搛べ惕

Monday, April 18, 2011

Kau atau aku yang harus....??


Amirah dan Faiz berjalan-jalan seperti biasa di tasik. Di situ, mereka bersama sehingga hari ini.
Amirah berjalan di atas satu batang sambil mengimbangkan badannya, yang seakan-akan terjatuh. Faiz risau melihat Amirah.


"Sayang. Pegang tangan Faiz. Faiz tak nak Mirah jatuh nanti."


Amirah merenung Faiz.


"Tidak. Faiz yang akan memegang tangan Mirah."


"Apa bezanya?"


Faiz bingung.


Amirah turun dari batang itu. Sambil merenung tajam tapi penuh makna ke arah Faiz.


"Perbezaan dia besar sangat.
Kalau Mirah memegang tangan Faiz dan sesuatu terjadi pada Mirah, kemungkinan Mirah boleh membiarkan tangan Faiz pergi. Tapi jika Faiz memegang tangan Mirah, Mirah pasti bahawa apa pun yang berlaku, Faiz tidak akan membiarkan tangan Mirah pergi."


Faiz tersenyum, Lalu, menarik Mirah ke dalam pelukannya.

> my favourite one. love it. credit for anis

1 comment: