君と僕

Sunday, May 29, 2011

JEPUN or KOREA ?

Assalamualaikum.

sebelum cakap bab tajuk tu nak cakap pasal gambar ni dulu. Inoue mao n Matsumoto jun time kecik. comellah. huh. bese ah kan. time budak budak, semua immature lagi kan. 

senyuman tetap sama walaupun da besar..huhu
Okay. Jepun ke Korea? aku lebih kepada jepun. kalau korea aku tak minat. sampai sekarang aku tak boleh nak sebut perkataan diorang. kalau jepun confirm aku boleh. sebab kat sekolah aku belajar bahasa jepun. setakat tulisan romaji boleh lah. kalau kanji mintak jauh. confirm aku failed. haha.

Kalau dalam kelas aku tu ramai yang minat korea, aku minat jepun. adelah sebahagian kecik sehati ngan aku. kebanyakkan laki ah. tu geng geng aku blake. yang ambik exam jepun tu ah. hati tetap ngan jepun. impian aku nak pergi jepun. especially time bunga sakura luruh first day. kawaii!!!!! tengok orang duk malaysia memang jeles giler ah. nak sangat tinggal kat sana. tapi tempat tu mesti jauh dari tempat yang kena tsunami hari tu. macam akak アヌム ちゃん. nak jugak nak jugak. kalau tengok gambar gambar kat sana boleh jadi giler kejap.

bab ni aku memang tak boleh lari ah. kalau cerita aku tak bape kisah. asalkan best cukup ah. tadi baru habis tengok hana yori dango (boys over flower) yang jepun punya. best plus sedih. kelakar pun ada. ape aku melalut ni sebut pasal cite tu. ni kes takde idea dah nak cakap ape. haha. takpe ah. nanti aku wat review pasal    hana yori dango tu okay.

> aku memang selalu mengarut buat entry.

Thursday, May 26, 2011

Merdeka !

Assalamualaikum.
jump sebab dah bebas dari peperangan/exam.

Merdeka untuk exam kali ni. time PMR dulu tak macam ni pun. tapi bila dah nak SPM mula lah. tiap kali exam mesti nak habis cepat. malas nak tanggung derita jawab soalan yang baik hati tu. kalau boleh tak nak ambik. tapi terpaksa. demi masa depan jugak. macam mana exam ni? agak okaylah daripada tak okay. tapi tetap banyak yang tak leh jawab. malas sangat ! kan dah tak boleh jawab.
bukan A+ tapi G. hehe

Sekarang aku dah sedar. kalau fizik, kimia n biologi aku memang tak boleh nak masuk. sebab aku ni malas nak baca apa yang aku tak faham. tapi kalau math or addmath laju bukan main je nak study. otak nombor memang macam ni. fakta memang hampeh. kan best dapat dua dua. nombor n fakta. baru semangat nak jawab kan.

Memang takde kerja time exam.. huh

Mulai sekarang aku kena baca n faham betul betul apa yang aku tak faham. sebenarnya kalau dah faham memang bestlah. rasa senang je. cuma kadang kena tanya orang baru boleh faham. mid-year exam dah habis dua hari lepas. enjoy jugaklah. result pun dah kuar. cuma da yang tak tahu lagi. esok sampai ahad ada kelas. lepas cuti ada kem seminggu. huh! dah nak dekat percubaan ni macam macam yang ada. takpe takpe. it will be fine. untuk kami budak SPM jugak kan. percubaan awal bulan 8 ni. berdebar rasa. harap soalan tak susah mana. I'll struggle !!!

result yang aku dah tahu setakat ni ;
Bahasa Melayu - 67 B+
Bahasa Inggeris - 68 B+
Matematik - 82 A
Pendidikan Agama Islam - 59 C+
Sejarah - 46 D
Biologi - 52 C

tu je yang aku tau setakat ni. addmath dapat esoklah time kelas. ntah berapa aku dapat. semua naik kecuali pai. kecewa. subjek wajib A aku dapat C+. sadis lah. sebahagian besar kelas aku dapat A.  kadang aku rasa macam tak layak duduk kelas no 1. sebab kelas lain lagi tinggi dari aku. takpe. tu pembakar semangat aku. cabaran untuk aku. aku mesti boleh !

>okay. happy holidays untuk budak sekolah shj. hee

Wednesday, May 18, 2011

Panggilan penuh bermakna. "CIKGU!"

Assalamualaikum.



hai semua. dah lama tak update kan. kesibukan dengan exam actually. internet pun jarang bukan sekarang. maklumlah sibuk dengan tet~! tak tak. sibuk dengan exam lah. hari ni terpanggil nak typing typing sebab hari ni sekolah aku buat sambutan hari guru. lambat sikit daripada sekolah lain sebab cikgu muda aku (pengetua) pergi sarawak. opsss! aku tak mengata beliau okey. aku cakap macam tu sebab ayah dia nama muda. heee.

kenap harus ada beliau jugak? special sangat ke? memang special sebab beliau kan cikgu. nama pun hari guru. n yang paling special lagi 16 mei ulang tahun hari jadi pengetua. sangat bertuah kan. dah lah pengetua, hari jadi time hari guru plak tu. confirm sambut meriah. yes! memang meriah sambut tadi. kek birthday besar sangat. aku pun tak pernah dapat kek besar cam tu. nak tengok ?

besar sungguh ! nak jugak kek bday macam ni.

masing masing (kat hujung) tengok belon jatuh dari syiling. hee
banyak jugak hadiah Tn. pengetua dapat. meriah sangat. tahun lepas tak tahu r sebab aku tak datang. heee. takpe. ni tahun last untuk cikgu sebab tahun depan dah bersara. tak sempat hari guru plak tu. sapelah bakal jadi pengetua plak ek. entah lah. lepas tu ada gimik plak. ariff ngan faeizuan masuk naik basikal dengan kacamata hitam. gaya macam zaman dulu dulu. tetiba je. benda ni takde dalam perancangan majlis pun. memang terkejut sangat masa tu. diorang bawak kat untuk pengetua sebenarnya. punyalah besar macam kek.

hari guru kali ni memang best. tahun depan dah tak leh nak rasa macam ni. tahun last kan. puas hati datang hari ni. tak sia-sia kan.

SELAMAT HARU GURU. JASA MU AKAN KU KENANG SAMPAI BILA BILA. WAJAH MU KAN INGAT SELALU. AMIN.
> esok sambung exam. adoi. malas nak jawab. :p 

Friday, May 06, 2011

Apa kes ni?

Assalamualaikum.

buat entry hari ni nak mengamuk sikit. geram teramatlah sangat. sebab ape? tengok kat bawah ni..
|
|
V


tengok? ape yang tak kena aku pun tak tau la. nak kata aku unfollow semua blog mustahil. sape plak yang memandai buat semua ni. oh tak mungkin. kenape ek. kasi tau aku sikit. lepas tengok benda ni aku bukak lah blog-blog yang aku follow. tapi...
|
|
|
V
macam mana aku tek bengang. tengok!!

mentang-mentang aku dah lama tak bukak buat macam ni ek. sampai hati. aku pun nak tau news gak. jangan lah buat macam ni. tak kesian kat aku ke?? sadis betul. oklah. choww. nak mengubat hati yang lara.

> selsema n batuk tak ok lagi :'(


Sunday, May 01, 2011

Post gambar bermesej.

Assalamualaikum.



just smiling ! ^-^