搛べ惕

Friday, April 15, 2011

kisah cikgu dan aku. (babak sedih)

Assalamualaikum.

Hayati bait-bait kata kat bawah ni :

AKTIFKAN DENGAN KIMIA
Kalau ini yang bantu kamu, cikgu buat.
Kalau ini yang kamu mahu, cikgu buat.
Kalau ini yang kamu perlu, cikgu buat.
Kalau ini yang kamu suka, cikgu buat.
Kalau ini yang kamu minat, cikgu buat.
Semuanya untuk kamuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

INSYAALLAH. Marilah kita sama-sama memartabatkan kimia di SMKTIZ.
Sesungguhnya ia membantu kamu suatu hari nanti.
Cikgu percaya dan yakin anda semua mampu melakukan kejutan.
Cikgu akan bantu sedaya upaya cikgu untuk merealisasikan semua ini.
Ini janji cikgu sebagai seorang pendidik.
Kenang daku dalam doamu.
Cikgu akan pergi tapi kimia tetap bersama kamu.

Aku ulang sekali lagi.
Kenang daku dalam doamu.
Cikgu akan pergi tapi kimia tetap bersama kamu.
Bait-bait kata yang memang buat aku sedih giler la. keseluruhan kat atas ni memang bagi aku sedihlah. ni harapan seorang cikgu tau. kalau kitorang tak dapat jawab soalan yang cikgu bagi dia memang runsing sangatlah. bukan cikgu saja. semua cikgu macam tu kan. cikgu mana yang tak nak anak didik dia semua berjaya kan. harapan diorang tinggi menggunung. kalau diorang marah tu bukan sebab diorang tak suka tapi sebab diorang nak suruh kita baiki apa silap kita.

Yeah. aku mengaku kadang aku ade jugak mengata cikgu kan. tu lah. mengata cikgu, kan tak dapat berkat. tambah pulak bila aku malas nak siap homework. tu kritikal tu. tapi alhamdulillah lah. UPSR ngan PMR aku okay berkat usaha cikgu semua. thanks untuk semua cikgu cikgu yang pernah ajar aku dari ABC sampai sekarang. tanpa diorang aku takkan jadi macam ni.

tulis entry ni aku sebak sesangatlah. ye ah. aku study macam taknak study kadang. padahal harapan cikgu tu tinggi sangat. takpe ah. lagipun aku pun dah rajin rajin sikit nak study. kat bawah ni cikgu yang tulis bait bait kata tu.

ni cikgu jasli(yang arah anak panah tu). cikgu kimia sekolah aku sporting habis.
nabilah sayang cikgu yep. dan semua cikgu yang mengajar nabilah
> entry ayat skema sikit banyak.

2 comments:

  1. kenapa muka lagi satu 2 kena tutup ?? cian die..hehe :)

    Kenapa Mereka Bersalah ?

    ReplyDelete
  2. cikgu jasli nak glamor sorang2 je..hehe..
    *gurau*

    ReplyDelete