搛べ惕

Friday, April 01, 2011

Resepi : kek coklat kukus

Assalamualaikum.

macam aku cakap tadi. aku nak kongsi sikit resepi kek coklat yang aku buat tu. actually aku ambik dari sorang blog jugak. tapi tak ingat la plak url dia. hee. tapi resepi ni ada jugak sikit aku ubah. kek ni version aku punya okay.


KEK COKLAT KUKUS

BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung penaik sendiri (tepung blue key tu)
1 cawan mentega cair (nak guna minyak pun boleh tapi aku lagi suka guna ni. but korang kena cairkan dulu tau mentega tu)
1 1/2 cawan gula (aku guna yang biasa je)
1 cawan serbuk koko (jangan banyak tau, nanti pahit)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
2 biji telur

CARA-CARA :


  • Adun semua bahan kecuali air panas kat dalam bekas.
  • Adun satu persatu nak senang kerjalah.
  • Dah habis adun tu masukkan air panas.
  • Gaul sampai sebati.
  • Dah siap semua tu masuk r kat dalam loyang ke pape ke ikut korang lah. jangan yang pelik pelik sudah.
  • Kukus dalam 30 minit camtu r. tak kisah r lama mana pun sebab mak aku cakap kalau kukus lebih lama sikit pun takpe. tak jejas pape pun kat kek tu.
  • Kalau korang rasa dah masak boleh lah angkat je.
  • Pastikan nak kukus tu jerang air dulu. kan time nak kukus tu time tu la nak jerang air.


TOPPING

BAHAN-BAHAN :
1 cawan susu pekat
2 susu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega
coklat rice untuk hiasan(ikut korang lah nak letak pape pun. ikut kreativiti okay)

CARA-CARA :


  • Panaskan 1 cawan susu pekat.
  • masukkan serbuk koko.
  • kacau sampai sebati.
  • dah habis kacau letak mentega.
  • kacau sekali lagi.
  • dah siap kacau tutup api dan biarkan sekejap.
  • lepas tu bolehlah nak tuang atas kek korang tu.
  • dah habis tuang letak lah hiasan yang korang suke.



dah siaplah kek coklat kukus korang tu. boleh la nak mencekik darah. tapi biarlah sejuk dulu okay. baru best. hee.

> nak tanya pape boleh komen. silakan.

1 comment:

  1. nice recipe but better with a picture of this kek.

    ReplyDelete