搛べ惕

Tuesday, March 15, 2011

Kata-kata semangat SPM..

DENGAR SINI !
*dikhaskan jugak untuk semua yang nak berjuang tahun ni.




1. Aku sejuta kali lebih bernasib baik berbanding mereka yang buta, cacat anggota, terencat akal dan terlantar di katil hospital.

2. Aku lebih bernasib baik berbanding dengan begitu banyak remaja di negara-negara yang lebih miskin. Jadi, bersyukurlah dan belajarlah besungguh-sungguh kerana aku diberi peluang.

3. Aku istimewa dan unik, buatlah yang terbaik. Allah telah menjadikan aku sangat bijak berbanding binatang.

4. Aku sangat berguna kepada keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan diri sendiri.

5. Aku akan membuat diri aku melakukan yang terbaik sepanjang masa.

6. Aku mesti berkongsi apa-apa yang aku ketahui dengan orang lain yang memerlukan pertolongan. Aku akan belajar daripada mereka yang lebih pandai dalam bidang mereka dengan rendah diri dan minda yang terbuka.

7. Aku akan menggunakan masa, tenaga dan sumber-sumber kewangan dengan bijak kerana aku perlu sedar dan bersyukur ada orang yang tak berjaya sebelum ini dan mereka menyesal.

8. Aku akan memberikan hadiah yang terbaik kepada mak dan abah iaitu pelajar yang terbaik dan anak yang terbaik antara yang terbaik.

9. Aku akan mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam SPM 2011, Insya Allah.

10. Aku cukup tak suka buat latihan, tapi ingatlah, banyak-banyak bersabar dan jangan berputus asa, biarlah susah sekarang daripada bersusah di kemudian hari kerana satu hari nanti aku akan jadi seorang yang cemerlang sepanjang hayat.

Perkara "lebih" yang perlu aku buat untuk memecut dengan pantas menuju SPM bagi menjamin markah yang "lebih" nanti adalah:

i. bersungguh-sungguh dalam nak capai kejayaan
ii. tumpuan sepenuhnya kepada matlamat SPM

iii. bersemangat ada percubaan kedua, ketiga dan seterusnya lagi dalam menempuh cabaran SPM

iv. yakin ke atas kebolehan diri untuk berjaya

v. merujuk matlamat peperiksaan setiap hari agar berminat nak belajar

vi. memaksa diri belajar walaupun tak berminat atau malas belajar

Mulai sekarang sebelum membuat apa-apa yang melibatkan banyak masa dan tenaga, aku mesti tau sama ada apa yang aku buat ini boleh bantu aku dalam SPM? Jika "Ya", buat cepat-cepat. Jika "Tidak", biarkan dulu. Kalau tak pasti, fikir dan fikir supaya aku tak buang masa yang ada ini membuat benda yang tak membantu aku dalam SPM.

>sumber : sahabatku Nashida

No comments:

Post a Comment