搛べ惕

Thursday, April 21, 2011

Apa dah jadi dengan aku ni?

Assalamualaikum.

Pelik bebenor bunyi tajuk tu. ye ah. sekarang ni aku dah jadi giler. bukan giler yang tak waras tu. aku waras ni yep. aku giler sebab serba serbi aku nak cuba. cuba ini cuba itu cuba sana cuba sini. banyak plak cuba aku ni. actually, yang aku nak cuba tu dua je. aku yang tokok tambah tolak darab bahagi segala macam plak. adeh.

Aku tak pernah bagitau lagi kat lepas SPM aku nak buat apa. aku sebenarnya nak belajar menjahit. aku memang minat bab jahit-mahit ni. tengok. kerja yang memang takde kaitan langsung dengan aliran sains tulen tu. simpang terlebih jauh bagaikan dungun nak ke tokyo tu ha. ketara bezanya bila tengok tokyo ngan dungun ni. macam apa yang aku nak belajar ni.

nak belajar menjahit !!

Sekarang ni dah tambah pulak satu lagi minat aku ni. teringin nak belajar mengait. pulak dah. alkisah nya niat aku cuma nak tengok tutorial cara pakai shawl. aku kan memang minat bab shawl ni. bukak utube n taip apa patut aku scroll bawah sikit ada tajuk crochet shawl. mula dalam otak aku baca mende alah letak atas kepala kat shawl tu ha *tak tau nak panggil ape..haha*. bila tengok video tu rupanya belajar mengait. tu sebab nya aku jadi tertarik menarik.."kring.kring", bunyi telefon ganggu plak aku nak tulis ni. lupekan bunyi tu. aku dah kembali menaip.

sambung balik : ..aku jadi minat suda. sebab tengok senang je tau. macam makan kacang. lepas tu aku pegi lah tanya ibu aku kan. ibu aku pandai bab ni kan. aku pun cakap ah yang aku ni belajar mengait ni. ibu aku pun jawab, "semua benda nak belajar. beli buku ah senang belajar sendiri." haha. kan dah padan muka kena belajar sendiri. takpe. yang asas aku dah belajar sikit dari video tu. tak sabar rasanya nak belajar mengait ni. kalau menjahit aku belajar lepas SPM nanti lah. sekarang nak tumpu kat SPM tu dulu.

tengok ni. lawa kan. macam macam boleh buat
sendiri kalau belajar mengait. so kawaii.

Macam macam lagi boleh belajar. mengait takpe. time bosan takde kerja nak buat boleh jalan. nanti mintak ayah aku belikan barang n buku tu. :)

MENJAHIT DAN MENGAIT. aku nak jadi usahawan. *senyum senyum*

> insyaallah nanti kalau aku dah belajar aku kasi tau okay.

No comments:

Post a Comment