搛べ惕

Monday, February 14, 2011

A date to remember !




Hari ini memang hari Valentine's day. tapi bukan hari tu aku nak ingat. aku tahu sambut hari kekasih ni berdosa dan haram dalam Islam. aku takkan sambutlah walaupun aku ade boyfriend. sebenarnye tarikh ni tarikh kenangan aku ngan si dia. time tu aku masih form 3. maknenye dua tahun lepas lah. aku ajak dia pergi jalan jalan kat mesra mall. sebab mase tu mesra mall baru bukak kan. tapi kedai banyak tak bukak lagi. TMC pun tak bukak lagi. biasalah kalau budak sekolah pegi jalan jauh ni takkan nak naik moto or kereta kan. lesen pun takde. kan tak pasal dapat saman free yang kena bayar. dah dapat masalah kan.

Oleh sebab budak sekolah lagi aku naik bas aje. naik bas atok aku. a
tok aku drive bas time tu. tapi sekarang tak bawak dah. tak ingat sebab ape. kiranya atok aku tau lah kot aku pergi jalan jalan ngan dia. naik bas tambang free owww. aku je. dia tak pun. aku kan cucu atok aku. dapat lah free. hehehe. awal pergi. yelah kan. name pun naik bas. kena lah pergi pagi balik petang. kalau tak, tak balik lah kitorang.

sampai sana pergi pantai dulu. sebab memang dah rancang nak pergi pantai dulu. time tu rindu giler nak pergi pantai. name je kampung aku. tak bab jalan jalan memang susah la. jarang sangat. tapi aku suke pantai satu lagi. pantai kuala kemasik. sekarang dah lawa. tapi baru dua kali aku pergi sane. tahun lepas ngan dia. hehehe. memang dah lawa la. tapi takpe. dapat lesen nanti tengok r. habis satu kampung aku round. lepas geram.
rindu nak pergi lagi.
time senja.
kampungku dah semakin maju. *bangga kejap*

mase kat pantai tu. biasa lah. aku ni jenis suke sangat merajuk. too sensitif. sabar aje lah ngan perangai aku ni. merajuk duk tengah panas. memang bijak lah aku ni. nak merajuk duduk tengah panas. cari lah tempat sejuk kan best sikit. entahlah. aku pun tak berapa ingat kenape aku merajuk time tu. lepas puas duk kat pantai, pergi mesra mall. jalan kaki aje. nak kate jauh, jalan kaki memang jauh. 1 km jugak lah. penat tau. dah la nak tengah hari time tu.

aku kalau jalan jalan memang tak sah kalau tak beli coklat. pantang ade duit nampak coklat. confirm beli punye. memang tak leh tengok coklat. jadi giler sikit. hehehe. lepas puas jalan jalan baru lah balik. dalam pukul empat tak silap aku. A DATE TO REMEMBER! ade kenangan terindah hari tu. sampai bila bila aku akan ingat.

ILYSM~

3 comments:

  1. memang pemandangan yang indah... tpi kat mana ni yer... leh gitu tau

    ReplyDelete
  2. @ArryCodekat terengganu. pantai kemasik, kemaman. :)

    ReplyDelete
  3. lawaa pantai dier... www.spankdrangphoto.com :)

    ReplyDelete