搛べ惕

Wednesday, February 23, 2011

Segmen Nona

SATU ARTIKEL BAHAGIAN BUKANNAKKATA DARI PANCAINDERA, MINGGUAN MALAYSIA. 20 FEBRUARI 2011.


UBAH ISI KANDUNGAN NONA
MEMANG pada dasarnya rancangan Nona yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 2 petang merupakan sebuah rancangan yang bagus. Banyak maklumat untuk sesiapa sahaja terkandung dalam rancangan tersebut.

Mungkin pihak produksi ingat dengan kemasukan Vanidah Imran, maka rancangan tersebut akan kembali popular seperti dahulu. Tapi sebagai peminat saya tak rasa itu satu perkara yang benar.

Sejujurnya banyak kandungan rancangan ini yang cukup klise dan menjemukan. Saban minggu hanya acara perkahwinan orang kaya-kaya sahaja yang dipertontonkan. Semuanya nampak gah. Bagi yang tak mampu macam kami, hanya melihat dengan ekor mata sahaja.

Jarang sekali nak jumpa perkahwinan yang sederhana ditunjukkan secara langsung dalam rancangan ini. Apatah lagi nak jumpa majlis kahwin orang biasa tetapi unik.

Semuanya cerita kahwin orang kaya. Saya tertanya-tanya, apakah mungkin orang kaya-raya sahaja yang tonton rancangan ini? Kalau masih tak ubah isi kandungan Nona, tak mustahil kami yang tak kaya ini akan tutup tv.

* TAK KAYA,

Bagan Lalang, Selangor.



Luahan Tak Kaya ni aku setuju sangat sangat. yelah kan. asyik asyik orang kaya. anak datuklah, tengku, syed, keturunan besar besar.yang tu je. mana majlis orang lain. orang lain pun nak merasa jugak. tak semestinya orang biasa majlis tak gempak macam orang kaya kaya. apalah. cuba gak cari mana mana kenduri orang luar yang gempak jugak macam diorang tu. barulah keadilan tu ada. penonton pun nak jugak tengok orang luar punya. taklah sampai penonton yang minat rancangan ni jadi tak minat plak. tak ke rugi tu? fikir fikirlah.

No comments:

Post a Comment