搛べ惕

Sunday, April 24, 2011

Bila cikgu tak masuk kelas, ini yang jadi.

Assalamualaikum.

Macam biasa cerita kehidupan seorang budak sekolah. yes! aku memang budak budak lagi sebab aku macam tak percaya aku dah nak masuk 17 tahun. lagipun kalau ikut akta ape entah, tak kira jantina yang bawah umur 18 tahun kita dikira budak budak. memang sadis. takpe ah. kalau pape yang jadi kita takkan masuk penjara. budak bawah umurlah katakan.


Stop cerita pasal ni! melencong daripada tajuk plak. memang dah tabiat aku macam tu. haha. sorry okay. hari ni macam biasa ada assembly yang memenatkan. nak jugak rasa duduk atas kerusi sekali kan. sekali pun dah cukup r. memang mengada betul aku. lepas tu p&p. dua masa pertama cikgu takde. damn! agak kecewa sebab cikgu jasli tak datang sekolah hari ni. baru nak mintak cikgu ajar. takpe ah. yang penting presentation chemistry tu aku confirm menang *mengada*. minggu ni minggu sains, minggu lepas bi n minggu depan bm plak. banyaknye lah. minggu matematik takde ke cikgu? best jugak kan. memang confirm akku masuk.

Kalau presentation memang biasa aku bawak lappy aka netbook aku ni. masuk pertandingan presentation tu memang sadis. dua group je masuk. girls vs boys aka bi vs bm. haha. girls tu group aku. yang boys group satu g ah. tajuk presentation memang sama tapi bahasa je lain. aku bi yang laki bm.semangat aku nak masuk memang membuahkan hasil. tak kisah r dapat no 1 or no 2. janji dapat hadiah *tengok mengada lagi*
makan biskut OREO lagi best. putar! jilat! celup!

Dalam lappy aku memang ada banyak jugaklah game. sampai budak budak kelas aku berebut nak main. nak hilang bosan. cikgu takde ni ah kerja kitorang. tak pun borak-borak. ada jugak yang study. rajin kan diorang. aku memang malas sikit. kawan aku tengah main game aku join ah skali. tengok je. aku bila bila masa boleh main. tapi tu ah. sampai berebut nak main. pening sudah aku tengok budak dua orang tu ha. adoi. takpe ah. sorang main sorang tolong. adil lah tu kan.
layan ni pun best. yummies. i heart chocolate!

aku nak chow dulu ah. nak pergi keluar jalan jalan plak.

> bahasa agak ganas jugak lah entry ni aku rasa. :p

No comments:

Post a Comment