
Loving me

Loving you
There is nothing else I want
But to be held by you

Loving you
It is such a rarity to find
It is such a blessing to do
It is such an inspiration
It is such a dream come true

Loving you
It is not sheer perfection
Despite what you may want to hear
It is Love
It is right
No matter what you may do
Or how upset we may get
Our love will win
It will bring us back

Loving you
Needing you
Wanting you
You, you

Loving you


Memory 'hitam putih' 2011

Alhamdulillah. selesai jugak chess peringkat daerah tahun ni kat smk ketengah jaya hari sabtu hari tu. seharian duduk kat sana. tekak aku tak tau sebab buat hal plak. ni memang sah sah nak deman campur selsema campur batuk. balik je dari sana memang betul pe yang aku teka. dengan sakit kepala yang menyakitkan hati. nak main pun tak senang.

hari tu main 6 round je. oklah. banyak banyak pun tak cukup masa. sebab start first round dah pukul 10. kalau 7 round alamaknya sampai rumah dekat pukul 8 kot. dari sana nak sampai sekolah dah dekat sejam. okay. malas nak cakap pasal tu. main chess aku menang 3 je. game last aku tak dapat tumpu sebab pening sangat kepala ni. takpe lah. cukup lah tu aku dapat sumbang untuk sekolah aku. yang bertanding memang hebat hebat jugak ah. aku kalau main strategi berterabur jugak lah. gelabah pun ada. bersyukurlah dapat banyak tu.

Alhamdulillah. setiap kategori sekolah aku dapat nombor antara 1-6 tu walaupun sekurangnya sorang je dapat. oklah tu kan. yang paling gembira sekali sekolah aku johan keseluruhan tahun 2011. muka berseri seri je masing masing. harapan nak bawak balik piala pusingan berjaya. tahun lepas tak dapat sebab imtiaz yang rampas. berkat usaha kami semua termasuk cikgu cikgu. kitorang dapat bawak balik. balik dengan muka yang happy teramat. tahun akhir aku kat smktiz dapat jugak aku rasa kemenangan tu. (^_^)

gambar kegembiraan kitorang
|
|
|
|






klik untuk besar !
dan aku semestinya tudung ganjil di antara tudung hitam.


dan ini piala kemenangan kami
|
|
|





TIZTOPS ! itu semangat kemenangan kami. :)

Friday, February 18, 2011

saya nak give away from de'din

seorang sahabat blogger dah tag aku. terima kasih cik pelangi sebab dah tag cik 16 yep. ni second time aku join contest giveaway. agak teruja. hehe.


syarat-syarat memang mudah
1) Buatkan satu entri bertajuk 'Saya nak first Give away from De'din '
2)(Jangan lupa link blog De'din dalam entri tu)
3) listkan hadiahnya !
4) tag 3 blogger dan pastikan mereka mengetahuinya !
5) tinggalkan link Entri Giveaway dibawah entri ini
6 ) dan mention kan penaja tshirt tersebut iaitu :


HADIAHNYA ADALAH

first : Sehelai tshirt anak negeri pilihan anda
second :Top up RM 10
third :Top up RM 5


hadiah pertama tshirt seperti ini.


HADIAH TSHIRT DI TAJA OLEH
------->
STRAWBEARU



untuk giveaway ni saya nak tag

--> atikah

nak join atau tak itu terserah kepada yang tuan badan.
nak join contest ni klik de'din

TARIKH TUTUP 28 FEBRUARI 2011
tarikh tutup dah dekat. cepat kepada yang nak join!!!


pesanan dari de'din
  • Hadiah utama sahaja akan meningkat sekali ganda jika penyertaan melebihi 50 !
  • Kali ni x payah follow sebab nak mudah kan anda semua,, tapi seeloknya follow lah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang GA ini

sambutan maulidur rasul smktiz 2011

TOV dah habis. maknenye aku bebas sikit dengan sahabat aku sorang ni. taklah memanjang aku duduk ngan dia kat rumah. sahabat aku tu bukulah. tengok buku aje bosan jugak kadang kadang. tapi nak buat macam mane. dah memang nasib aku kan. name pun candidate SPM. SPM tu penting wo. penentu mase depan hidup aku. tapi sampai sekarang aku pening nak jadi ape nanti. ah malas lah nak fikir. pening kepala.

Dah lari dari topik asal plak. semalam sekolah aku sambutan maulidur rasul. pakaian aku macam tahun lepas. kain batik, baju sekolah putih ngan tudung hitam. kalau sambut maulid mestilah berarak kan. fuh! jauh la plak. tahun lepas takdelah jauh sangat. setakat kawasan belakang sekolah aku tu. ni berarak gune trek merentas desa latihan. penat penat. tapi nak buat macam mana, reda ajelah.
klik untuk besar.
kadet polis perempuan. muke aku tak nampak.
duduk belakang ekpun.

memang penat giler giler. sampai aku baju aku basah. muke aku jugak. peluh habis. kalau sejuk takpe jugak. nasiblah. takpe takpe. ni tahun last kan. tahun depan dah takde lah. tak jadi budak sekolah dah la. tapi tak tahu la kalau kalau masuk jadi budak lower six. sape tahu kan? okay lah. malas nak blebe banyak banyak. da~

Thursday, February 17, 2011

ucapan disebalik nombor



143 - i love you.
143 637 - i love you always and forever.
1434 - i love you most.
14324 - i love you so much.
1437 - i love you forever.
143736 - i love you forever and always.
1433 - i love you too.
1432146 - i love you as a best friend.
143247 - i love you 24 hours a day/7 days a week.
14344 - i love you so very much.

kenapa jadi 143? okay. cuba tengok perkataan i love you. 'i' ada satu huruf, 'love' ada 4 huruf dan 'you' ada 3 huruf. so jadilah 143 !

>sumber-urban dictionary

p/s : sesuai untuk yang sedang bercinta. untuk sahabat pun boleh kan. untuk semua kawan dan yang tengah baca, 1436 dari miss sixteen.

Tuesday, February 15, 2011

Memperingati Maulidur Rasul : Hikmah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Rasulullah bersabda bahawa Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Begitu besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

Lagipun, bukan sukar atau mengambil masa yang panjang untuk berselawat ke atas Nabi. Lafaznya cukup mudah. Itulah tanda kasihnya Allah dan Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.


Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Semoga kita termasuk kedalam golongan umat yang selalu berselawat kepada Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam, insya' Allah.

-sumber~itbeginshere

Monday, February 14, 2011

A date to remember !




Hari ini memang hari Valentine's day. tapi bukan hari tu aku nak ingat. aku tahu sambut hari kekasih ni berdosa dan haram dalam Islam. aku takkan sambutlah walaupun aku ade boyfriend. sebenarnye tarikh ni tarikh kenangan aku ngan si dia. time tu aku masih form 3. maknenye dua tahun lepas lah. aku ajak dia pergi jalan jalan kat mesra mall. sebab mase tu mesra mall baru bukak kan. tapi kedai banyak tak bukak lagi. TMC pun tak bukak lagi. biasalah kalau budak sekolah pegi jalan jauh ni takkan nak naik moto or kereta kan. lesen pun takde. kan tak pasal dapat saman free yang kena bayar. dah dapat masalah kan.

Oleh sebab budak sekolah lagi aku naik bas aje. naik bas atok aku. a
tok aku drive bas time tu. tapi sekarang tak bawak dah. tak ingat sebab ape. kiranya atok aku tau lah kot aku pergi jalan jalan ngan dia. naik bas tambang free owww. aku je. dia tak pun. aku kan cucu atok aku. dapat lah free. hehehe. awal pergi. yelah kan. name pun naik bas. kena lah pergi pagi balik petang. kalau tak, tak balik lah kitorang.

sampai sana pergi pantai dulu. sebab memang dah rancang nak pergi pantai dulu. time tu rindu giler nak pergi pantai. name je kampung aku. tak bab jalan jalan memang susah la. jarang sangat. tapi aku suke pantai satu lagi. pantai kuala kemasik. sekarang dah lawa. tapi baru dua kali aku pergi sane. tahun lepas ngan dia. hehehe. memang dah lawa la. tapi takpe. dapat lesen nanti tengok r. habis satu kampung aku round. lepas geram.
rindu nak pergi lagi.
time senja.
kampungku dah semakin maju. *bangga kejap*

mase kat pantai tu. biasa lah. aku ni jenis suke sangat merajuk. too sensitif. sabar aje lah ngan perangai aku ni. merajuk duk tengah panas. memang bijak lah aku ni. nak merajuk duduk tengah panas. cari lah tempat sejuk kan best sikit. entahlah. aku pun tak berapa ingat kenape aku merajuk time tu. lepas puas duk kat pantai, pergi mesra mall. jalan kaki aje. nak kate jauh, jalan kaki memang jauh. 1 km jugak lah. penat tau. dah la nak tengah hari time tu.

aku kalau jalan jalan memang tak sah kalau tak beli coklat. pantang ade duit nampak coklat. confirm beli punye. memang tak leh tengok coklat. jadi giler sikit. hehehe. lepas puas jalan jalan baru lah balik. dalam pukul empat tak silap aku. A DATE TO REMEMBER! ade kenangan terindah hari tu. sampai bila bila aku akan ingat.

ILYSM~

Saturday, February 12, 2011

berdepan dengan game hitam putih


Game hitam putih. bunyi macam bosan. tapi memang kadang bosan gak. bosan bila lawan kita lambat jalan. duduk pikir lame giler. sampai boleh terlena kot *dah melampau tu*. tak tak. setakat bosan aje. jangan percaye okay. actually game hitam putih tu game chess. pantang dengar ade pertandingan chess nak nak bab sijil and pergi peringkat lain. tapi kadang kadang malas jugak. setakat ni seingat aku takde lagi aku tak pergi kalau aku masuk. takde orang datang menang free tu. tak ke rugi kalau tak datang.

dah tak lebih dari 4 tahun aku main game ni. mula mula masa form 1 aku tak tahu pape pasal chess ni. aku masuk mase form 2 pun sebab kawan aku ajar. saje nak try kan. sejak tu baru aku tau ape tu CHESS. patut la dalam tv ade iklan susu tu budak main chess menang. baru aku tahu sebabnye. bukan senang nak main ni. otak kena bergeliga cari strategi. kalau main bawak aje confirm peluang nak menang tipis. okay okay.

sebenarnye aku bukan nak cite pasal ni. saje je nak panjang kan entry. aku nak cite pasal game tadi. ari tu main dah menang. tapi kena lawan sekali lagi. sebab nak pergi peringkat daerah aku dengan semangatnye pergi hari ni walaupun bangun lewat. kui kui. bayangkan 7 jam nak habiskan semua 7 round tu. naik bosan aku. sampai game last tadi aku lawan ngan zubaidah kawan aku pun macam tak main betul betul. banyak gelak gelak. duk bising padahal oarang lain tengah main. kitorang nak wat seri sebenarnye.

alhamdulillah aku dapat pergi disebabkan aiman ngan amal tak datang. so semua yang main tadi dapat pergi. hooooooraaaaaaayyyyyyy!! dapat pergi jalan jalan naik bas. tapi tak pun kat mane nak wat tu nanti. aku tak nak sekolah aku sendiri. nak pergi sekolah orang plak. hehe. kes nak jalan jalan la ni. tadi main dapat 4 setengah. okay la. aku pun dah penat. ade kerja tak beres lagi ni. okay da~

My 1st GiveAway in 2011

terasa nak join contest la plak..
nak join klik sini.

Yang nak join, boleh baca syarat kat bawah nie..syarat dye senang je :
  1. Uolss hanya perlu buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"
  2. Letak baner GA nie okai..letak taw dalam post entry dengan sidebaruolss..
  3. Tag 3 orang..make sure yang kena tag tu tau k..nak tag lebih 3 orang pown takpe..macih banyak2..
  4. Follow blog kita sebab senang kan nak tau pasal perkembangan dye..mane laa tau kalau tetibe je Fieza tutup awal GA nie..
  5. Sape2 pown boleh join..terbuka pada lelaki dan perempuan.

TARIKH TUTUP 26 FEBRUARI 2011
nak letak id nama ateynna

walaupun aku tak tau sesape nak tag. aku maen tag aje.
yang terkena tag..

harap-harap menang. tak menang cuba lagi. :)

Thursday, February 10, 2011

kenapa aku jadi blur je tadi?

lawa basikal. dapat macam ni kan best.
tak payah susah susah nak suluh lampu.

exam ! exam ! exam ! Oh my Allah. tadi ade tiga paper. kimia paper 1 okay lagi sebab tak tahu boleh tembakkkk aje walaupun tak kena. objektif boleh la kan. biology paper 3 okay lagi. alhamdulillah soalan yang baik hati bagi senang walaupun ade jugak aku tinggal. hehehehe.
masuk paper lepas rehat. paper biology 2. kepala aku ni blur semacam aje. padahal bukak soalan dah tau jawab. sebab semalam baru wat latihan soalan macam tu jugak. tapi aku lupeeeeeee. cepat betul lah aku ni lupe. macam mana ni. aku pun skip soalan 1. bukak yang lain. adoi. blur jugak. tengok lagi bolehla jawab 1 2 soalan. yang lain pun macam tu. nasib baiklah yang esei senang sikit. alhamdulillah. dah puas jawab soalan tu *ade blur jugak* jawab soalan depan. main hentam aje. boleh jugak la jawab.

tapi tadi memang betul betul blur la. orang lain best je aku tengok duk jawab. tapi aku duk sedap sedap relax sebab tak tahu nak jawab pe. huhuhu. hari ahad exam add math. yeah ! dah tak sabar sabar nak jawab ni. hehehehe

Wednesday, February 09, 2011

akhirnye....

hahaha. jangan buat nanti kena marah free !

dapat jugak aku letak lagu carta hati ngan tercipta untukmu. mula mula tak jadi. alhamdulillah dah jadi pun. suke. suke. hehehe.

*post pendek tapi gambar bapak besar punye*

Tuesday, February 08, 2011

soalan tadi memang baik hati.

aku pun ada secret. muahahahahaha.


OMG. tadi exam sejarah. bukan paper 1 tapi paper 2. paper 1 hari tu dah aku jawab. boleh la. bukan main semangat giler aku study sejarah semalam. habis bersepah bilik aku macam tongkang pecah. tu baru kecik bilik aku. kalau besar agak agak macam mana lah. lebih dari tongkang pecah kot. hahahaha. semangat sangat duk study study tak sedar plak dah pukul 12. ingat awal lagi. tak terase plak dah lewat. huhu.

Tapi bila dah exam, adoi. soalan esei aku memang lemah. banyak yang aku tinggal jugak. jawab soalan ikut suke hati. nombor tak teratur. biar r. kalau cikgu nak aku lulus. cikgu tanda lah betul betul *jahat punye anak murid*. soalan struktur boleh la. tinggal sikit sikit aje. okay lah tu kan.

paham tak?

harap harap aku tak gagal la. tapi setakat ni aku tak pernah gagal lagi. alhamdulillah. cume nak peningkatan sikit. sikit pun jadilah kan. taknak dapat result yang takde pelangi.

sesape yang suke matematik klik ni.

Saturday, February 05, 2011

perfect two version break up



takde pape maksud tertentu okay. just nak share.

*credit to nino coz jumpe kat blog dia tadi. :)

Thursday, February 03, 2011

tengok Shrek The Third.


tadi baru lepas tengok cite shrek 3 kat tv2. best jugak. kelakar pun ade. sedih pun ade jugak. yang paling kelakar bila kucing ngan keldai tukar badan. pastu bila tukar badan semula ekor diorang tertukar. hahaha. aku gelak sorang sorang depan tv tu syok sendiri tengok cite. aku bosan tadi tak tau nak tengok cite pe. tengok info eh ade cite shrek. alih aje la kan. nak tengok cite kat tv3 aku tak minat la plak. huhuhu.
ololololololo. main lumpur plak. comel la anak anak shrek.

hahaha. kucing kena sumbat puting. tengok muka anak shrek. cooooomeeeel !!

yang girl ade reben. yang boy kepala botak macam shrek.
wirawati wirawati. ganas ganas belaka. ade cinderella, snow white, orge, rapunzel ngan sleeping beauty. mak orge pun ade jugak. ganas jugak. rapunzel jahat sikit. pentingkan diri sendiri. sleeping beauty pun kelakar doi. cakap kejap tetibe tidur.

itu aje nak cite. cuti cuti macam ni banyak la cite best best. cume takde mase je nak tengok. exam ! exam !