搛べ惕

Monday, February 28, 2011

berek aku banjir dengan kereta.

tetibe kuar ayat ni. ntah pape. jangan layan.
minah tengah tak bape okay tak pasal pasal.

semalam balik dari sekolah aku tengok depan balai polis penuh giler kereta. dari masuk jalan nak ke balai tu sampai ah kat depan pagar berek aku. tu pun ade lebih sikit lagi. mula mula aku tengok cakap dalam hati "eh. ada majlis ape plak kat berek aku ni. takkan ade kenduri plak. tapi takkan lah nak buat kenduri or majlis pape hari hari sekolah ni except hari polis ah." panjang plak aku membebel sorang sorang. aku tengok kat dalam berek tu takde pape pun. tapi bila tengok kat depan trafik tempat orang bayar saman. pergh ! ramai giler doi. beratur sampai kat belakang plak. kalau buat satu barisan tu confirm sampai keliling IPD.

mase tu aku tak tangkap lagi lah pasal saman yang nak habis tempoh tu. aku buat dont know jep. balik umah mak aku ada lah story story sikit pasal mende yang aku tengok. dalam hati ak cakap "ooooo. baru aku tahu." haish. blur betul minah sorang ni. ni lah kes tak suka tau pasal hal dunia. tapi kadang kadang aku ambik port gak. takkan lah aku nak jadi katak bawah tempurung. tak pasal nanti orang duk cerita, aku ternganga sorang sorang tak tahu pape.

balik plak cerita pasal saman. orang malaysia memang macam tu lah. kalau buat undang-undang macam ni baru diorang tergesa gesa nak pergi bayar saman. kan dah tak pasal kena beratur panjang giler tengah panas terik. ye ah. kebelakangan ni hari panas je. berapi kalau duduk tengah panas. *melebih la plak*. dulu time tak buat undang undang tak nak bayar. biarlah. asalkan sekarang diorang bayar. kalau tak bayar jugak aku tak tau ah ape kena ngan orang tu. kebanyakkan orang yang bayar saman tu kereta mahal mahal. aku cakap ngan kawan aku "kereta mewah tapi tak bayar jugak. sekarang baru nak bayar".

entry minah membebel suda. *sigh*

No comments:

Post a Comment