搛べ惕

Saturday, December 24, 2011

Pergi party.

Assalamualaikum.

nak putar balik masa.

semalam sepupu aku ajak pergi party. party kat mcdonald's sebab sempena pembukaan mcdonald's port dickson yang buka hari ni. best jugaklah sebab makan free. lawa jugak lebih kurang macam kat dungun. tapi lebih besar sikit dari dungun. tempat vip pun cantik jugak, meja besar. macam nak promote je cakap macam ni.

bayangkan masa mula-2 pergi aku duduk sorang je kat luar. bosan giler. tapi sorang laki ni aka akim kawan aku, dia duk kat rumah mak sedare aku sebab dia kawan sepupu kepada sepupu aku. okay, memang pening sikit tapi realiti. i'm a little bit shy sebab aku terpaksa duduk dengan kawan-2 dia. nak buat macam mana, dari luar sampai masuk dalam dia bagi aku ceramah. blebe tak habis-2.

dia boleh dikatakan baik jugaklah. senang kawan dengan dia. tapi satu je aku tak suka pasal dia. dia merokok. tu benda paling aku benci. tapi takpelah, aku bukan awek dia pun. dia main gurau-2 plak yang kitorang dah married. haha. joking okay. tak betul pun. aku still dengan capital I tu.

dah habis party tunggu sepupu aku. sambil tu akim ajak aku lepak ngan krew mcd tu. perempaun ok. baik jugaklah diorang. aku senyap memanjang. orang tanye sepatah, aku jawab sepatah. tu memang perangai aku bila mula kenal orang. aku bukan baik sangat pun. bila dah kenal aku tahu la macam ni. :p

balik rumah hujan. basah kuyuplah jawabnye. tapi aku seluar je. sepupu aku yang basah kuyup sangat. kesian kat dia. nasib baik dia baik. hehe

miss sixteyn and capital I.


>maybe aku akan kerja kat sini.

1 comment: