搛べ惕

Sunday, April 03, 2011

kenapa aku mengantuk giler kat sekolah hari ni?

Assalamualaikum.



Dah lama kan entry aku tak cerita pasal hidup aku kat sekolah. sebab aku takde idea nak tulis ape hari ni so aku cerita lah pasal ni okay. hari ni awal doi aku bangun tido. ye ah. nak gosok baju sekolah. tapi kan biasa aku tido dulu but hari ni aku tak tido pun sebab mak aku dah kebas katil aku. takleh nak tido dah lah. best mak aku tido atas bantal besar aku tu. bear aku tu la ape lagi. entahlah. semalam aku jahat sangat ngan bear aku. aku pukul pukul dia. geram sesangat lah. pastu aku tido atas dia plak. haha. padan ngan muka dia. sekali sekala kan.


hari ni assembly takde. penyebabnye elektrik tak ade lah. aku pun tak tau pasal ape elektrik takde hari ni. tak bayar bil kot. huahuahua. belajar dalam kelas aku rasa nak tido je tau. dapat guling guling atas tilam best jugak. memang mata nak tutup je tapi sebab aku takut cikgu marah ke ape aku tahan jugak lah. mulai hari ni aku nak mula azam baru. azam aku yang lepas tak boleh pakai. sebab satu pun aku tak tunai. ape dah aku ni. azam aku sekarang nak tumpu sepenuh perhatian dalam kelas. nak rajin tanya cikgu ape yang aku tak faham. taknak malas macam hari hari lepas.

Yes ! aku mengaku penyakit malas aku memang teruk tahap gaban la. dan sekarang aku perlu kurangkan semua tu slow slow. tak boleh fast fast sangat nanti penyakit tu makin bertambah adalah. betul tak korang semua? betul betul betul. tengok? kan betul. ipin setuju ngan aku. *perasan je* hari ni belajar banyak yang aku minat. dan sekarang dah banyak subjek yang menarik minat aku. macam biology, chemistry, fizik (adelah sikit sikit). subjek kritikal untuk orang yang lemah macam aku ni. bio ngan chem sebab cikgu best. aku jadi faham. bukan ape cara cikgu ngajar pastu aku pun tumpu perhatian dalam kelas. tu yang aku jadi minat tu. hee. 
sekolah ada macam ni memang best giler. heee


hari ni subjek math modern, addmath, kimia. semua aku faham. horaayyy. bi tadi buat oral je. alhamdulillah tinggi jugak markah aku dapat. nervous giler tadi. isi pendek aje. pelik jugak. tapi pape pun bersyukur sangat.

baca fakta ni ( aku gelak bila baca) : Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri. 

> isi ngan tajuk memang jauh beza. :p

No comments:

Post a Comment