搛べ惕

Sunday, December 25, 2011

Wish you were here.

Assalamualaikum.



> tajuk penuh makna bagi aku. :'(

Saturday, December 24, 2011

Pergi party.

Assalamualaikum.

nak putar balik masa.

semalam sepupu aku ajak pergi party. party kat mcdonald's sebab sempena pembukaan mcdonald's port dickson yang buka hari ni. best jugaklah sebab makan free. lawa jugak lebih kurang macam kat dungun. tapi lebih besar sikit dari dungun. tempat vip pun cantik jugak, meja besar. macam nak promote je cakap macam ni.

bayangkan masa mula-2 pergi aku duduk sorang je kat luar. bosan giler. tapi sorang laki ni aka akim kawan aku, dia duk kat rumah mak sedare aku sebab dia kawan sepupu kepada sepupu aku. okay, memang pening sikit tapi realiti. i'm a little bit shy sebab aku terpaksa duduk dengan kawan-2 dia. nak buat macam mana, dari luar sampai masuk dalam dia bagi aku ceramah. blebe tak habis-2.

dia boleh dikatakan baik jugaklah. senang kawan dengan dia. tapi satu je aku tak suka pasal dia. dia merokok. tu benda paling aku benci. tapi takpelah, aku bukan awek dia pun. dia main gurau-2 plak yang kitorang dah married. haha. joking okay. tak betul pun. aku still dengan capital I tu.

dah habis party tunggu sepupu aku. sambil tu akim ajak aku lepak ngan krew mcd tu. perempaun ok. baik jugaklah diorang. aku senyap memanjang. orang tanye sepatah, aku jawab sepatah. tu memang perangai aku bila mula kenal orang. aku bukan baik sangat pun. bila dah kenal aku tahu la macam ni. :p

balik rumah hujan. basah kuyuplah jawabnye. tapi aku seluar je. sepupu aku yang basah kuyup sangat. kesian kat dia. nasib baik dia baik. hehe

miss sixteyn and capital I.


>maybe aku akan kerja kat sini.

Thursday, December 22, 2011

Tanam anggur sekejap.

Assalamualaikum.

Dah sampai rumah mak sedare aku semalam. Tumpang mak sedare je, jimat kos. hehe. Mak sedare aku cakap kerja kosong ade kat tempat yang aku nak kerja tapi kena tunggu sampai kedai tu buka dulu baru boleh tau macam mana. Jadi penganggur la sekejap kat sini sementara nak tunggu. Makan tidur je lah kerja aku sekarang. Ehhhh.... Mana boleh. Tak boleh jadi menantu orang camni. Kena reject adelah. Makan tidur je keje nanti balik dungun gemuk aku. Mesti orang pelik tengok aku ambik result. Haha.

Duduk sini aku tak bawak bear aku tu. Rindu giler takde dia tau. Rindu muka comel dia, nak hug dia sangat-2. Yang aku boleh buat cuma tengok gambar dia. tu aje. Sedihnya. Kenape ek kite lebih hargai barang yang orang bagi dari barang kita sendiri. Lumrah manusia kot.


> sekolah dah nak buka tapi aku bukan budak sekolah lagi. hehe

Tuesday, December 20, 2011

Aku nak pindah !

Assalamualaikum.


Yes ! Aku memang nak pindah. Nak pergi jauh dari DUNGUN. Aku nak duduk kat rumah mak saudara aku plak. Kawan-kawan aku, selamat tinggal. Nak cari kawan baru pulak. Oppss. Aku sayang lagi lah kawan-kawan aku. semua kawan aku, rozie, farihin, wanie, aiman, amiraliza, juliana(aku rindu die), khaida n semualah yang aku sayang n kenal. 

Tapi tak lame pun lah. Aku nak pergi kerja kat sana je bukan nak tinggalkan dungun selamanye. tempat aku membesar, ramai kawan yang aku sayang. ambik result spm kita jumpe okay. nanti aku belikan ole-ole untuk korang. takpun belanje makan. don't worry, be happy. aku tak pernah lupe kawan-kawan aku walaupun tak contact diorang.

Aku nak kerja ape itu SECRET~! :p

> gonna miss you all and capital I.

Tuesday, December 06, 2011

*UPDATE~!

Assalamualaikum.

Hai blogger semua ! Lama tak update blog ni. bukan busy tapi internet kat rumah takde. satu lagi sebulan aku tinggal kat asrama. Boleh tahan lah sebab aku masuk asrama time orang dah nak habis sekolah. So, peraturan tu tak ketat mane cume nak keluarlah kena minta izin warden. 

Capital I sekarang dah masuk UiTM. Tak jauh. Sura Hujung sana tu je. tapi nanti dia cakap dia kena pindah UiTM baru kat bukit besi semester 2 nanti. tak dapat lah aku nak jumpe dia hujung minggu =.=' . sejak 6 hari aku jadi penganggur sementara ni hidup bosan sangat. tak tahu nak buat ape kat rumah. nak kerja, aku pun tak tahu nak kerja ape. kerja kat tempat mak sedare best jugak. tapi sosial tu lah. merantau sekali sekala kan. ingat nak belajar menjahit tapi kat dungun kat mane kursus pun aku tak tahu. haishh..

> tak tahu nak sharing ape. maaf. :)