搛べ惕

Sunday, December 23, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum.

Arwah Khadijah, Aisyah, Ibu(lupa nama), Sensei Sabirin.

Ya Allah. Aku bangun pagi dengan berita yang mendukacitakan. Dengan sekelip mata je aku kehilangan sensei (cikgu) dan family dia yang paling aku rapat. Diorang sebahagian daripada hidup aku. Kenangan paling banyak aku ngan diorang kat sekolah. Dia ajar aku bahasa jepun, chess. Sampai aku dapat keputusan kepujian dalam exam tu and sampai peringkat daerah untuk chess.

Kenangan ngan diorang tengah ligat berputar dalam otak aku ni. Of course semuanya indah-indah. Teringat masa karnival jepun kat Klang. I'm with Aisyah and Khadijah, his daughter. Dalam karnival tu kan ade booth. 1 booth tu diorang buat permainan. Tangkap ikan guna jaring tisu. Kat jepun memang ade. Aisyah ngan Khadijah selalu ajak aku main. rm2 or 3 untuk 3 jaring. Aku pun dua kali lima jadi budak2. Banyak kali la diorang ajak aku main. asal main mesti tak lepas nak dapat hadiah. Asal main dapat gula-gula. Tak terkira r. Kadang guna duit diorang kadang aku. Kongsi-kongsi la. Happy sangat. Sweet memory with them, cute girl.
Sensei Sabirin, Domo arigatou gozaimasu.

Sensei akan selalu bawa keluarga dia kalau pergi mana pun. Takkan pernah tinggal. Jauh mana pun diorang pasti 1 keluarga. Keluarga bahagia. Suka sangat tengok diorang. Rindu sangat nak dengar dia panggil aku. "Nabilah bla bla bla". Pesan aku macam-macam. Dia selalu kenakan aku ngan kawan aku also mr mine. Rindu nak dengar dia gelak. He too different from others. Cuma terkilan tak jumpa dia. Dah lama tak jumpa. Niat di hati nak sambung belajar jepun ngan dia.

Masih tak percaya yang dia dah takde lagi. Sebab dia masih hidup dalam diri aku. Cuma jasad dah takde. Meninggal sebab kemalangan jalan raya ngan bas ekspress. Kereta ngan bas rentung.

Al-fatihah untuk diorang. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Allah lebih sayangkan mereka.

>I love you, Sensei, ibu, Khadijah, Aisyah
-23  Disember 2012,9 Safar 1432 H

No comments:

Post a Comment