搛べ惕

Saturday, April 30, 2011

Post pendek bermakna.

Assalamualaikum.

Buat renungan untuk kaum wanita.

‎"Di saat lelaki meletakkan syarat pada pasangannya (bakal isterinya) sebelum ia bernikah supaya pandai memasak, sedangkan mengapa pula tidak bagi wanita meletakkan syarat pada pasangannya (bakal suaminya) sebelum ia bernikah supaya boleh menjadi imam di dalam solatnya??.. 
bukan lelaki je yang boleh bagi syarat. wanita pun boleh. :)
> post wall fb : imam muda 2011

Sunday, April 24, 2011

Bila cikgu tak masuk kelas, ini yang jadi.

Assalamualaikum.

Macam biasa cerita kehidupan seorang budak sekolah. yes! aku memang budak budak lagi sebab aku macam tak percaya aku dah nak masuk 17 tahun. lagipun kalau ikut akta ape entah, tak kira jantina yang bawah umur 18 tahun kita dikira budak budak. memang sadis. takpe ah. kalau pape yang jadi kita takkan masuk penjara. budak bawah umurlah katakan.


Stop cerita pasal ni! melencong daripada tajuk plak. memang dah tabiat aku macam tu. haha. sorry okay. hari ni macam biasa ada assembly yang memenatkan. nak jugak rasa duduk atas kerusi sekali kan. sekali pun dah cukup r. memang mengada betul aku. lepas tu p&p. dua masa pertama cikgu takde. damn! agak kecewa sebab cikgu jasli tak datang sekolah hari ni. baru nak mintak cikgu ajar. takpe ah. yang penting presentation chemistry tu aku confirm menang *mengada*. minggu ni minggu sains, minggu lepas bi n minggu depan bm plak. banyaknye lah. minggu matematik takde ke cikgu? best jugak kan. memang confirm akku masuk.

Kalau presentation memang biasa aku bawak lappy aka netbook aku ni. masuk pertandingan presentation tu memang sadis. dua group je masuk. girls vs boys aka bi vs bm. haha. girls tu group aku. yang boys group satu g ah. tajuk presentation memang sama tapi bahasa je lain. aku bi yang laki bm.semangat aku nak masuk memang membuahkan hasil. tak kisah r dapat no 1 or no 2. janji dapat hadiah *tengok mengada lagi*
makan biskut OREO lagi best. putar! jilat! celup!

Dalam lappy aku memang ada banyak jugaklah game. sampai budak budak kelas aku berebut nak main. nak hilang bosan. cikgu takde ni ah kerja kitorang. tak pun borak-borak. ada jugak yang study. rajin kan diorang. aku memang malas sikit. kawan aku tengah main game aku join ah skali. tengok je. aku bila bila masa boleh main. tapi tu ah. sampai berebut nak main. pening sudah aku tengok budak dua orang tu ha. adoi. takpe ah. sorang main sorang tolong. adil lah tu kan.
layan ni pun best. yummies. i heart chocolate!

aku nak chow dulu ah. nak pergi keluar jalan jalan plak.

> bahasa agak ganas jugak lah entry ni aku rasa. :p

Thursday, April 21, 2011

Semua dah balik. tapi mana awak?

Assalamualaikum.



Entry pertanyaan lagi. semua budak matrikulasi tak kira kat mana diorang belajar dah balik rumah masing-masing. ape kaitan matrikulasi tu ngan hidup aku ni? memang ada pun. kalau matrik cuti, makna nya aku akan gembira. kalau matrik bukak balik aku mesti sedih macam entry ni. macam dalam entry tu cakap. bulan empat pasti aku gembira balik.

pening kan baca ape yang aku tulis tu. terus terang, sekarang ni aku rasa bahagia sangat walaupun baru 5%. tu baru sikit. ye ah. sebab matrik dah tutup dan mr mine dah habis belajar. dapat cuti 5 bulan plak tu. wah, dating hari hari lah kot. tidak! untuk seminggu dua boleh lah hari hari tapi lebah lepas dia kerja cuma cuti am je ah dapat dating. takpe ah. cukuplah ni. takkan duapuluhempat jam dengan dia. tak kawin lagi mana boleh okay.




yea. nanti boleh makan coklat banyak banyak. banyak saje pun dah cukup. banyak banyak melampau tu. !_! pukul 9 nanti dia naik bas dari penang nak balik sini. esok takpun lusa dapat lah jumpe. gembira dalam hati dan senyum memanjang. ni kalau mak aku tengok aku senyum memanjang habis la aku kena kutuk bagai. takpe takpe. mak aku jugak kan. okaylah. tu je nak bagitau.


dan waktu yang sesuai untuk buat kek kat dia plak ! :)

> luahan hatiku. entry tulis main hentam

Apa dah jadi dengan aku ni?

Assalamualaikum.

Pelik bebenor bunyi tajuk tu. ye ah. sekarang ni aku dah jadi giler. bukan giler yang tak waras tu. aku waras ni yep. aku giler sebab serba serbi aku nak cuba. cuba ini cuba itu cuba sana cuba sini. banyak plak cuba aku ni. actually, yang aku nak cuba tu dua je. aku yang tokok tambah tolak darab bahagi segala macam plak. adeh.

Aku tak pernah bagitau lagi kat lepas SPM aku nak buat apa. aku sebenarnya nak belajar menjahit. aku memang minat bab jahit-mahit ni. tengok. kerja yang memang takde kaitan langsung dengan aliran sains tulen tu. simpang terlebih jauh bagaikan dungun nak ke tokyo tu ha. ketara bezanya bila tengok tokyo ngan dungun ni. macam apa yang aku nak belajar ni.

nak belajar menjahit !!

Sekarang ni dah tambah pulak satu lagi minat aku ni. teringin nak belajar mengait. pulak dah. alkisah nya niat aku cuma nak tengok tutorial cara pakai shawl. aku kan memang minat bab shawl ni. bukak utube n taip apa patut aku scroll bawah sikit ada tajuk crochet shawl. mula dalam otak aku baca mende alah letak atas kepala kat shawl tu ha *tak tau nak panggil ape..haha*. bila tengok video tu rupanya belajar mengait. tu sebab nya aku jadi tertarik menarik.."kring.kring", bunyi telefon ganggu plak aku nak tulis ni. lupekan bunyi tu. aku dah kembali menaip.

sambung balik : ..aku jadi minat suda. sebab tengok senang je tau. macam makan kacang. lepas tu aku pegi lah tanya ibu aku kan. ibu aku pandai bab ni kan. aku pun cakap ah yang aku ni belajar mengait ni. ibu aku pun jawab, "semua benda nak belajar. beli buku ah senang belajar sendiri." haha. kan dah padan muka kena belajar sendiri. takpe. yang asas aku dah belajar sikit dari video tu. tak sabar rasanya nak belajar mengait ni. kalau menjahit aku belajar lepas SPM nanti lah. sekarang nak tumpu kat SPM tu dulu.

tengok ni. lawa kan. macam macam boleh buat
sendiri kalau belajar mengait. so kawaii.

Macam macam lagi boleh belajar. mengait takpe. time bosan takde kerja nak buat boleh jalan. nanti mintak ayah aku belikan barang n buku tu. :)

MENJAHIT DAN MENGAIT. aku nak jadi usahawan. *senyum senyum*

> insyaallah nanti kalau aku dah belajar aku kasi tau okay.

Halakan Piring Televisyen ASTRO Anda ke Arah Kiblat !

Assalamualaikum.




Siapa sangka ‘piring para bola’ daripada Astro pun manghadap ke arah kaabah…Tak percaya?cuba tengok di atas bumbung rumah2 yang ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro pasti akan dihalakan kearah kiblat untuk mendapatkan siaran yang baik dan jelas di televisyen..

Mengapa begitu?ini kerana , Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan.Mekah adalah pusat bumi ,ini pernah dikatakan sendiri oleh Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969.




Beliau pernah berkata "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidakberpenghujung). Apabila saya menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itumasih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan palingpenting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumidengan Kaabah di alam akhirat." 
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,ditengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar danitulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan andadapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zonmagnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat." 

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila
anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya.


Secara tidak langsung sesiapa yang ke tinggal di Mekah dan melakukan tawaf di baitulallah sebayak 7 kali
lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Bagi mereka yang pernah menjejaki kaki ke Tanah Suci pasti merindui untuk mengerjakan umrah atau membuat haji kerana tahu kelebihan tinggal di sana..

> info : buaya-merah

Monday, April 18, 2011

Barang kesayangan aku cuma kenangan.

Assalamualaikum.

hargai apa yang ada disekeliling kita. jangan menyesal di kemudian hari sudah.

Bila ingat memori yang lepas-lepas memang banyak sangat. ada yang happy, sedih, marah. especially kat sekolah kesayangan aku tu. dari form 1 sampai sekarang. pengamalan banyak mengajar aku. ye ah. dulu masa mula masuk sekolah, perangai budak-budak. dengar cakap lah jugak. muka suci je time tu.

Dalam banyak-banyak memori yang aku simpan, yang paling aku sedih sangat sangat bila barang kesayangan aku hilang. aku rasa masa tu macam nak mati pun ada. tapi ALHAMDULILLAH aku hidup lagi sampai sekarang. bayangkan 4 barang yang kita sayang hilang sekaligus je. sekelip mata je. macam mimpi pun ada. nasib baik lah masa tu aku dah lepas PMR. aku tengah tengah periksa tak mati aku. duduk fikir kat barang tu je tak ingat periksa.

Barang paling aku sayang dan sampai sekarang bila tengok barang sama ngan ni memang hati aku meraung nak balik. semestinya handphone. Nokia 6070 je. walaupun henset tu tak ah canggih mana tapi tu lah yang paling aku sayang. macam macam kenangan ada dalam hp tu. dari mula aku dapat henset tu sampai hilang entah ke mana. sape curi pun aku tak tau.

ni ha hp tu. aku rindu sesangat.
nak nak bila cikgu jasli wat kuar hp dia yang sebijik macam ni.
Yang paling terkilan hp tu hilang dengan cincin dan gelang kesayangan aku. hadiah mula aku kapel ngan hadiah birthday. kalau hilang hp tu saje aku tak terkilan sangat. ni sampai sapu bersih semua hilang. bukan ape. aku pegi letak gelang ngan cincin tu sekali ngan hp tu. mana tak hilangnya. ambik hp je. tapi bonus dapat barang tu. kalau jual memang dapat hasil.

tak pe ah. menangis aku nanti kang ingat pasal ni. yang pasti aku amat merindui kamu (hp, gelang n cincin)

camni ah lebih kurang gelang tu. tapi halus sikit dari ni.

> nak balik barang tu. rindu rindu rindu !

(video) yang ni memang best !!

Assalamualaikum.




Maharaja Lawak minggu 3!




jap. sebelum nak tengok, tekan pause dulu kat atas belah kanan tu ha. kan serabut plak tak pasal.

best ah JOZAN minggu ketiga ni. yang minggu kedua pun best jugak r. memang tak kering gusi aku bila tengok JOZAN buat lawak. superb ah.

> fanatik JOZAN

Belog saya comel kan ?

Assalamualaikum.

klik gambar untuk lebih lanjut.
bape hari lepas ada orang tag aku. dalam seminggu dah kot. tapi aku tak berkesempatan nak join lagi. hari ni baru dapat. thanks kat azwa sebab tag.

dan aku dah join contest ni.

DAN 

nak tag :

dan jugak kat sesiapa yang nak join. berminat klik gambar okay.



Kau atau aku yang harus....??


Amirah dan Faiz berjalan-jalan seperti biasa di tasik. Di situ, mereka bersama sehingga hari ini.
Amirah berjalan di atas satu batang sambil mengimbangkan badannya, yang seakan-akan terjatuh. Faiz risau melihat Amirah.


"Sayang. Pegang tangan Faiz. Faiz tak nak Mirah jatuh nanti."


Amirah merenung Faiz.


"Tidak. Faiz yang akan memegang tangan Mirah."


"Apa bezanya?"


Faiz bingung.


Amirah turun dari batang itu. Sambil merenung tajam tapi penuh makna ke arah Faiz.


"Perbezaan dia besar sangat.
Kalau Mirah memegang tangan Faiz dan sesuatu terjadi pada Mirah, kemungkinan Mirah boleh membiarkan tangan Faiz pergi. Tapi jika Faiz memegang tangan Mirah, Mirah pasti bahawa apa pun yang berlaku, Faiz tidak akan membiarkan tangan Mirah pergi."


Faiz tersenyum, Lalu, menarik Mirah ke dalam pelukannya.

> my favourite one. love it. credit for anis

Friday, April 15, 2011

kisah cikgu dan aku. (babak sedih)

Assalamualaikum.

Hayati bait-bait kata kat bawah ni :

AKTIFKAN DENGAN KIMIA
Kalau ini yang bantu kamu, cikgu buat.
Kalau ini yang kamu mahu, cikgu buat.
Kalau ini yang kamu perlu, cikgu buat.
Kalau ini yang kamu suka, cikgu buat.
Kalau ini yang kamu minat, cikgu buat.
Semuanya untuk kamuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

INSYAALLAH. Marilah kita sama-sama memartabatkan kimia di SMKTIZ.
Sesungguhnya ia membantu kamu suatu hari nanti.
Cikgu percaya dan yakin anda semua mampu melakukan kejutan.
Cikgu akan bantu sedaya upaya cikgu untuk merealisasikan semua ini.
Ini janji cikgu sebagai seorang pendidik.
Kenang daku dalam doamu.
Cikgu akan pergi tapi kimia tetap bersama kamu.

Aku ulang sekali lagi.
Kenang daku dalam doamu.
Cikgu akan pergi tapi kimia tetap bersama kamu.
Bait-bait kata yang memang buat aku sedih giler la. keseluruhan kat atas ni memang bagi aku sedihlah. ni harapan seorang cikgu tau. kalau kitorang tak dapat jawab soalan yang cikgu bagi dia memang runsing sangatlah. bukan cikgu saja. semua cikgu macam tu kan. cikgu mana yang tak nak anak didik dia semua berjaya kan. harapan diorang tinggi menggunung. kalau diorang marah tu bukan sebab diorang tak suka tapi sebab diorang nak suruh kita baiki apa silap kita.

Yeah. aku mengaku kadang aku ade jugak mengata cikgu kan. tu lah. mengata cikgu, kan tak dapat berkat. tambah pulak bila aku malas nak siap homework. tu kritikal tu. tapi alhamdulillah lah. UPSR ngan PMR aku okay berkat usaha cikgu semua. thanks untuk semua cikgu cikgu yang pernah ajar aku dari ABC sampai sekarang. tanpa diorang aku takkan jadi macam ni.

tulis entry ni aku sebak sesangatlah. ye ah. aku study macam taknak study kadang. padahal harapan cikgu tu tinggi sangat. takpe ah. lagipun aku pun dah rajin rajin sikit nak study. kat bawah ni cikgu yang tulis bait bait kata tu.

ni cikgu jasli(yang arah anak panah tu). cikgu kimia sekolah aku sporting habis.
nabilah sayang cikgu yep. dan semua cikgu yang mengajar nabilah
> entry ayat skema sikit banyak.

Sunday, April 10, 2011

Jom join bloglist frommetoyou !

Assalamualaikum.




Hari ni aku nak join bloglist. saje je. okay. nak mulakan untuk join ni.


1. Buat 1 entri psl join bloglist nh. Bertajuk "jom join bloglist frommetoyou"
ni tengah buat entry. hee
2. Letak header blog nh bersame link ke entri ni dkt header.
done!
3. 0h ye mesti la follow blog nh jgk. :)
done jugak!
4. Tag 3 rakan lain untuk join bloglist nh.
tag kat sesape je rasa nak join. jom lah. dialu-alukan.
5. lepas dh siap entri..post link your entri dekat ruang komen nh.
done lepas publish. hee


Dah siap dah join bloglist. nak join kat sini.

Thursday, April 07, 2011

Yuyu Zulaikha - ferrero random giveaway.

Assalamualaikum.

sweet je tuan badan blog ni kan.

kali ke-3 join giveaway. berminat nak join sebab hadiah utama dapat coklat ferrero. aku kan memang suka makan coklat. *tak habis habis coklat. hadiah untuk pembaca bertuah pun best jugak. syarat giveaway ni pun cukup senang. tak rumit mana pun. tarikh tutup belum kasi tau lagi. 

nak tag : sesiapa je yang berminat nak join ni !! jom jom. nak join klik ni > kupukupu

> pemenang ikut random.

Monday, April 04, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalamualaikum.


fisrt time join BEN ASHAARI. i'm newbei. :)

Sunday, April 03, 2011

kenapa aku mengantuk giler kat sekolah hari ni?

Assalamualaikum.



Dah lama kan entry aku tak cerita pasal hidup aku kat sekolah. sebab aku takde idea nak tulis ape hari ni so aku cerita lah pasal ni okay. hari ni awal doi aku bangun tido. ye ah. nak gosok baju sekolah. tapi kan biasa aku tido dulu but hari ni aku tak tido pun sebab mak aku dah kebas katil aku. takleh nak tido dah lah. best mak aku tido atas bantal besar aku tu. bear aku tu la ape lagi. entahlah. semalam aku jahat sangat ngan bear aku. aku pukul pukul dia. geram sesangat lah. pastu aku tido atas dia plak. haha. padan ngan muka dia. sekali sekala kan.


hari ni assembly takde. penyebabnye elektrik tak ade lah. aku pun tak tau pasal ape elektrik takde hari ni. tak bayar bil kot. huahuahua. belajar dalam kelas aku rasa nak tido je tau. dapat guling guling atas tilam best jugak. memang mata nak tutup je tapi sebab aku takut cikgu marah ke ape aku tahan jugak lah. mulai hari ni aku nak mula azam baru. azam aku yang lepas tak boleh pakai. sebab satu pun aku tak tunai. ape dah aku ni. azam aku sekarang nak tumpu sepenuh perhatian dalam kelas. nak rajin tanya cikgu ape yang aku tak faham. taknak malas macam hari hari lepas.

Yes ! aku mengaku penyakit malas aku memang teruk tahap gaban la. dan sekarang aku perlu kurangkan semua tu slow slow. tak boleh fast fast sangat nanti penyakit tu makin bertambah adalah. betul tak korang semua? betul betul betul. tengok? kan betul. ipin setuju ngan aku. *perasan je* hari ni belajar banyak yang aku minat. dan sekarang dah banyak subjek yang menarik minat aku. macam biology, chemistry, fizik (adelah sikit sikit). subjek kritikal untuk orang yang lemah macam aku ni. bio ngan chem sebab cikgu best. aku jadi faham. bukan ape cara cikgu ngajar pastu aku pun tumpu perhatian dalam kelas. tu yang aku jadi minat tu. hee. 
sekolah ada macam ni memang best giler. heee


hari ni subjek math modern, addmath, kimia. semua aku faham. horaayyy. bi tadi buat oral je. alhamdulillah tinggi jugak markah aku dapat. nervous giler tadi. isi pendek aje. pelik jugak. tapi pape pun bersyukur sangat.

baca fakta ni ( aku gelak bila baca) : Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri. 

> isi ngan tajuk memang jauh beza. :p

Saturday, April 02, 2011

Tengok ni !!

Assalamualaikum.

korang tengok gambar gambar ni. kau tau tak aku boleh giler bila tengok mende macam ni. rasa nak makan semua pun ade kalau ada depan mata. kalau ade kat rumah aku ni, sekejap je licin aku makan. hai. gemuklah aku kalau makan ni je. tak pasal dapat obesiti plak. pastu jadi bulimia plak. argh ! taknak aku. kan tak pasal sakit jiwa. mintak jauh. AMIN-9.

tengok lah gambar gambar ni ha yang buat aku jadi giler sekejap.


YUM YUM YUM ! yummy. yes! aku memang giler bila tengok coklat. tapi kalau gula-gula aku kurang sikit. aku tak kisah r pe pun. asalkan ade coklat r. yang penting halal okay. sesape yang baik hati bagi r hadiah coklat kat aku banyak banyak. percaye tak? aku boleh makan coklat bar yang size besar sekejap je. memang giler coklat pun. kalau coklat tu aku kongsi ngan mr mine, dia makan sikit je. aku yang cekik darah terlebih. hehehe. memang jahat kan. tapi takpe. dia tak kisah. dia lagi suke aku makan banyak. pape je lah.

>silalah terliur yep

Friday, April 01, 2011

Resepi : kek coklat kukus

Assalamualaikum.

macam aku cakap tadi. aku nak kongsi sikit resepi kek coklat yang aku buat tu. actually aku ambik dari sorang blog jugak. tapi tak ingat la plak url dia. hee. tapi resepi ni ada jugak sikit aku ubah. kek ni version aku punya okay.


KEK COKLAT KUKUS

BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung penaik sendiri (tepung blue key tu)
1 cawan mentega cair (nak guna minyak pun boleh tapi aku lagi suka guna ni. but korang kena cairkan dulu tau mentega tu)
1 1/2 cawan gula (aku guna yang biasa je)
1 cawan serbuk koko (jangan banyak tau, nanti pahit)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
2 biji telur

CARA-CARA :


  • Adun semua bahan kecuali air panas kat dalam bekas.
  • Adun satu persatu nak senang kerjalah.
  • Dah habis adun tu masukkan air panas.
  • Gaul sampai sebati.
  • Dah siap semua tu masuk r kat dalam loyang ke pape ke ikut korang lah. jangan yang pelik pelik sudah.
  • Kukus dalam 30 minit camtu r. tak kisah r lama mana pun sebab mak aku cakap kalau kukus lebih lama sikit pun takpe. tak jejas pape pun kat kek tu.
  • Kalau korang rasa dah masak boleh lah angkat je.
  • Pastikan nak kukus tu jerang air dulu. kan time nak kukus tu time tu la nak jerang air.


TOPPING

BAHAN-BAHAN :
1 cawan susu pekat
2 susu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega
coklat rice untuk hiasan(ikut korang lah nak letak pape pun. ikut kreativiti okay)

CARA-CARA :


  • Panaskan 1 cawan susu pekat.
  • masukkan serbuk koko.
  • kacau sampai sebati.
  • dah habis kacau letak mentega.
  • kacau sekali lagi.
  • dah siap kacau tutup api dan biarkan sekejap.
  • lepas tu bolehlah nak tuang atas kek korang tu.
  • dah habis tuang letak lah hiasan yang korang suke.



dah siaplah kek coklat kukus korang tu. boleh la nak mencekik darah. tapi biarlah sejuk dulu okay. baru best. hee.

> nak tanya pape boleh komen. silakan.

happy birthday to you !

Assalamualaikum.

Hari ni hari ape? APRIL FOOL. eh, tak la. hari ni hari jumaat. hee. umat Islam sekalian jangan sesekali sambut APRIL FOOL okay. actually hari ni birthday kawan aku. jarang sebenarnya aku mention kawan aku sorang ni dalam belog aku ni. memang julung julung kalinye ah. lupakan tu. untuk sahabat aku ni aku ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-17. selamat hari tua ye. yeah. aku muda lagi. kau dah tua kan. aku tak sampai 17 lagi. haha. gurau aje. ape yang aku mengarut tetiba ni ? adoyai. 

sempena birthday dia ni aku hadiahkan dia sebijik kek coklat. okaylah tu kan. nak beli present aku takde duit. eleh. padahal selama ni jugak duit mak bapak aku jugak. huahua. aku kan memang ada penyakit malas sikit. malas nak jalan jauh jauh beli present. so aku buat aje la ape yang aku pandai. kek ni sebenarnye aku baru je belajar. boleh la. menjadi jugak r. yang penting best *bangga diri plak*. kalau aku tunjuk gambar kek, korang terliur plak. nak tengok jugak? okay aku tunjuk. tapi kalau dah terliur tu pandai r buat sendiri tak pun beli je kat kedai tu ha.

nama kawan aku tu zubaidah.

bila tengok kek ni aku jadi lapar plak. boleh bau dan rasa kek ni. nak makan yang aku punya dah habis. memang sedap menjilat jari especially topping dia tu ha. takde topping tu memang tak best r makan kek tu. tak caya try la buat sekali. tu je aku nak kasi tau. da~

> nanti nak bagi resepi. :)