搛べ惕

Saturday, March 26, 2011

ciri lelaki yang aku tak berkenan.

Assalamualaikum.

akhirnya dapat jugak aku post entry pasal ni. dah lama aku simpan dalam lubuk hati aku ni. tengah malam yang orang tengah syok tido aku nak cakap sikit. ini ciri lelaki yang aku memang kurang berkenan di hati. ini bagi aku lah. tak tau lah korang macam mana pulak. okay. jom kita mulakan.

lelaki hisap rokok.
yang ni memang aku kurang berkenan. aku memang kurang sikit kalau lelaki hisap rokok. aku tak leh bau rokok. busuk! tak suka bau rokok. kalau dia kawan aku, aku boleh terima dia. tapi jangan hisap depan aku sebab aku akan duduk jauh nanti. tak pun aku rampas rokok tu. haha. kes jahat terus. kalau dia pakwe aku, aku memang tak leh terima. tapi aku akan bagi nasihat la kat diorang ni. takkan nak biar je. diorang kena fikir gak. tak semua perempuan boleh terima. tips paling berkesan cari makwe. mana tau sebab terlalu sayangkan makwe dia akan stop hisap rokok. fakta : sebab LELAKI LEMAH BILA DENGAN WANITA!

lelaki rambut panjang
tolonglah jangan simpan rambut panjang. tak serabut ke rambut panjang panjang tu? lelaki rambut panjang bagi aku takde disiplin, tak kemas. aku lebih suka rambut pendek. sedap je mata memandang. tak serabut. kawan ke pakwe ke. dua dua aku reject. tak suka sangat. nak nak rambut panjang muka macam perempuan. nak rambut panjang tu janganlah lebih dari bahu. kurang dari bahu aku leh terima lagi. setakat aku boleh terima okaylah tu. tapi aku mintak berubah.

lelaki kedekut
yang ni aku pantang sikit. nak nak kalau dia pakwe aku. kedekut sikit tu takpe ah. sebab aku tau aku ni baru makwe dia. bukan isteri lagi. tapi kalau melampau sangat aku akan reject ah. kalau takde duit tu kira terima lagi. takkan nak paksa dia suruh kuar kan duit untuk kita. fakta : LELAKI TAK SUKA DI PAKSA. tak percaya test sekali kat kawan, takpun pakwe korang. confirm diorang tak layan nanti. jujur aku cakap, yang perempuan pun jangan lah kedekut sangat. kalau dia memang takde duit, sekali sekala belanja lah dia sekali. nanti dah kawin tak dia sorang nak tanggung. kena ada timbang rasa jugak. baru bahagia kan. =)

lelaki tak gentlemen
memang merana kalau aku dapat pakwe macam ni. sedih teramat sangat. ye ah. cuba fikir kalau kita pergi shopping walaupun sikit, takkan tak nak tolong bawak kan barang tu. ni kedekut tenaga namanya. tak sayang ke kat makwe diorang ni. memang sampai hati lah diorang wat camni. bab bukak pintu kereta yang tu aku tak kisah sangat. dalam hubungan ni kerjasama tu penting. rela ke korang tengok makwe korang penat tapi korang bersenang lenang je. bila dah kawin confirm lah lebih lagi dari ni. kalau korang sayang dia, tolong gentlemen sikit. nanti tak pasal melepas sudah.


setakat ni tu je ah aku leh bagitau. sebab aku pun tak de idea mane nak ulas semua. ni ada satu ayat lelaki yang memang menyakitkan hati bila dengar. tapi ni tak berlaku kat aku okay. tapi kat kawan aku. ayat lelaki tu lebih kurang macam ni.

"kita couple ni just suka suka kan. bukan couple sebab nak kawin. kalau macam tu baik kita putus je. saye pun boleh cari orang lain nak jadi teman hidup. lagi pun kita bukan nak kawin pun nanti. baik sampai sini je hubungan kita."

ayat macam ni ah. aku pun ade tokok tambah sebab tak ingin semua. tapi bila aku dengar rasa nak pelempang je lelaki tu. sesuka hati cakap macam tu. ingat kawan aku tu ape ha? barang mainan kau nak buat macam tu. dia pun ada perasaan. ke kau yang takde perasaan. eh, aku lupa. ego kau tinggi sangat kan. geram aku tau tak.

satu lagi kawan aku kena tipu ngan pakwe dia. bese ah. kenal kat alam maya. lelaki ni memang bodoh ah. nak tipu orang tak kena tempat. cakap dah masuk highway KL tapi tetiba cakap ada kat kajang. kau pusing balik ke camne. actually kawan aku ni nak jumpa ngan pakwe dia tu. lelaki tu pun call kawan aku macam taknak cakap. entahlah. aku yang dengar ni pun dah sakit. kawan aku yang kena tu lagi lah.

okaylah. cukup dah aku cakap pasal ni. malas nak bagi ceramah panjang panjang. tapi aku bersyukur sangat sangat sebab aku dapt pakwe yang takde ciri ciri yang macam kat atas. i'm too happy with him !

maaf kalau bahasa kasar sikit untuk entry ni. dan maaf kalau ada yang terover pr tergedik suda. :)

No comments:

Post a Comment