搛べ惕

Saturday, May 09, 2015

Think positive !

Assalamualaikum

Semalam baru dapat mesej dengan mr mine. Dah dua hari tak dengar khabar. Bila dia kat kampung macam tu lah. Susah sikit nak mesej. Ye lah, duduk rumah takkan nak goyang kaki je. Mestila kena buat kerja. Bila kerja pun susah juga sebenarnya nak mesej. Aku busy dengan kelas, fangirl. Hahaha (kalau boleh 24 jam nak fangirl-ing)

Semalam mr mine ada cakap yang mak dia berkenan dengan anak kawan mak dia. Dari awal dia balik sana tak habis-habis pujuk mr mine. Mak dia nak pinang anak kawan dia tu untuk mr mine. *broken heart* Mengalir lah air mata ni. Aku takut kehilangan dia. Cukuplah dengan apa yang dah jadi selama ni.

Tapi aku tahu mr mine macam mana. Tak semudah tu dia nak terima perempuan tu walaupun mak dia yang suruh. Lagipun aku mana pernah jumpa family dia lagi. Belum tiba masanya. InshaAllah satu hari nanti, tunggu mr mine yang bawa jumpa family dia. Takut. Seram. Nervous.

Sementara ada masa ni, kena belajar jadi calon menantu yang kompem mak dia terima nanti. Moga dipermudahkan segalanya. Amin. ^_^

>ada jodoh tak kemana. :)

No comments:

Post a Comment