搛べ惕

Sunday, November 23, 2014

Tiba-tiba rasa nak update. :)

Assalamualaikum

Maklumla, busynya mengalahkan PM. Blog pun dah berbulan tak bersihkan. Rindu zaman-zaman update blog hari-hari walaupun cerita mengarut je. Petang tadi bace old entry kat sini. Memang mengarut. Lawak pun ada. Zaman kanak-kanak ribena. Semua benda nak tulis. Hehe. Seronok juga baca sebab boleh imbau kenangan kat sekolah yang dah lama lupa. Bila baca baru ingat balik. :)

Sekarang dah masuk second year. Makin mencabar. Assignment sana sini, projek sem ni banyak gila. Tak terbuat lagi pun ada. Lagi sebulan lebih nak exam dah. Cepatnya masa berlalu sekarang ni. Sedar-sedar dah nak habis sem. Seram sangat. =='

Bila masuk U ni cabaran ni mencabar. Rindu zaman matrik & sekolah. Main-main je kerjanya. Study malas. Apa nak jadi kan. Sekarang dah berubah sikit walaupun still main-main. Mana boleh lari dari main-main. Stress kalau belajar je kan. Kena jugak bagi otak kita rehat. :) InshaAllah nanti update lagi. ^_^

>assignment tak siap lagi

No comments:

Post a Comment