搛べ惕

Saturday, February 09, 2013

Menggapai impianku.

Assalamualaikum.

SAKURA ! Love it!

Menggapai impianku. Macam tajuk novel plak. Tak, tak. Bukan pasal novel, tapi realiti hidup. Aku pernah cakap dalam blog ni yang aku ada impian nak pergi jepun. Impian aku sejak aku belajar bahasa jepun ngan arwah sensei sabirin.

Seminggu sebelum sensei meninggal aku dah pasang niat nak sambung belajar balik dengan dia. Pergi jumpa dia dan sambung balik. Aku tahu dia tak keberatan. So, aku pasang niat lepas habis matrik ni aku nak jumpa dia. At same time, aku ada jugak cakap kat kawan aku pasal tu. Dia tengah belajar jugak, bakal sambung belajar kat jepun. Tapi tak kesampaian bila aku tahu yang dia meninggal dunia.

Tapi tu semua buat aku bertambah semangat nak belajar lagi. Aku cuba minta kawan aku ajarkan tapi kami jauh. Dia ada cakap nak bagi pinjam buku teks dia kat aku. Lagi lah aku semangat.


Semalam aku try tengok senarai program untuk aku apply UPU. Aku terjumpa jurusan bahasa tu. Actually, bukan terjumpa tapi memang aku saja cari. I think, think and think. Fikir dalam-dalam. Pastu aku post pasal ni kat FB and tag kawan aku tu. Dia cakap kalau aku masuk mungkin aku dapat jadi cikgu je. Dia pun ada cakap kat aku yang kawan aku izhar tengah belajar bahasa tu sebab kemungkinan bulan 3 ni dia akan sambung belajar kat sana.

Aku dapat tahu yang mereka apply ni sebab sensei. Mungkin nak teruskan apa yang sensei buat selama ni. Cemburu dengan mereka sebenarnya. Ya, tu impian aku. Aku harap sangat dapat capai impian. Bukan setakat angan-angan tapi kenyataan. Lagipun aku nak tunaikan niat aku tu. Aku akan cuba bincang ngan family pasal ni. Aku sangat berharap. Aku harap family aku faham kenapa aku nak. Bukan semata sebab Arashi, tapi Sensei Sabirin. Nak graduate kat sana.

> Doakan aku dapat sambung belajar kat sana.
Demi Sensei Sabirin. Moga aku dapat gapai. :')

No comments:

Post a Comment