搛べ惕

Saturday, February 12, 2011

berdepan dengan game hitam putih


Game hitam putih. bunyi macam bosan. tapi memang kadang bosan gak. bosan bila lawan kita lambat jalan. duduk pikir lame giler. sampai boleh terlena kot *dah melampau tu*. tak tak. setakat bosan aje. jangan percaye okay. actually game hitam putih tu game chess. pantang dengar ade pertandingan chess nak nak bab sijil and pergi peringkat lain. tapi kadang kadang malas jugak. setakat ni seingat aku takde lagi aku tak pergi kalau aku masuk. takde orang datang menang free tu. tak ke rugi kalau tak datang.

dah tak lebih dari 4 tahun aku main game ni. mula mula masa form 1 aku tak tahu pape pasal chess ni. aku masuk mase form 2 pun sebab kawan aku ajar. saje nak try kan. sejak tu baru aku tau ape tu CHESS. patut la dalam tv ade iklan susu tu budak main chess menang. baru aku tahu sebabnye. bukan senang nak main ni. otak kena bergeliga cari strategi. kalau main bawak aje confirm peluang nak menang tipis. okay okay.

sebenarnye aku bukan nak cite pasal ni. saje je nak panjang kan entry. aku nak cite pasal game tadi. ari tu main dah menang. tapi kena lawan sekali lagi. sebab nak pergi peringkat daerah aku dengan semangatnye pergi hari ni walaupun bangun lewat. kui kui. bayangkan 7 jam nak habiskan semua 7 round tu. naik bosan aku. sampai game last tadi aku lawan ngan zubaidah kawan aku pun macam tak main betul betul. banyak gelak gelak. duk bising padahal oarang lain tengah main. kitorang nak wat seri sebenarnye.

alhamdulillah aku dapat pergi disebabkan aiman ngan amal tak datang. so semua yang main tadi dapat pergi. hooooooraaaaaaayyyyyyy!! dapat pergi jalan jalan naik bas. tapi tak pun kat mane nak wat tu nanti. aku tak nak sekolah aku sendiri. nak pergi sekolah orang plak. hehe. kes nak jalan jalan la ni. tadi main dapat 4 setengah. okay la. aku pun dah penat. ade kerja tak beres lagi ni. okay da~

No comments:

Post a Comment