搛べ惕

Monday, February 21, 2011

Memory 'hitam putih' 2011

Alhamdulillah. selesai jugak chess peringkat daerah tahun ni kat smk ketengah jaya hari sabtu hari tu. seharian duduk kat sana. tekak aku tak tau sebab buat hal plak. ni memang sah sah nak deman campur selsema campur batuk. balik je dari sana memang betul pe yang aku teka. dengan sakit kepala yang menyakitkan hati. nak main pun tak senang.

hari tu main 6 round je. oklah. banyak banyak pun tak cukup masa. sebab start first round dah pukul 10. kalau 7 round alamaknya sampai rumah dekat pukul 8 kot. dari sana nak sampai sekolah dah dekat sejam. okay. malas nak cakap pasal tu. main chess aku menang 3 je. game last aku tak dapat tumpu sebab pening sangat kepala ni. takpe lah. cukup lah tu aku dapat sumbang untuk sekolah aku. yang bertanding memang hebat hebat jugak ah. aku kalau main strategi berterabur jugak lah. gelabah pun ada. bersyukurlah dapat banyak tu.

Alhamdulillah. setiap kategori sekolah aku dapat nombor antara 1-6 tu walaupun sekurangnya sorang je dapat. oklah tu kan. yang paling gembira sekali sekolah aku johan keseluruhan tahun 2011. muka berseri seri je masing masing. harapan nak bawak balik piala pusingan berjaya. tahun lepas tak dapat sebab imtiaz yang rampas. berkat usaha kami semua termasuk cikgu cikgu. kitorang dapat bawak balik. balik dengan muka yang happy teramat. tahun akhir aku kat smktiz dapat jugak aku rasa kemenangan tu. (^_^)

gambar kegembiraan kitorang
|
|
|
|






klik untuk besar !
dan aku semestinya tudung ganjil di antara tudung hitam.


dan ini piala kemenangan kami
|
|
|





TIZTOPS ! itu semangat kemenangan kami. :)

No comments:

Post a Comment