君と僕

Tuesday, December 15, 2015

I met new friends!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini dalam kelas bahasa jepun ada foreigner datang sebab sensei jemput. Dan semestinya orang tu orang jepun. Gembira tak terkata jumpa orang jepun ramai-ramai. Padahal sensei aku orang jepun jugak XD tapi bila jumpa diorang semua rasa lain. Rasa macam betul-betul jumpa kawan baru. Mujur lah boleh mix cakap jepun+melayu+english. :P

Sensei ada buat makan-makan. Sensei bawak ocha(teh jepun). Sedap walaupun tawar masih dapat diterima rasa dia tu. Hehe. Antara diorang ni aku banyak cakap dengan Yuka. Dia comel sangat. Tak sangka Yuka ni dai-fan SMAP. Sugoi ne. Aku ada lah jugak dengar lagu SMAP lion heart. Tu pun sebab nakajima XD. Ingat nak pergi concert arashi je payah. Konsert group ni pun payah. Tiket payah nak dapat dan semestinye mahal kalau fans yang jual balik. Rupanya diorang ada jugak kedai yang buat rental-rental CD etc ni. Macam kat sini jugak. Bukan semua yang mampu kan.

Lain dari tu aku ade borak dengan Naoko, Ayumi, Chika & Tomoki. Ayumi tinggi sangat. Kalah aku ni. Aku ni paras bahu dia je. Jeles pun ada. Ayumi & Chika pun fans arashi jugak tapi ichiban je lain-lain XD Ayumi comel sangat. Semua orang dia cakap "kawaii" and dia panggil aku Fatin-chan. Awww. Dia memang comel sangat.
Tomoki ni pulak lelaki. Tak semua lelaki yang minat anime. Dia minat idol. AKB dai-fan. Macam mana aku nak cakap. dia ni comel kot. Dia ada macam iras someone tapi tak pasti sape. HAHA. Dia baik sangat siap suruh aku add dia kat FB. Kalau aku ada pape nak dia tolong, dia boleh tolong aku. Tolong dalam bahasa jepun la .

Sampai sini jelah aku punya cerita.

>みんな、ありがとうございます。たのしかった。みんな とてもやさし!

No comments:

Post a Comment