搛べ惕

Monday, January 07, 2013

Them and Chess.

Assalamualaikum.

Hai. Dah 2 minggu menghilangkan sejak peristiwa itu. Dah 2 minggu mereka tinggalkan dunia ni. Masih tak dapat lupa. Kadang-kadang terimbau kenangan manis tu. Susah sangat nak buang sebab aku sendiri taknak lupakan tu. Terlalu indah. Aku tak kuat nak hadapi semua ni. Tapi aku redha. Ni dugaan yang Allah bagi untuk aku. Kehilangan orang yang aku anggap macam keluarga aku sendiri. Ya, seronok bila bersama mereka. Gembira, ketawa. Nobody can replaced them. Never be replaced.

Miss sensei(baju kuning) so much. :'(
Haritu tergerak hati nak main chess ngan mr mine sebab dah 1 tahun lebih kot aku tak main. Tiap detik aku main game tu, aku teringat kat arwah. Arwah yang ajar aku main game tu. Dari aku tak tahu pape, sampai aku pandai. Cuma tak pro macam arwah. Arwah ngan anak-anak dia pandai sangat main chess. Tak dapat dinafikan sebab tiap-tiap tahun anak-anak arwah akan masuk peringat kebangsaan. Arwah pulak akan jadi arbiter(pengadil). Hebat kan.

Dan tiap-tiap tahun jugakla arwah akan adakan pertandingan chess terbuka, besar-besaran jugak la. Perkara wajib dalam list hidup dia. Tahun ni tak mungkin ada lagi. Tapi aku harap IZ dapat lahirkan jaguh-jaguh catur lagi. Hopefully. Bahasa jepun mungkin takde lagi. Teringat kat bilik dia merangkap tempat kitorang belajar. Macam-macam ada dalam bilik tu. Truly, aku rindu semua ni. Terkilan jugak sebab tak dapat nak jumpa diorang lagi.

Tiap-tiap tahun sensei akan paksa aku masuk pertandingan. Bukan satu tapi semua. Kadang-kadang aku taknak masuk, tapi aku takut dia marah so aku masuk jugak. Dia selalu bagi aku semangat untuk main. Bagi nasihat. Pernah 1 hari lepas habis main catur antara sekolah, balik tu sensei mesej. Dia kata walaupun aku tak menang tapi aku ada potensi, dia harap tahun depan(form 5) aku dapat pergi peringkat seterusnya. :'(

With Sensei, Ibu, Aisyah, Khadijah. The only picture with them.
Masa ni Aizek jadi juara masa peringkat daerah. Sangat bangga harumkan
nama sekolah.

Last aku jumpa masa pergi bandar ngan mr mine. Tu pun jumpa sensei ngan ibu (isteri sensei). Tak sangka semua ni terjadi. Rasa kesal tu ada tapi aku redha. Mati itu tak mengira usia. Sedangkan bayi yang baru lahir pun kalau dah sampai ajal, tetap akan meninggal.

Haritu masa on the way balik ke matrikulasi, aku tengok tempat kejadian. Aku sebak. Rasa nak nangis tapi aku tahan. Sebak sangat-sangat. Tak tahu nak cakap ape. Nak taip entry ni pun teringat-ingat lagi. 

Khadijah, Ibu Halina, Aisyah, Sensei.
> sekali-sekala aku rindu mereka tak salahkan. :'(

No comments:

Post a Comment