搛べ惕

Monday, April 18, 2011

Barang kesayangan aku cuma kenangan.

Assalamualaikum.

hargai apa yang ada disekeliling kita. jangan menyesal di kemudian hari sudah.

Bila ingat memori yang lepas-lepas memang banyak sangat. ada yang happy, sedih, marah. especially kat sekolah kesayangan aku tu. dari form 1 sampai sekarang. pengamalan banyak mengajar aku. ye ah. dulu masa mula masuk sekolah, perangai budak-budak. dengar cakap lah jugak. muka suci je time tu.

Dalam banyak-banyak memori yang aku simpan, yang paling aku sedih sangat sangat bila barang kesayangan aku hilang. aku rasa masa tu macam nak mati pun ada. tapi ALHAMDULILLAH aku hidup lagi sampai sekarang. bayangkan 4 barang yang kita sayang hilang sekaligus je. sekelip mata je. macam mimpi pun ada. nasib baik lah masa tu aku dah lepas PMR. aku tengah tengah periksa tak mati aku. duduk fikir kat barang tu je tak ingat periksa.

Barang paling aku sayang dan sampai sekarang bila tengok barang sama ngan ni memang hati aku meraung nak balik. semestinya handphone. Nokia 6070 je. walaupun henset tu tak ah canggih mana tapi tu lah yang paling aku sayang. macam macam kenangan ada dalam hp tu. dari mula aku dapat henset tu sampai hilang entah ke mana. sape curi pun aku tak tau.

ni ha hp tu. aku rindu sesangat.
nak nak bila cikgu jasli wat kuar hp dia yang sebijik macam ni.
Yang paling terkilan hp tu hilang dengan cincin dan gelang kesayangan aku. hadiah mula aku kapel ngan hadiah birthday. kalau hilang hp tu saje aku tak terkilan sangat. ni sampai sapu bersih semua hilang. bukan ape. aku pegi letak gelang ngan cincin tu sekali ngan hp tu. mana tak hilangnya. ambik hp je. tapi bonus dapat barang tu. kalau jual memang dapat hasil.

tak pe ah. menangis aku nanti kang ingat pasal ni. yang pasti aku amat merindui kamu (hp, gelang n cincin)

camni ah lebih kurang gelang tu. tapi halus sikit dari ni.

> nak balik barang tu. rindu rindu rindu !

No comments:

Post a Comment